Salah satu tempat kesukaan kami untuk lepak petang dan makan-makan adalah di Eco Lab, Eco Grandeur , di Puncak Alam nii laa. Memang pelbagai cafe ada kat sini yang menyajikan pelbagai sajian makanan. Dan yang paling sering kami lepak minum petang dan makan dessert, khasnya kek , di Andra by Gula Cakery .

Cafe ni Muslim owner, korang boleh baca di laman web depa di gulacakery.com.  Dan serius nak bagitau, kesemua kek kat sini sangat lah premium dan sedap pada selera kak ana dan anak-anak. Harga tu standard harga cafe laa kan. Mungkin agak mahal pada sesetengah orang, tapi berbaloi dengan harga kerana rasa premium home baked kek depa nii.

Selalunya kami singgah masa ulang alik melalui jalan Bandar Tasik Puteri , melalui Puncak Alam ikut Persiaran Mokhtar Dahari menuju ke Shah Alam. Itu kira laluan belakang tanpa tol dari Rawang ke Shah Alam. 


Andra by Gula Cakery, Eco Grandeur, Puncak Alam


Petang tu kak ana, suami dan Adik Ika singgah nak minum petang di Andra. Adik kata dia teringin nak makan Keylime tart kesukaannya. Kak ana pula macam biasa tiap kali datang sini, akan order kek yang berbeza sebab nak rasa satu satu kek depa. Suami biasa lah, paling demand dan cepat lapar nak makan pasta katanya. 


Andra Gula Cakery Eco Grandeur


Minum petang di Andra by Gula Cakery, Eco Grandeur, Puncak Alam 


Andra Gula Cakery Eco Grandeur
keylime tart by Andra Gula Cakery


Keylime tart ni harga dia satu slice Rm16 kalau tak silap kak ana. Adik memang suka sangat tak tahu kali berapa di repeat makan tart ni. Ia bukan kek tapi tart dengan rasa masam-masam lemak manis cream cheese kalau tak silap sebab kak ana rasa-rasa gitu jer sudu sikit Adik punya. Tapi sedap, boleh di katakan semua menu yang kami pernah makan di Andra ni sedap semuanya, Alhamdulillah...


Andra Gula Cakery Eco Grandeur
blackout chocolate by Andra Gula Cakery


Hat pilihan kak ana kali ni Blackout Chocolate Cake, satu slice RM18 tapi besar potongan nya memang kenyang nak habis kan sengsorang. Masyaa Allah , cuba korang tengok kak ana zoom kan pada potongan blackout chocolate cake ni. Memang sesuai nama dia blackout, memang gelap gelita coklat nya melimpah dalam lapisan kek .

Punya laa premium sedap sangat lapisan chocolate cake dan chocolate cream tu. Sangat-sangat sedap dan premium taste. Hat ni macam kena ulang lagi next time, In syaa Allah. Nii review ikhlas tau tak berbayar pun hehe, kami pii makan sini bayar sendiri. 



pasta Andra Gula Cakery


Suami kak ana makan pasta spaghetti chicken & mushroom carbonara sepinggan ni harga dia RM26 . Cukup creamy sos carbonara dengan isi ayam dan cendawan . Premium taste dengan rasa basic sos carbonara sama seperti di mana-mana cafe yang kita makan. Boleh sangat untuk portion makan seorang, kenyang. Alhamdulillah.. 



andra gula cakery eco granduer

Untuk minuman petang tu suami kak ana memang demand manjang la , menu dia yang paling mahal. Mentang-mentang Adik yang belanja kami petang tu, ayahnya minum cappucino berharga RM12 secawan. 


andra gula cakery eco grandeur


Dan kalau nak minum paling bajet kat sini, kami akan ambil satu teko teh sahaja untuk minuman 2 orang sama ada english breakfast tea atau earl grey tea. Berbaloi la kan harga dalam RM10 gitu. Haha :) 

Tak di nafikan harga menu di sini agak kayangan, namun sekali sekala self rewards dengan makanan yang sedap rasanya tidak jadi masalah. Ikut pada kemampuan kita sendiri kan. Kadang-kadang rasa penat sangat bekerja cari rezeki tapi jika ada lebih tu makan lah bersama keluarga atau untuk diri sendiri menu yang menyelerakan. 

Kalau tak pun banyak lagi pilihan lain di sekitar sini untuk kita pilih mengikut bajet masing-masing. Mudah bila kak ana terbitkan review dan harga macam ni, senang kalau orang yang pertama kali nak makan di Andra by Gula Cakery dah boleh agak bajet untuk depa makan, kan.. Harga-harga menu ni pun kak ana ambil dari laman web depa, mungkin ada perubahan di masa hadapan, kak ana tak pasti naa... Semoga ada manfaatnya, In syaa Allah 

4 Comments

  1. Orang selalu cakap pencuci mulut di sini sedap. Harap ada rezeki untuk cuba.

    ReplyDelete
  2. Memang bahan-bahan buat cake yang premium harganya mahal sekarang K.Ana. Sekali-sekala memang kena rewards diri sendiri kan...

    ReplyDelete
  3. mahal juga harganya kek coklat tu nampak sedap

    ReplyDelete
  4. terasa nikmat hidup jika dapat menikmati makanan sedap begini

    ReplyDelete