Jiran kak ana, Zura dan Abang Yaya bagi jeruk buah binjai ni pada kak ana. Alhamdulillah di kurniakan jiran yang baik-baik , rezeki dari Allah swt. Jiran suka duka sentiasa ada dan bagaikan saudara terdekat untuk kami di kediaman ni.

Lebih bahagia rasa, bila jiran-jiran sama asal usul dari kampung masing-masing kan. Jadi tiap kali depa balik kampung ada sahaja juadah atau buah tangan yang di bawa. Kami pun macam tu pii mana pun teringat jiran terdekat.

Zura dan Abang Yaya bagi kak ana sebekas jeruk buah binjai. Masyaa Allah... lama sungguh tak makan buah binjai. Last seingat kak ana, jiran sebelah rumah juga yang bagi. Man dan Ida. Bawa dari Kelantan kalau tak silap, buah binjai tapi rasa buah binjai yang Man bagi tu ya amat lah manis leting kata ore Kelate'.


Jeruk buah binjai


Jeruk buah binjai 


Buah binjai ni makin pupus dah di tanahair kita laa nii , kan. Payah nak jumpa kecuali di kawasan kampung pedalaman yang masih ada pokok binjai. Pokok binjai ni tinggi sangat, dulu ada sepokok di sekitar rumah arwah tok kak ana di Teluk Intan.

Buahnya berwarna coklat , kulit tebal dan isi dalamnya sahaja yang di ambil untuk makan. Nak makan hidup-hidup macam tu, ya amat lah masam rasanya. Selalu arwah mak kak ana akan jadikan bahan dalam sambal belacan.

Sama macam sambal bachang dan kuinin, campurkan dalam sambal yang di tumbuk cili dan sedikit belacan. Gaul kan lah dengan hirisan buah binjai ni. Sedap sungguh menyelerakan selera anak kampung macam kami ni. 


jeruk buah binjai

Tapi hat Zura bagi kak ana ni, kak ana makan macam tu jer. Sedap manis-manis masam bila Zura jeruk dengan air gula. Kreatif orang Negori Sembilan ni bab makanan tradisional. Kuah jeruk tu , kak ana hirup jer, ya amat la sedap. Masam-masam manis rasanya.

Terubatlah rindu nak makan buah binjai setelah sekian lama. Terima kasih sangat pada Zura dan Abang Yaya. Kata Abang Yaya, dia beli buah binjai ni kat mana entah. Sekilo laa nii RM28 . Tuu diaa aih! Dah macam buah import. Kan main rega dia.



buah binjai


Inilah rupa buah binjai pada anak-anak yang tak pernah lihat. Macam rupa buah ciku tapi ia besar dari ciku dan ada aromanya yang tersendiri. Kulitnya pun keras dari buah ciku. Berbentuk bujur gituew.. 

Jumpa semula entri lama tahun 2015, masih blogspot lagi huhu :) . Itulah last kak ana makan buah binjai manis pemberian Man . Laa nii merasa sekali lagi pemberian Zura. 

Sekali sekala mengimbas dan diizinkanNya menikmati buah-buahan penuh nostalgia silam amat lah di syukuri nikmat dari Nya. Alhamdulillah atas pinjaman usia dan kurnia yang diberikanNya. Hidup ini cukup indah untuk di jalani dengan penuh rasa syukur sentiasa setiap detik perjalanan walau kadang-kala ada yang pahit namun kemanisan sentiasa mewarnai menjadi kenang-kenangan. 

7 Comments

  1. Sambil baca post Kak Ana, kecur ailio saya.. Selalu makan buah binjai masam yang amat.. Saya suka makan cicah kicap, gula dan cili pedas.. Itu pun cuma makan septong dua, tak tahan masam..

    ReplyDelete
  2. Masa kecik, saya makan gitu je buah binjai. Masam amat!
    Lima tahun lalu, jiran bagi buah ni saya buat sambal belacan. MasyaAllah sedap sangat. Entah mana nak dapat lagi buah ni kan..

    ReplyDelete
  3. tengok gambar buah binjai tu terus kecur air liur, sebab teringat kemasamannya. Teringat dulu dekat belakang sekolah dana ada pokok binjai ni besar betul pokoknya, kalau musim penuh bawah dengan buah yang berguguran dan rasanya masam yang amat. Tapi ada yang manis ye kak.... tebal kan isi nya

    ReplyDelete
  4. kecur tertelan2 ayaqliur kak ana uiii hehe

    ReplyDelete
  5. Saya dah lama tak nampak buah binjai...
    Tak nampk pula org menjualnya

    ReplyDelete
  6. dah jadi jeruk binjai yg masam manis rasanya

    ReplyDelete