Buah Binjai
Buah Binjai :
Buah Binjai |
Jika dahulu, dibelakang rumah arwah Tok di Teluk Intan terdapat sepohon pokok Binjai.Kini memang dah tak wujud lagi dan memang payah untuk melihat buah Binjai kecuali kadang-kadang ada terdapat dijual di pasar besar Teluk Intan di bahagian sayur-sayur kampung.
Buah Binjai ni rasanya ada dua iaitu yang teramat masam dan ada juga jenis yang agak manis. Sebelum ini, ana hanya pernah merasa buah Binjai yang teramat sangat masamnya.Walaupun ana peminat buah-buahan masam seperti mangga muda,kedondong dan sebagainya,namun ana kalah dengan kemasaman buah Binjai.Kalau dahulu mak akan mencampurkan potongan buah Binjai ini ke dalam sambal belacan untuk di makan dengan nasi.Memang itulah sahaja yang ana tahu tentang menu dari buah Binjai.
Baru-baru ini, jiran ana ada memberi dua biji buah Binjai yang menurutnya sangat manis.Mula-mula agak curiga juga untuk dimakan mentah kerana kurang yakin ada jenis buah Binjai yang manis.Ana rasa sepotong dahulu dan ternyata benar, isinya manis.Inilah pengalaman pertama merasai buah Binjai yang manis dan boleh dimakan begitu sahaja.
~berkongsi kisah buah Binjai disini~
30 Comments
Cik Candy pernah rasa buah nie. Sekitar kg memang sng nak dapat.
ReplyDeletepernah ye CC, masam kan :(
DeleteSha pernah dengar nama buah binjai aje, tak pernah tengok & makan pun.
ReplyDeletenasib baik pernah gak dengar namanya Sha :)
Deletetak pernah makan pun T.T
ReplyDeleteKita geng
Deleteamboi ada geng tu nani :)
Deletewana suka makan buah binjai..kak buat jeruk pun sedap juga ni kak ^_^
ReplyDeletecn pernah jumpa jeruk binjai gak
DeleteWana, jeruknya kak ana tak pernah rasa lagi, CN pernah jumpa gak ye :)
DeleteTak pernah nampak pun buah macam ni apatah lagi merasanya. Huhu
ReplyDeleteerm tu lah Pojie, kak ana kata dah ramai yang tak kenal buah binjai ni, so hari ni kak ana kenalkan kay :)
Deletepernah dgr nama tp xpnah tgok..rasa jauh sekali la..hehe
ReplyDeletezinziemeewah
haha norsalihah rasanya masam sangat, jarang jumpa yang manis nya :)
Deletebinjai ni abah alise makan dengan sambal ketok dengan nasi panas.. bertambah makan.. tapi alise lom penah rasa lagi.. bau dia kuat sangat
ReplyDeletesambal ketok tu smbal belacan ke alise? ada bau ke, agaknya alise kompius dengan bachang kut.. tak pasti kak ana .
DeleteMrs. A pernah rasa yang masam emak buatkan jadi sambal binjai makan dengan nasi ummm... yummy
ReplyDeleteselalunya buat dengan sambal kan Mrs.A :)
Deletebuah binjai ni macam buah kemang ke ?
ReplyDeleteerm buah kemang kak ana tak pernah dengar pula mimin :) mungkin sama kut utk daerah lain, lain pula panggilannya :)
DeleteRasa mcm xpernah jmp buah ni..huhuhu
ReplyDeleteramai juga yang tak pernah jumpa irra ,dah makin 'rare' sekarang ni :)
Deletebuah ni masam !!! hahaha
ReplyDeletekan Leyla :( masam bangat ni hehe .
Deletesedap ke kak ? tak pernah makan
ReplyDeletetaklah sedap, masam je rasanya :)
Deletesedap eh kak Ana, saya tak pernah makan.. kat rumah tok pun takde.
ReplyDeletemasam Eny, tak lah sedap sangat,memang dah 'rare' sangat sekarang ni .
DeleteKat kelantan ni ada nama tempatnya Binjai. Sebabnya ada pokok binjai tapi tak pernah jumpa pun buahnya. Ni 1st time tengok buah binjai.
ReplyDeleteada ye nama tempat Binjai, Ok sekarang mama dah dpt kenal buah binjai di AJ :)
Delete