Nii memang menu kesukaan Adik kat rumah ni. Pelbagai menu dah kak ana kongsikan perihal tauhu telur atau ada yang panggil tauhu jepun tiap kali kak ana masakkan untuk Adik . Antaranya Tauhu Telur Sos Udang , masak sup tauhu lembut dengan cendawan enoki dan juga tauhu lembut sayur campur



tauhu telur ayam sos tiram

Kali ni kak ana masakkan menu resepi tauhu jepun rangup crispy bersama isi ayam sos tiram. Sedap di makan panas-panas dan sangat rangup salutan pada tauhu jepun yang lembut di bahagian dalamnya. Menu ni mudah sangat nak di sediakan dan gabungan bersama isi ayam yang kak ana tumiskan di dalam sos tiram memberi kan gabungan rasa yang menyelerakan. 


Resepi tauhu telur ayam sos tiram 

Bahan-bahan untuk tauhu telur ayam sos tiram 

1 pek tauhu telur - pastikan cari yang berlogo Halal Jakim naa
4 sudu tepung serbaguna Bestari
Isi ayam - di hiris dadu kecil dan nipis
2 ulang bawang putih
1 biji cili merah 
1 tangkai daun bawang 
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Minyak masak untuk menggoreng & menumis

Cara masak tauhu jepun ayam sos tiram 

1. Hiris bulat dan biar tebal tauhu telur . Basuh dan toskan dalam tapis.

2. Sadurkan dengan tepung serbaguna Bestari secukupnya.

3. Panaskan kuali non-stick pan. Goreng seketika sahaja setiap bahagian dan balik-balikkan hingga keperangan. Toskan sekali lagi dalam tapis.

4. Tumis kan bawang putih yang di hiris dadu dalam sedikit minyak. 

5. Masukkan isi ayam. Gaul rata masak hingga garing.

6. Masukkan sos tiram & sos cili secukupnya. Gaul sebati.

7. Rasakan dengan secubit garam dan masukkan sedikit air jika terlalu kering. Menu ni tak berkuah naa. pastikan tidak terlalu banyak air. 

8. Angkat dan tuangkan ke atas tauhu telur yang telah di goreng tadi. 

9. Taburkan daun bawang dan hirisan cili merah. Dalam gambar tu kak ana tak ada stok daun bawang jadi tak buh laa masa tuu :) 

Siap dah satu lagi menu ringkas yang disukai anak-anak. Boleh lah cuba naa.. Semoga bermanfaat.. In Syaa Allah... 

6 Comments

  1. saya kalau makan kat luar, memang tak tinggal lauk tauhu jepun tu. Kat rumah malas nak masak, takde orang makan

    ReplyDelete
  2. sedap ni... kalau saya suka tuang brokoli & cauliflower sos tiram atas tauhu

    ReplyDelete
  3. Tauhu telur memang kesukaan anak2. Nanti ammi cuba resepi ni tp rasanya kene dikuahkanlah sbb dorang prefer yg berkuah

    ReplyDelete
  4. nieyl suka juga tauhu telur ni selalu nieyl suka masak sup sayur..mmg berselera makan...

    ReplyDelete
  5. Thank youuuu recipe nya kak 👍😍. Saya suka kalau dapat resep mudah seperti ini, Krn skill masak saya belum jago sangat 😄😅. Jadi cari yg mudah dan gampang lah.

    Kebetulan saya pun sukaa tahu telur atau tofu ini. Hampir tiap Minggu ada masak. Tapi sesekali pengen juga resep lain yg memakai tofu

    ReplyDelete
  6. sedapnya akak.. nanti nak buat lah.. tq share resepi

    ReplyDelete