Tengahari tu kak long bagitau badannya rasa sejuk sangat. Kak ana risau takut kak long tersalah makan atau pun bentan ke kan. Malam tu dia mula rasa panas badan. Esok paginya kak ana bawa ke klinik swasta di kediaman kami ni sahaja. 

Doktor periksa perut, tanya mengenai darah nifas dan sebagainya, semua nampak okay kata doktor. Beri makan ubat dan ubat tahan muntah. Kak long ada juga muntah-muntah, biasa lah kan kak ana ingat kan masuk angin kut kut terlewat makan. 

Sehari lepas pi klinik tu dia nampak okay sikit, hingga lah petang ahad dia mandi bagitau kak ana badannya naik bintik-bintik merah. Kak ana tak sedap hati dah, risau sekali lagi takut tersalah makan juga. Malam tu Aiman nak balik Bangi, kak ana suruh dia ikut dan bawa ke Hospital Cyber untuk dapatkan kepastian.


demam denggi ketika dalam pantang


Pagi tu kak long dan Aiman ke Hospital Cyberjaya, tapi rupanya Jabatan Kecemasan tidak di buka untuk rawatan selepas bersalin di sana. Perlu ke KK Bangi semula dan bila sampai ke KK Bangi, buat ujian darah, kak long positif denggi.


Demam denggi  ketika dalam pantang 


Allah.. risau sangat lah kan dalam pantang tiba-tiba terkena demam denggi. Banyak petua perubatan denggi dah tak boleh nak di lakukan. Macam makan sup ketam, minum air kelapa semua tak berani kak ana nak beri kat dia sebab masih berpantang tak sampai 20 hari lagi waktu tu.

Kak long balik ke Rawang, kak ana ambil dia sementara baby H tinggal dengan besan di rumahnya. Syukur sangat, besan duk setaman dengan kami, dapatlah dia jaga cucu sementara kak ana uruskan kak long.

Bermula lah episod ulang ke KK setiap hari untuk check darah. Pemantauan dari KK setiap hari termasuk hari cuti hujung minggu di KK Taman Ehsan, Kepong. Baru kak ana tahu untuk kawasan Gombak boleh sahaja ke KK Taman Ehsan pada hujung minggu di buka untuk rawatan POP sehingga 9 malam.

Graf platelet dan laporan darah menurun sedikit dalam dua tiga hari. Doktor cuma nasihat kan minum air berlebihan. Setakad air kosong suam sahaja dan minuman milo, horlicks dan oveltine yang kak ana beri pada kak long.


Air daun betik untuk menaikkan platelet darah ketika denggi 




Untuk menaikkan platelet darah, kak ana terbaca antara petua yang baik dan boleh kak ana beri padanya yang masih dalam pantang adalah air daun betik. Kalau buah betik memang tak dapat nak beri pada kak long sebab buah betik kan sejuk sifatnya, tapi bila kak ana fikir yang ia adalah ekstrak daun betik, jadi tak lah ragu-ragu nak beri pada kak long. 

Tapi sekiranya ada pokok betik, ambil daun nya tumbuk dan perah air di minum. Kak ana tak ada pokok betik masih kecil-kecil lagi, tu yang terus beli air yang dah diproses di beberapa farmasi ada sahaja di jual dengan harga antara RM12-RM10. Beza-beza juga harga di berlainan farmasi yang kak ana dan Aiman beli. 6 botol semuanya sehinggalah platelet naik dengan baik berhenti dah minum. 

Kebetulan kak ana di Bangi lagi masa tu, kak ana singgah ke farmasi dan beli dua botol untuk kak long minum. Bila balik Rawang, sambung lagi minum dan alhamdulillah.. dengan izinNya platelet semakin naik. 

Akhirnya selepas 6 hari ulang alik ke KK, platelet dan laporan darah , kak long dah discaj dan tak perlu ke KK lagi untuk pemantauan. Selain dari air daun betik yang dah di proses ni, kak ana juga berikan padanya makan buah delima dan air pati delima. 

Beri juga buah-buahan seperti epal dan sunkist, minum air barli suam dan makan lebih ikan dan ayam untuk membantu menaikkan platelet. Ubat-ubat demam yang doktor beri semua boleh saja di makan walau dalam tempoh berpantang ni. Yang penting kena banyak minum air seperti saranan doktor.

Memang ujian sungguh bila demam denggi di waktu dalam berpantang ni. Banyak yang tak boleh di makan dan darah nifas juga sedang keluar, risau sangat sekiranya laporan darah tidak cantik atau makin menurun. Apapun selepas hari ke 9 , kak long dah kembali sihat seperti sebelum ni. 




4 Comments

  1. Alhamdulillah...risau betul kalau demam denggi...dalam pantang pulak tu...dengan emosi tak stabil lagi... semoga dipermudah kan segala urusan..aamin

    ReplyDelete
  2. dalam pantang pula tu..badan sedang tak kuat,emosi pun tak berapa okey.risau sungguh kan..

    ReplyDelete
  3. Harap2 kak long dah pulih daripada penyakit denggi tu

    ReplyDelete
  4. Aduhai..seram betul SA bacaa..denggi tatkala berpantang..kesiaan kak long..SA akin Kak Long dah pulih sepenuhnya

    ReplyDelete