Ikut perancangan awal, kami nak buat majlis kesyukuran selepas kak long bersalin pada 3hb September 2023. Sebab tarikh tu adik, adik ipar dan abah kak ana nak datang dari kampung, nak tengok kak long dan baby. 

Namun kita hanya merancang, Tuhan juga yang menentu kan. Seminggu sebelum tarikh tu, kak long demam dan bila check dia positif denggi. Terus kami postponed majlis, call katering, kuih dan maklum kan pada jemputan. 

Alhamdulillah, kami kalih ke 10hb September seminggu selepas nya. Sempat lah sambung persiapan menu dan pelamin mini. Baby H pun dah berusia sebulan genap masa tu dan kak long masih dalam pantang hari ke 33 kalau tak silap kak ana. 


pelamin aqiqah


Majlis kesyukuran kelahiran 


Majlis ni lebih kepada majlis doa selamat tanda syukur kami sekeluarga selepas kak long selamat bersalin, di kurniakan bayi yang sihat, sempurna dan syukur segalanya di permudahkan oleh Allah swt.

Syukur juga padaNya selepas kak long sihat selepas kena demam denggi waktu dalam pantang. Banyak yang di syukuri jadi sekali dah tok dengan pak usu , mak usu dan Bie nak datang, suami buatlah majlis kesyukuran kecil-kecilan sahaja.

Jemputan pun di kalangan saudara terdekat yang duk sekitar Gombak ni sahaja, pasti nya sepupu-sepupu kak ana , Intan, Nyah. Eja. Edi dan Cu dan pak Cu . Selebihnya jiran terdekat dan bff kak ana , Ida Megat. Juga kawan-kawan Adik, Amirul, Fatin, Alya dan Zuu. Semua hadir dengan keluarga masing-masing. Terima kasih sudi hadir. 

Ada juga sepupu yang di jemput ada keuzuran tak dapat hadir. Tak pe bukan rezeki kita nak bersama hari tu. Majlis pun kecil-kecil sahaja tetapi Alhamdulillah, meriah dan semoga di berkatiNya jua setiap apa yang kami lakukan. 





Rupanya tarikh tersebut juga merupakan hari lahir Cu Ezan, kami. Sehari sebelum tu Intan sepupu kak ana dah call nak minta izin adakan surprised buat Cu, permintaan Pak Cu. Mestilah boleh kan, meraikannya bersama. Cu ni sepupu arwah mak paling bongsu. Jadi kami berjaya lah surprised kan Cu bawa kek dan pak cu hadiah kan bunga ros untuk Cu. Kek tu di faraid kan kepada semua tetamu. Terima kasih Pak Cu. 





Majlis kali ni juga kak ana tempah hidangan menu nasi hujan panas, ayam masak merah, kari dhal sayur dan daging , jelatah dan sambal belacan dari katering Cikgu Asmat, jiran kami. Cikgu bermurah hati sedekah kan pula bubur kacang hijau. 

Alhamdulillah walaupun jemputan lebih dari 50 pax tempahan namun lauk dan nasi berlebihan lagi. Dapat kak ana sedekahkan pada besan dan sepupu yang balik lewat. Memang puas hati sangat dengan katering Cikgu Asmat, tak kedekut langsung, lauk banyak, masakan sedap pujian semua tetamu. Menu premium hidangan Cikgu. Harga RM10 sahaja untuk satu pax.




Kuih apam tembikai ni pemberian besan kak ana dan hat apam kuning atas tu juga air tangannya pemberian jiran kami, Zura. Ada sedikit ralat bila Adik ipar kak ana, Julia tempah dan dah bayar pun dua jenis kuih dari seorang peniaga di Bandar Tasik Puteri, namun senyap sampai habis majlis tak dapat di hubungi dan tak hantar pun.



pulut kuning


Permintaan abah, nak juga ada pulut kuning untuk majlis cicitnya. Kak ana tempah dari kawan sekolah kak long dulu, Hanan . Pulut kuning 1 kg dan ayam rendang seekor, cuma RM80 sahaja. Alhamdulillah sedap rendang ayam, habis awal menu ni.




Adik sponsored mini cupcake Husna Cookies ni , 100 biji RM30 dan 2 jenis kuih kak ana order , kole kacang dan apam solo. Kira menu kuih muih kali ni bertema kan apam je 3 jenis. 


bunga telur


Kak ana teringin nak buat juga bunga telur. Beli laa 50 batang kat Shopee dan masa tu payah pula nak dapat telur ayam. Kat pasaraya NSK pemborong telur habis licin telur semua gred tak ada. Mujur beberapa hari sebelum majlis dapat lah juga beli 2 papan di Speedmart. 

Pelamin mini pun kak long sewa dari Bayuu Creation,  Rahman Putra. Ni kali ketiga kak long sewa mini pelamin dengan depa. Dari majlis bertunang, akad nikah dan kali ni majlis kesyukuran babynya. Cantik sangat dan mudah berkerjasama dengan depa nih.



Alhamdulillah, murah rezeki Baby H, tetamu hadir bawa hadiah-hadiah dan juga dapat duit dak kecik ni. Semoga di kurniakan pahala yang berpanjangan serta rezeki yang melimpah ruah buat semua yang memberi. Aamiin. 

Ini sahaja coretan yang sempat kak ana nukilan buat kenang-kenangan di sini. Alhamdulillah.. saat entri ini di terbitkan, kak long dah pun habis tempoh berpantang 44 hari. Baby H pun dah nak masuk 2 bulan tak lama lagi. Semoga kita semua di dalam redha Allah swt dan dipermudahkanNya dalam setiap ujian yang hadir, In Syaa Allah.. 

7 Comments

  1. Alhamdulillah selesai dah semuanya ye kak...moga baby H sentiasa sihat cepat2 besar acik pun teringin nak tengok baby H

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, dah habis berpantang dan majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, syukur³.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah selesai juga majlis kesyukuran buat cucu kak Ana, tahniah kak Ana dapat cucu sulung

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Kak Ana dah ada cucu...bestnyaaa

    ReplyDelete
  5. Sekejap je dah nak masuk 2 bulan cucu Kak Ana ye. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan majlis kesyukuran utk cucu, Kak Long dan sekali sambut birthday Cu Ezan

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah meriah majlis.. tahniah kak ana..dapat cucu

    ReplyDelete