Makan nasi ayam di Kedai Ayamas - Alam Budiman
Memang lauan kami lah kalau nak ke Shah Alam , Setia Alam atau Puncak Alam dan sewaktu dengannya melalui Bandar Tasik Puteri, Eco Grandeur dan laluan panjang Persiaran Mokhtar Dahari ni. Andai kata nak ke Shah Alam atau Setia Alam , mesti ikut Taman Alam Budiman untuk short cut jalan pintas dan tanpa tol.
Taman Alam Budiman ni unik perancangan bandarnya di mana kawasan perumahan dan sekitar termasuk lah deretan kedai dan surau semuanya adalah dengan senibina batu bata merah. Rasanya tak banyak perumahan dengan konsep senibina begini yang kak ana temui.
Kedai Ayamas , Alam Budiman
Masa tu kami berempat, kak ana, suami , kak long dan Aiman. Belum bersalin lagi kak long masa ni. Suami nak ajak makan tengahari , kami cadang nak makan restoran mamak situ, tiba-tiba nampak pula Kedai Ayamas.
Lama juga tak makan menu nasi ayam kat Kedai Ayamas ni. Last rasa masa kak ana buat paid review di USJ Subang Jaya, lama gak lah. Terus singgah dan masuk makan tengahari di Kedai Ayamas, Alam Budiman ni.
Menu masih sama, ada 3 pilihan ayam signature roaster depa iaitu Golden, Pepper dan Percik. Kak ana pun tak ingat menu apa yang kami ambil masa ni. Yang pasti semua makan nasi ayam. Kak ana pilih menu ayam roater percik. Suami dan Aiman ambil set untuk berdua. Sekali side dishes di berikan dalam menu ni.
2 Comments
Sy pun dah lama tak makan di kedai Ayamas...
ReplyDeleteBelum pernah sampai lagi ke Alam Budiman ni. Baca sepintas lalu macam Alam Bunian la Kak Ana 😂
sedap tu nasi ayam ayamas lama dh xrasa
ReplyDelete