Bulan lepas , kami ambil abah dan bawa duk dengan kami sekejap . Abah ni suka sangat makan nasi Arab kalau datang ke rumah kak ana. Lain katanya nasi Arab sini dengan kat kampung. Ye laa kan, selalunya kami bawa dia makan ke restoran atau kedai makan orang Arab . 

Kalau di kampung memang tak ada lah restoran orang Arab, yang ada nasi Arab di masak oleh orang kita lah kan hehe :) Mesti ada beza dari segi rasa. Jadi kali ni kebetulan nak bawa jumpa cicitnya sekali di Bangi, kak long cadangkan kami jumpa di sebuah restoran Arab di Taman Putra Kajang.


Arabian House Restaurant, Kajang


Nasi Arab sedap dan murah di Arabian House , Kajang 


Kak long dan Aiman pernah dah makan sini, sebab tu depa ajak kami pula merasa makan nasi Arab kat sini. Harga pun berbaloi kata depa. Kami waze dan sampai lah depan restoran sekitar jam 12 lebih. Tunggu sat sementara kak long, Aiman dan baby Harraz sampai. 

Kami masuk dulu dalam restoran yang luas dan berhawa dingin. Suami pun order lah menu Large Family Set . Menu ni macam platter . Dalam dulang besar tu ada 5 nasi Arab mandy dan kabsah . Memang banyak portion nasi Arab ni kami makan berenam pun abah , suami dengan Aiman boleh menambah 2-3 kali .



Nasi Arab sedap dan murah di Arabian House , Kajang


Set ni juga datang bersama 5 jenis lauk 3 menu ayam dan 2 menu kambing. Apa nama menu-menu lauk ni usah tanya, kak ana pun tak tahu. Tapi memang sedap sangat dan cukup untuk kami berenam tengahari tu. Alhamdulillah..



Arabian House restaurant Kajang


Ada sekali Arabian salad sebagai side dish bersama sup dan sambal nasi Arab tu. Lebih jimat lagi sekali dengan minuman Ice Lemon Tea dalam 1 jug sekali dalam Large Family Set ni. Kesemua menu cuma berharga RM130 sahaja. 


Arabian House Restaurant , Kajang


Kami add on sepinggang tembikai sebagai pencuci mulut. Harga RM6 kalau tak silap kak ana lupa dah. Berbaloi sangat kan untuk makan enam orang dewasa pada harga di bawah RM150 untuk menu nasi Arab dan terdapat menu campuran. 


Nasi Arab sedap dan murah di Arabian House , Kajang

Jadi kalau korang mengidam nak makan nasi Arab original pak Arab dan berada di area Kajang atau Bangi boleh lah try ke Arabian House Restaurant ni. Waze je lah nanti jumpa. Baru adik dan ayahnya nak ke kaunter bayar, rupa nya kak long dan Aiman dan bayar siap-siap. 

Rezeki tok cucu nya belanja nasi Arab kali ni. Semoga di limpah kan rezeki buat kak long dan Aiman, Aamiin. Paling best dapat jumpa cucu kak ana, Harraz yang makin bambam tu.. alaaa.. rinduu nya...

4 Comments