Zip Pek Vit's Italian Mi Goreng Carbonara
Pertama kali kak ana jumpa mee segera , hat goreng pula tuu di datangkan dalam zip pek. Maknanya beli sebungkus, korang masak dalam zip pek tu, kemudian terus makan dari dalam zip pek nya. Siap bagi sudu garfu kecil terus. Mudah sangat nak camping, bercuti, duk hostel atau segala urusan di luar dengan Vit's Italian Mi Goreng Carbonara baharu nih..
Gabungan lazat mi segera dengan keenakkan krim carbonara pasti akan mentakrifkan semula pengalaman anda. Dengan terciptanya produk ini, kini mudah untuk anda menikmatinya kerana ia didatangkan dalam bentuk zip pek dan mudah untuk dimasak di mana sahaja anda berada.
Vit's Italian Mi Goreng Carbonara
Keju yang berkualiti tinggi dan gabungan herba serta rempah ratus tempatan digunakan untuk membuat Vit's Italian Mi Goreng Carbonara. Disediakan menggunakan campuran herba, rempah tempatan dan keju. Mi goreng Carbonara sedap apabila ia mash hangat, dan harus dihidangkan segera untuk mengekalkan teksturnya yang berkrim. lanya adalah hidangan yang popular dan digemari ramai kerana dianggap salah satu hidangan mewah.
Dengan menggunakan 400ml air masak, anda boleh hidangkan Zip Pek Vit's Italian Mi Goreng Carbonara dengan sepantas 4 minit! Pembungkusan Zip pek ini sesuai terutamanya kepada mereka yang sibuk bekerja, mereka yang suka melancong dan mereka yang tidak mampu menghabiskan masa berjam-jam untuk memasak.
Vit's ialah salah satu jenama tempatan pertama yang mencipta siri Itali seperti Carbonara, Bolognese, dan Aglio Olio. Lebih mudah untuk meletakkan produk segera atau sedia untuk dimakan kerana hanya mengambil masa yang lebih singkat dan lebih mudah untuk menarik orang ramai membeli produk ini kerana Zip Pek Mi Goreng Carbonara adalah pilihan terbaik kepada mereka yang ingin mencuba makanan segera.
Cara Penyediaan Zip Pek Vit's Italian Mi Goreng Carbonara
Langkah Pertama:
Koyakkan garis pertama untuk membuka pek.
Langkah kedua:
Tuangkan 400ml air mendidih ke dalam pek sehingga menutupi mi dan zipkan, biarkan selama 4 minit sehingga mi lembut.
Langkah Ketiga:
Koyakkan garis kedua untuk membuang air.
Langkah keempat:
Masukkan serbuk perencah, minyak perasa dan ramuan tambahan ke dalam pek dan gaulkan dengan mi sehingga sebati. Vit's Italian Mi Goreng Carbonara sedia untuk dihidangkan.
Produk ini boleh didapati di pasaraya Aeon dan online store Shopee, Lazada & Tiktok dengan hanya RM 3.94.
5 Comments
mudah betul ni senang kalau nak bawak pi picnic atau camping.
ReplyDeleteMudah betul lagi. Kalau stuck dalam jem nak balik kampung boleh standby makanan macam ni..
ReplyDeleteBetul2 praktis bagi traveler rasanya 😁👍. Belum coba lagi masak langsung dari Zip pek macam ni 😁
ReplyDeletefuyooo menarik2 nih
ReplyDeletecarbonarra cepat sedap n mudah
ReplyDelete