Ini merupakan tahun ke tiga kak ana di jemput untuk sama-sama memeriahkan majlis preview Buffet Ramadan di Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC. Memang ternanti-nanti juga lah sama ada tahun ni dapat ke idak jemputan media. Mana laa tahu kut depa lupa kat kita dah ke kan ? 


Alhamdulillah.. tup tup ! Dapat jemputan email dan kali ni kak ana datang bersama suami. Macam dua tahun lepas, memang meriah sangat bila berada di sini. Ini baru event preview belum lagi suasana waktu berbuka puasa kelak, pasti lebih meriah dan mempersonakan.. 




Ifftar Ramadan 2024 di KL Convention Centre ( KLCC ) menawarkan Tradisi Semarak Rasa, citarasa Malaysia



Untuk tahun 2024 ni, The Kuala Lumpur Convention Centre’s (the Centre) sekali lagi menawarkan pelbagai pilihan citarasa kulinari Malaysia dalam meraikan sambutan bulan mulia Ramadan Kareem yang bakal hadir kurang dari sebulan dah ketika entri ini di terbitkan. 



Walaupun secara amnya mereka mengekalkan tema Tradisi Semarak Rasa  namun untuk tahun ini, adalah sedikit rombakan atau penambahbaikan yang mana di samping membawakan sajian tradisi namun ia menyelitkan juga menu yang lebih fokus pada kelestarian dan menu sihat. 



Team The Centre’s yang merupakan di kalangan barisan chef yang ternama dan pemenang pelbagai anugerah dalam bidang kulinari khasnya, telah bersama-sama mengubah suai resepi dan menu agar lebih segar, menggunakan bahan masakan tempatan untuk menghidangkan sajian yang lebih sihat dan berkhasiat.



Ternyata dengan mililih untuk buka puasa di KL Convention Centre ni, di samping menikmati hidangan yang sedap sedap penuh nostlagia dan tradisi, kita juga sama-sama dapat menyokong produk dan bahan masakan tempatan. Menarik sangat kan sajian Ramadan Malaysia. 



Kita sedia maklum laa kan, tiap tahun kita mengidamkan menu-menu iftar Ramadan Malaysia yang kaya dengan sejarah dan budaya dalam masa yang sama, memberikan suntikan moden dan fusion dalam gabungan rasa resepi sajian Tradisi Semarak Rasa, Malaysia. 



Antara menu yang kak ana sempat tengok dan ada yang kak ana dan suami nikmati tengahari tu adalah seperti  ayam masak rendang Minang, gulai daging tetel bersama rebung madu, udang goreng mentega, kerabu ayam panggang, ubi kayu sira, daging masak phad prik cili burung, ayam masak kerutub, ayam olek-olek bumbu cekur, orh luak, ‘Bubu Ikan’ – ikan bakar bersama sos pilihan dan makanan ringan, dan banyak lagi. 



Suami kak ana suka sangat lah dengan salah satu menu resepi chef di The Centre's ni iaitu tapai ubi goreng. Duk makan dan ulang juga dia makan menu baharu padanya , kali pertama makan. Tapai ubi goreng ni cicah pula dengan sambal kicap. Memang ada gerai khas untuk menu ubi kayu , pastikan korang peminat menu ubi kayu kena cuba nanti bila buka puasa di sini. 



Bertaraf antarabangsa, pastilah menu yang di tawarkan juga mempunyai standard yang setaraf dengannya. Menurut Chef Executive the Centre’s , Hisham Bin Jaafar, menyatakan , “Our creative culinary team, that hails from all corners of the country, are well versed in creating the signature kampung-inspired dishes that Malaysians crave for buka puasa. What we have done differently this year is make an additional effort and investment to update our recipes with a focus on sourcing fresh local produce, whilst maintaining the traditional tastes and flavours we all know and love. We have also been inspired by our ongoing work to develop healthier, productivity boosting menus for regular events. This has led us to add new healthy options to our Ramadan menu, perfect for diners who want to enjoy the buka puasa season without overindulging.



Kak ana ni kalau nak buka puasa di luar, sangat perlu kepada venue yang menyediakan ruang solat yang selesa. Korang jangan risau lah walaupun bertaraf antarabangsa, The Centre tetap mempastikan tetamu Ramadan mereka dapat menyempurnakan ibadah solat khasnya Maghrin dengan selesa di mana tak jauh dari dewan makan terdapat surau yang bersih, selesa serta serba lengkap . Kak ana sendiri pernah dah solat di surau ni, sangat selesa. Alhamdulillah... 



Dan paling utama Chef Hisham mengumumkan khas buat kita semua kaum Muslim nikmatilah setiap sajian dengan tenang tanpa was was kerana sajian menu Buka Puasa di sini adalah mendapat pengiktirafan Sijil HALAL dari JAKIM. Syukur sangat, kan...  Di mana dapur The Centre menggunakan 70% produk dan bahan dari pembekal tempatan. 



Di samping itu , mereka juga menjalankan kempen untuk mengelakkan pembaziran makanan dengan memperkenalan , Winnow - iaitu sistem computerised yang akan menganalisis lebihan makanan yang akan di salurkan kepada channel yang sesuai.  



Untuk korang yang mengidamkan buka puasa bertaraf 5 -  Bintang tahun ni, apa kata pakat ramai-ramai ke KL Convention Centre ( The Centre KLCC ) pada harga  RM198 nett seorang. Tempahan boleh di lakukan mulai antara  18hb  March dan 5 April 2024. The Centre juga ada tawaran diskaun untuk kanak-kanak dan warga emas dan juga tempahan ‘early bird’ dan dalam kumpulan yang ramai. 




Dapatkan info terkini dan pelbagai update Newsroom di laman sesawang www.klccconventioncentre.com

atau mudah dengan follow di media sosial 

Facebook -@klccconventioncentre, LinkedIn - Kuala Lumpur Convention Centre, X - @klccconvention dan Instagram - @klccconventioncentre).





3 Comments