27hb hingga 28hb Januari 2024 lepas, kak ana sekeluarga ke rumah adik di Lumut. Kiranya macam family gathering laa lebih kurang sebab kak ana ni dua beradik jer. Adik lelaki tinggal di Lumut dan dialah yang banyak uruskan abah di kampung dari waktu arwah mak ada lagi. 

Kalau selalunya kami berkumpul di rumah adik ni juga lah di kampung, Teluk Intan.. Tapi kali nih kak ana plan nak ke Lumut dan abah sekali adik dah ambil ada kat sana. Kisahnya nak bawa cucu kak ana,  Baby Harraz tengok laut dan pijak pantai. 


Bako Bako Resto, Marina Island, Lumut


Kami sampai ke rumah adik kak ana , makan tengahari dah terhidang masakan adik ipar , siap udang galah dan ikan baung lagi. Masyaa Allah selera sungguh la kami semua makan tengahari tu. Alhamdulillah.. Kemudian kami rehat dan Baby Harraz laa jadi tumpuan semua duk main dengan dia. 

Malam tu lepas Maghrib, adik ajak makan luar. Nak makan bakar bakar kat tepi laut. Kami ke Bako Bako Resto , yang terletak di tepi laut tanpa pantai di Marina Island, Lumut. 


Bako Bako Resto, Marina Island, Lumut 



Makan ikan bakar tepi laut di Bako Bako Resto, Marina Island, Lumut


Meh laa kak ana share serba sedikit pengalaman makan kat sini. Kami sampai masih banyak seat kosong, kami pun gabung lah meja. Maii makan semua sembilan dewasa dan satu dak tecik. Ambience best tepi laut dan berpasir laa , tapi bukan tepi pantai.

Terasa nyaman di buai bayu laut, cuma gelap tak nampak dah laut, malam kan. Tempat makan tu terang laa, don't worry. Ada live performance kat pentas menghiburkan pelanggan. 



Bako Bako Resto, Marina Island, Lumut


Sebelum kami nak ke sini, adik ipar kak ana, Julia dah bagi makan cucoq ikan bilis , buat alas perut katanya. Sebab depa dah pernah mai makan sini dan makanan memang akan sampai lambat. Jadi adik ipar dah pesan awal-awal makan ringan-ringan dahulu, sebab kalau tengah lapar memang boleh mendatangkan marah katanya hehe :) 




Bako Bako Resto, Marina Island, Lumut


Venue ni, sama macam tempat ikan bakar kat mana-mana. Kita ke kaunter pilih ikan atau makanan laut dan depa akan timbang dan bakar atau masak ikut pesanan. Nanti depa akan bagi nombor atau kita bagitau siap-siap nombor meja. 

Atas tu sempat kak ana ambil gambar harga ikan pada tarikh kami maii. Harga ikan dan seafood ni akan berubah ikut harga pasaran. Dan harga yang terpapar adalah dalam 100g atau pun semangkuk yang di siap di letakkan. 



Bako Bako Resto, Marina Island, Lumut


Kemudian di meja pula kita boleh order secara ala-carte untuk minuman dan menu sampingan lain seperti sayur, tomyam , telur dadar dan sebagainya. Hat ni ada staff akan maii ke meja. Menu western pun ada kak ana tengok ada orang makan. 


Bako Bako Resto, Marina Island, Lumut


Ikan dan makanan laut nampak segar-segar kat sini dan malam tu saiz ikan sederhana sahaja besarnya. Adik kak ana, Lan, order 2 ekor ikan siakap untuk di bakar, 4 ekor sotong di goreng tepung dan 2 mangkuk kerang bakar di kaunter ikan. 


Bako Bako Resto, Marina Island, Lumut


Selebihnya kami order di meja, 9 nasi putih, 2 telur dadar , 2 jug air teh o ais dan 2 mangkuk sup sayur. Dan lepas tu bermula lah sessi menunggu menu siap. Serius memang lama lah nak dapat kan menu sampai ke meja. Hat ni kak ana rasa pihak pengurusan perlu perbaiki kerana kak ana sempat lah meronda ke bahagian dapur bakar, tak lah banyak ikan yang sedang di bakar dalam satu-satu masa, tapi awat lambat sangat tak pasti.



Bako Bako Resto, Marina Island, Lumut


Bila kak ana baca di google review, inilah juga isu yang di sampaikan. Makanan lambat sampai. Ada yang kena tunggu 1-2 jam baru dapat makanan. Alamak.. ini kalau lapar memang boleh terbalik meja hehehe... 

Alhamdulillah.. kami dah dapat alert dari adik ipar, dah makan coq bilis, jadi boleh la santai-santai borak-borak sambil tunggu menu sampai. 


Bako Bako Resto, Marina Island, Lumut


Hari pun malam tu dah mula guruh, kami bawa nombor meja dan pindah ke dalam ruang makan berbumbung. Maklum lah ada dak tecik tu, risau kena hujan atau rebas kan. 

Dan syukur juga tak lah terlalu lama sangat tempoh menunggu kami. Tak sampai sejam juga rasanya dalam 45 minit ke 50 minit gitu lauk pun sampai. Nasi pula lewat sampai. Semua menu dah ada nasi tak dapat lagi. Tanya staff baru lah depa hantar ke meja nasi putih kami. 


Bako Bako Resto, Marina Island, Lumut


Sedap ke makan di Bako Bako Resto, Lumut ? 


Sedap je alhamdulillah... ikan siakap bakar bersambal dengan air asam. Cuma ikan bakar ni over cooked sikit dah jadi kering dah sambalnya. Tapi isi masih boleh di makan. 



Bako Bako Resto, Marina Island, Lumut


Kerang bakar ni saiz kerang di besar, tetapi sekali lagi ia over cooked sampai jadi kecut isi dalamnya. Hat ni keciwa sikit lah kan. Ingat dapat lah makan kerang besar-besar kat sini, kalau di KL sana payah nak dapat kerang gemoks. Air asam dia sedap. 



Bako Bako Resto, Marina Island, Lumut


Lain-lain menu , just nice, okay sahaja sesedap rasa. Tak ada apa yang kurang pada kak ana sebagai food reviewer. Makan kat mana pun lebih kurang sahaja kan dari segi rasa. 

Kadang-kadang kita ni suka cari kelainan suasana, nak nak lagi tempat pelancongan macam ni, mestilah best makan di tepi laut dari kedai biasa tepi jalan. Itu sahaja lah keistimewaan Bako Bako Resto ni pada kak ana. 


Bako Bako Resto, Marina Island, Lumut


Selesai semua menu habis kami makan sekeluarga. Alhamdulillah dan terima kasih kat adik kak ana, Lan , belanja kami malam tu. Total semua RM257 lebih kurang untuk menu yang kak ana sebutkan di atas tadi. Kami makan 9 orang semuanya. 

Rasanya kat mana-mana restoran ikan bakar kalau makan reramai memang gini lah bajet makanannya. Jadi kalau ampa nak maii makan sini, kak ana dah share serba sedikit dari pengalaman kak ana . Mudah-mudahan pihak pengurusan akan menambah baik dari segi servis biar cepat sikit naa. 

Lain-lain semua best dah, ruang makan luas, banyak, terbuka. Parkir pun luas dan percuma. Menu pun okay dah. All the best buat Bako Bako Resto, Marina Island, Lumut. In syaa Allah ada rezeki boleh la mai.. kak ana review seikhlas hati buat ampa semua yang nak try jalan jalan cari makan kalau bercuti ke Lumut sempena tahun melawat Perak 2024. 

3 Comments

  1. SA paling suka makan kat tempat macam ni kak ana..cuma kaalu servis lambat tu mmg betul la boleh buat semua orang marah

    ReplyDelete
  2. Lambat memang akan spoil mood. Lagi-lagi bila dapat menu lebih kurang. 😅

    ReplyDelete
  3. Kaaak, Ini muraaah lah harga ,untuk 9 orang pula kan. 😍. Tapi mungkin Krn daerah laut yaaa, jadi seafoodnya langsung dari nelayan.

    Kalo macam Jakarta, resto seafood begini mahal, Krn ikannya dah dari tangan kesekian 🤣. 9 orang tak mungkin habis segitu kalo di sini 😄

    ReplyDelete