Kalau tiba waktu buka puasa, mesti kebanyakan kita ni jenis yang 'CEQ LAPAQ NASIK LAH!'... Kak ana antaranya lah yang akan makan nasi kalau berbuka puasa. Lepas makan nasi tak kiralah lauk apa rezeki yang ada hari tu, solat Maghrib dan lepas terawih kalau berkesempatan barulah cari manisan atau juadah lain. Gituew...



Tertarik sangat dengan tema buka puasa Ramadan 1445H bersamaan tahun masihi 2024, kali ini restoran favourite kak ana dan suami, Rebung di Taman Botani, KL mengetengahkan tema CEQ LAPAQ NASIK LAH!' 



Di sajikan 5 pilihan nasi tradisi atau menu kampung halaman kita yang ada di antaranya dah kian di lupakan malahan tidak di kenali anak muda zaman laa.. 5 jenis nasi tradisi yang bakal menanti, pengunjung Resroran Rebung Chef Ismail adalah Nasi Lemuni, Nasi Daging Ayaq Asam , Nasi Ikan, Nasi Ulam dan Nasi Kerabu .



Nasi kerabu, nasi daging air asam mungkin lah ramai yang biasa makan khasnya di KL ni kan sebab merata ada di jual untuk sarapan dan makan tengahari. Tetapi nasi lemuni, nasi ulam dan nasi ikan agak sukar untuk di nikmati kini untuk warga KL dan Selangor.


nasi lemuni


Kak ana sangat tertarik dengan nasi lemuni yang pertama kali kak ana makan, malam tu, ketika majlis preview Ramadan Bufet di Restoran Rebung Chef Ismail. Sedap sangat lebih kurang rasa nasi lemak tapi ia menggunakan daun lemuni yang mana sepatutnya ia berwarna ungu menurut chef tetapi di sebab kan kurangnya daun lemuni ia tidak begitu ungu, tapi sangat sedap pada kak ana. 






Nasi ulam pula memang kesukaan kak ana sangat, tetapi sukar nak dapat makan di sini. Dulu ada cafe menyajikan nasi ulam utara ni tapi laa nih dah tak jual menu ni. Kalau ikut tradisi kata arwah mak kak ana, nasi ulam ni di sertakan puluhan jenis ulam-ulaman yang di racik halur, di gaul dengan isi serunding ikan dan sangat sedap dan beraroma. 



Nasi ikan pula kak ana tak pasti akan resepi nasinya tetapi ia di makan dengan isi ikan goreng yang kalau tak silap kak ana ikan tenggiri yang di potong-potong. Sedap juga dan selera sangat kalau duk makan untuk buka puasa, ikan goreng garing gini. 



Nasi kerabu memang sohor lah di pantai timur dan nasi daging air asam pula sajian tradisi belah utara khasnya di negeri Kedah Darul Aman. Nasi daging nih kesedapannya adalah pada air asam kerisik tu, Sedap air asam, sedap lah menu nasi daging dan air asam kerisik di Restoran Rebung Chef Ismail memang power, sedap ... Masyaa Allah..


Majlis malam tu di mulakan dengan penampilan Dato' Chef Ismail dan team dalam tema sawah bendang dan memperkenalkan menu utama tema Bufet Ramadan tahun 2024 iaitu sajian 5 jenis nasi tradisi dengan tagline 'CEQ LAPAQ NASIK LAH!'.





Kalau yang biasa dengan restoran Rebung Chef Ismail pasti tahu menu-menu di sini adalah sajian masakan Melayu dari pelbagai negeri. Ada pelbagai lauk pauk dan korang boleh tengok sendiri di risalah yang kak ana serta kan di bawah ni. Macam-macam ada dan sangatlah berbaloi pada harganya. 




Kuih muih tradisi lama bersama air balang dan cendol pula sebagai pemanis mulut yang pasti mengembalikan nosltalgia buka puasa di kampung halaman. Pendek kata memang berbaloi lah naa bagi peminat makanan tradisional Melayu kita untuk buka puasa nanti. 



𝗕𝗨𝗙𝗙𝗘𝗧 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰 𝗥𝗘𝗦𝗧𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗖𝗛𝗘𝗙 𝗜𝗦𝗠𝗔𝗜𝗟, 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥
 'CEQ LAPAQ NASIK LAH!'



HARGA BUFET RAMADAN 2024

DEWASA : RM 99 nett

KANAK-KANAK: RM 69 nett (umur 5-12 tahun).



📍 Restoran Rebung Chef Ismail 

Alamat : 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, 

No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 

50480, Kuala Lumpur.

.



𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝗵𝗮𝗻 & 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮𝗮𝗻:

☎ 𝟎𝟑-𝟐𝟐𝟕𝟔 𝟑𝟓𝟑𝟓 | 𝟎𝟑-𝟐𝟐𝟕𝟔 𝟐𝟓𝟐𝟓 (8.30 pagi - 9.30 malam)

📧 𝘳𝘦𝘴𝘵𝘰𝘳𝘢𝘯𝘳𝘦𝘣𝘶𝘯𝘨𝘤𝘩𝘦𝘧𝘪𝘴𝘮𝘢𝘪𝘭@𝘨𝘮𝘢𝘪𝘭.𝘤𝘰𝘮











3 Comments

  1. Bestnya bila Chef dia ada sekali tu haa :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya menjamu selera buka puasa semua ada

    ReplyDelete
  3. orang Malaysia tak boleh jauh dari nasi. huhu. susah kot nak cari ulam-ulam tu sebab tu susah jumpa orang jual nasi ulam di kl

    ReplyDelete