Semalam 1 Ramadan 1445H hari Selasa bersamaan 12hb March 2024.. Hari pertama puasa untuk tahun ni. Tahun kedua puasa tanpa mak.. sedih rindu dan kak ana belum berkesempatan balik kampung lagi untuk ziarah rumah akhir mak.
Macam kebiasaannya, menu buka puasa kami adalah menu makan tengahari biasa di rumah sahaja. Kadang-kadang bila ada extra kerajinan tu baru kak ana masak special sikit lah , kadang-kadang tu jarang-jarang berlaku hehe :)
Macam semalam, kak ana buntu juga nak masak apa, sudahnya masak lah sotong sambal dan ayam bakar kewpie ni. Itu pun inspired dari anak buah kak ana, Haris yang masak, ibunya share di IGs. Tengok di internet bahan semua ada di rumah, jadi terhasillah ayam bakar kewpie, ikut resepi Khairul Aming ler, siapa lagi.
Mudah je resepi ni 4 bahan sahaja dan kak ana bakar di dalam air fryer. Meh laa nak kongsi dengan ampa semua, kut duk tengah cari menu untuk sahur atau buka puasa, waktu entri ini di terbitkan.
Resepi ayam bakar kewpie
Bahan-bahan ayam bakar kewpie :
Kak ana gunakan separuh sahaja ayam di potong lapan
Sos Kewpie Roasted Sesame
Sos tiram
Serbuk blackpepper
Sedikit minyak masak
Mixed herbs – jika ada
Cara-cara penyediaan ayam bakar Kewpie :
1. Gaulkan ayam dengan sos kewpie , sos tiram , serbuk blackpepper dan taburkan juga mixed herbs. Gaul sebati dan perapkan. Kuantiti sos terpulang ikut ayam yang korang gunakan, biar sebati bahan perapan. Kak ana perap dalam 1 jam lebih macam tu tutup bekas dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk.
2. Waktu kita nak bakar keluarkan dari petisejuk, tambahkan sedikit minyak masak supaya bagi kulit ayam lebih rangup. Gaul sebati juga naaa...
3. Masukkan perapan ayam tadi didalam air fryer dan bakar pada suhu 200C selama 20 minit. Okay teknik air fryer ni kena selalu balik-balikkan ayam setiap 10 minit dan tengok kalau tak masak elok lagi, tambah masa, kay.
4. Masak hingga ayam agak garing dan boleh lah keluarkan dari air fryer , hidangkan dalam pinggan untuk sajian sekeluarga. Mudah dan senang jer kan.. Selamat mencuba ...
1 Comments
asik lupa aje nak beli kewpie
ReplyDelete