Selepas selesai uruskan abah kak ana ke Hospital Teluk Intan, kami ziarah adik ipar kak ana di Manjung kerana baru sahaja menjalani rawatan pembedahan fibroid . Masa tu hari Khamis, suami dan anak kak ana Adik Ika sambung cuti Jumaat jadi dapatlah cuti panjang terus sampai ke hari Ahad. 

Kami awal-awal dah plan nak ke Cameron Highlands Jumaat tu , lagipun hari Jumaat tu cuti sekolah belum lagi bermula. Kami ke sana 24hb Mei 2024 hingga 25hb Mei 2024 . 

Bertolak awal pagi, kami ikut laluan Simpang Pulai walaupun kalau dari Teluk Intan, laluan Tapah lagi lah dekat. Tapi kak ana dan Adik Ika tak nak ikut Tapah sebab jalan yang berliku-liku ya amat. Suami pun okay je lajak sedikit ke hadapan kami ikut lah Simpang Pulai.

 

Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands


Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands


Dari Simpang Pulai, pastilah kita akan sampai ke Blue Valley , Kg Raja terlebih dahulu. Pit stop pertama yang selalu jadi persinggahan orang ramai adalah di Avant Chocolate , Green View Garden. Kak ana singgah sekejap sini, singgah toilet dan makan aiskrim sambil ronda-ronda taman mini yang tak kurang cantiknya. 

Kat sini masuk percuma sahaja. Cantik juga ada lanskap bunga-bunga dan ada mini zoo ternakan. Tempat mainan kanak-kanak pun ada dan cafe di sini menyajikan pelbagai menu dan ia memiliki sijil halal Jakim, Alhamdulillah.. 


Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands


Harga tiket ladang teh Cameron Valley Tea House , Cameron Highlands


Sekarang ni, nak masuk mana-mana ladang teh pun dah di kenakan bayaran. Kalau dulu-dulu memang free jer masuk, kami pernah berkelah lagi di ladang teh Sungai Palas . Ada lagi gambar kenangan , lama dah laa zaman tahun 2000 macam tu dedulu kala haha :) Bayaran masuk ke ladang teh Cameron Valley di Kuala Terla ni cuma RM4 sahaja untuk dewasa. Wristband tu korang boleh beli di kaunter jualan teh di cafe. 

Untuk pengetahuan korang yang pertama kali ke Cameron Highlands, Cameron Valley Tea House ni ada 3, satu di Kuala Terla ni lah kalau korang dari Simpang Pulai , ada sebuah lagi di Tanah Rata dan sebuah lagi Ladang Teh Cameron Valley ni terletak di Ringlet, kalau korang naik dari Tapah akan jumpa hat tuu terlebih dahulu. 


Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands


Kat dalam ladang teh ni adalah tangga mendaki untuk sampai ke atas. Memang sayup lah nak daki anak-anak tangga berwarna warni tu. Kak ana pun syukur sangat dengan kesihatan kaki dan tulang belakang ni, di izinkanNya juga kak ana sampai ke puncak. 



Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands

Pemandangan di atas view point kat atas ni amatlah luas saujana mata memandang. Memang cantik hijau terbentang hamparan pokok-pokok teh yang telah berusia puluhan tahun. 

Cuma pada tarikh kami di sini , cuaca agak panas sekitar 21-22'C . Tapi masih berangin. Kalau sebelum ni dua tahun lepas kak ana berada di Cameron suhu memang dingin tengahari pun masih boleh rasa 19'c .


Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands


Di atas puncak pendakian tangga ni ada lah sebuah fountain buatan dan wakaf serta tempat duduk untuk pengunjung bergambar dan melepaskan penat mendaki. Kemudian waktu nak turun pun , dengan kesihatan kaki kak ana ni, memang rasa nak gelungsur jer tapi pelan-pelan lah turun pegang besi palang yang di sediakan sepanjang menuruni tangga, Alhamdulillah sampai juga ke bawah semula.


Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands


Sampai di bawah, kami minum teh tarik dan makanlah sedikit kudapan fries dan nugget . Sebab kami nak turun hi-tea di Bala Chalet kat Tanah Rata nanti. In syaa Allah akan kak ana share dengan ampa semua dalam entri yang akan datang. Jadi tak perlu nak makan yang berat kat sini. Cafe di sini ada dua tingkat, makan di tingkat atas lagi best rasanya kerana dapatlah view ladang teh di sebelah. 


Cameron Valley Tea House, Cameron Highlands


Kak ana pernah makan scones di Cameron Valley Tea House di Ringlet masa kami datang dua tahun lepas dan scones kat sana memang sedap. Rasanya sama lah kut kan di cafe sini juga sebab ianya dari rangkaian produk yang sama. 

Sebab kami nak makan scones di Bala Chalet jadi kali ini tak lah beli scones. Entri tempat-tempat menarik Cameron Highlands waktu itu pernah kak ana terbitkan di SINI



ladang teh cameron highlands

Kat sini pun ada jualan produk teh keluaran Cameron Valley, sama macam di Ringlet tetapi tidak sebesar di sana. Harga sama sahaja kat mana-mana pun mengikut jenis teh dan variasinya. Kak ana belilah juga teh strawberry dan teh uncang Cameron Valley beberapa kotak. 


ladang teh cameron highlands

Dan kak ana nak share dengan ampa semua, air tin Cameron Valley Iced Strawberry Tea ini sangat lah sedap. Minuman sejuk dan rasa dia sedap sangat pada selera kak ana. Cari juga lah sepanjang masa kami berada di sana, tak ada lah pula di jual di mana-mana. Kalau ada kak ana nak repeat beli. Dah balik ni kena cari kat Shopee kut kut ada ye dak hehe :) 

Inilah sahaja yang sempat kak ana coretkan untuk rujukan ampa yang kali pertama nak ke Cameron Highlands. Semoga catatan ni dapatlah memberikan sedikit info sebelum korang ke sana. Kak ana kalau ke Cameron Highlands selalunya cuba untuk elakkan peak season macam cuti umum atau pun cuti sekolah kerana ia lebih selesa dan tidak sesak. Semoga bermanfaat... 

8 Comments

  1. Dah lama tak jejakkan kaki di tanah cameron...
    aduhai, bila lah nak pergi lagi ni...

    ReplyDelete
  2. ladang teh CH saujana menghijau

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Ekin pertama kali sampai CH masa sambut tahun baru aritu suami buat kejutan nak bercuti kat luar Kedah. Ladang teh ni juga Ekin pergi mujur la dapat naik sampai atas juga, nak turun tertiba jadi takut 🤣 tinggi tengok tangga. Best g CH tenang jiwa sekejap sedap udara sejuk.

    ReplyDelete
  5. rindu sangat kameron ni.. rindukan suhunya.. sejuk dan damai... :D.. kat sini la tepun lady si kakak Fatimah jatuhkan.. x terkata ldy.. haha..

    ReplyDelete
  6. lama jugak x jejak CH. pergi dulu time peak season .. sesak dgn orang. tengok ke tangga macam semput dah hii .. Tak sejuk mana dah sekarang kat CH. ?

    ReplyDelete
  7. Belum pernah lagi ke Cameron Highland...mudahan ada kesempatan rezeki juga nanti

    ReplyDelete
  8. Ini salah satu tempat yg belum saya visit juga. Teringin sih kesana. Apalagi daerah tinggi, sejuk. Walopun saat kak ana kesana sedang agak hangat yaa 😄. Tapi 21-22 masih okelaah..

    View memang cantiiik dan anak tangga itu eye catching sangat 😄😁

    ReplyDelete