Tawaran terbaik ini adalah untuk mereka yang berjaya membuat pembelian unit kediaman di Bayu Sutera untuk projek fasa 3a iaitu Izara II dan fasa 4a3 iaitu Elonia III , khas untuk unit Bumi sahaja.
Masih ada peluang dan ruang untuk korang semua kerana kempen ini bermula dari 20hb Mei 2024 hingga 20hb Ogos 2024. Korang ada 3 bulan untuk membuat perancangan pembelian unit kediaman dan bakal menjadi tetamu Allah swt andai terpaterinya perjanjian jual beli kelak.
Pakej umrah
Setiap pembelian sebuah unit kediaman , melayakkan pembeli menerima 2 Voucher Tunai Pakej Umrah bernilah RM8,000 setiap seorang. Ini termasuklah :
- Perjalanan umrah ke Arab Saudi selama 11 hari 10 malam .
- Pakej umrah ini juga meliputi tiket penerbangan untuk 2 orang, hotel penginapan, pengangkutan dan makan minum jemaah 3 kali sehari.
- Lawatan ke Museum Al Wahyu di Makkah.
- Malahan merangkumi kursus umrah, kit peralatan umrah, Air Zam-zam dan di bimbing oleh para Mutawif yang berpengalaman.
- Butiran lengkap Terma dan Syarat akan di berikan kelak oleh pihak Agency Umrah yang di lantik iaitu dari ‘TH Travel & Services Sdn Bhd’
Selepas kak ana huraikan tawaran pakej umrah yang bakal di perolehi oleh bakal pembeli di Bayu Sutera, jom kak ana kongsikan pula 2 projek perumahan yang melayakkan korang untuk mendapatkan tawaran pakej umrah ini.
Dua fasa projek yang melayakkan korang untuk menebus ganjaran pakej umrah dengan pembelian unit kediaman di Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan ini adalah :
a) Izara II @ Bayu Sutera
- Merupakan unit kediaman teres 2 tingkat berstatus Pegangan Bebas atau Freehold landed property
- Saiz lot adalah 20’ x 70’ (intermediate)
- Dengan keluasan 2,315 sq.ft (intermediate)
- Mempunyai 4 bilik tidur & 4 bilik air
- Fasa Izara II @Bayu Sutera ini hanya memilki sejumlah 171 unit sahaja.
- Merupakan kediaman berpagar dengan post kawalan keluar masuk.
b) Elonia III @ Bayu Sutera
Juga merupakan unit kediaman teres 2 tingkat berstatus Pegangan Bebas ( Freehold landed property )
- Saiz setiap lot adalah 20’ x 70’ (intermediate)
- Keluasan binaan 2,315 sq.ft (intermediate)
- 4 bilik tidur & 4 bilik air
- Unit amat terhad iaitu cuma 38 unit kediaman sahaja
- Kawalan keselamatan berpagar
Antara keistimewaan memilki kediaman di Izara II & Elonia III @ Bayu Sutera adalah memilki ciri-ciri Smart Homes yang menjadi trend kediaman masa kini sejajar dengan arus permodenan gaya hidup. Ia merangkumi :
- Set kunci digital (Digital lockset)
Membolehkan kita mengawal dan memeriksa kunci kediaman secara kawalan jauh atau remotely untuk mempastikan keselamatan rumah yang di tinggalkan.
- Sistem pencahayaan module pintar , seperti menyalakan dan memadamkan lampu dengan sistem butang sentuh atau pun dalam istilah lain touch button.
- Penyaman udara dengan IR BLASTER yang mana memudahkan kawal selia AC suhu mengikut keutamaan penghuni.
- Ciri rumah pintar pastilah tersedianya kawalan secara VOICE CONTROL yang mana mudah untuk menguruskan setiap arahan peranti dengan mudah dan lancar termasuk pencahayaan dan sebagainya.
Kemudahan untuk komuniti di Izara II, Bayu Sutera
Selain keselesaan ruang unit rumah kediaman yang kita inginkan untuk keluarga, lokasi dan kemudahan di persekitaran komuniti tempat tinggal juga merupakan ciri utama dalam pemilihan sebelum membuat keputusan membeli sebuah rumah.
Sukacita kak ana nak kongsikan dengan korang semua, ini merupakan review kali ketiga kak ana bercerita mengenai Bayu Sutera yang merupakan sebuah penempatan bandar terancang oleh pemaju yang sangat cemerlang dalam setiap projeknya, iaitu Matrix Concepts Holdings Berhad.
Untuk fasa Izara II ini juga ia telah tersedia sebuah lake park atau taman tasik rekreasi seluas 3 ekar dengan kemudahan riadah track jogging, ruang rekreasi, plaza deck yang esthetic di kelilingi kawasan tasik dan sebagainya sesuai untuk kelestarian sekeluarga.
Penghuni pasti akan menggunakan setiap fasiliti yang ada untuk tujuan riadah dan bersuka antaranya taman permainan untuk anak-anak, gelanggang badminton, kawasan reflexologi dan sebagainya.
Kemudahan fasiliti untuk penghuni Elonia III, Bayu Sutera
Tidak kurang juga kemudahan sekeliling yang telah sedia ada buat bakal penghuni di Elonia III, Bayu Sutera dimana berada di sebuah bandar terancang yang sama dengan kemudahan rekreasi seperti di atas termasuklah taman rekreasi untuk jogging, gelanggang badminton, taman permainan kanak-kanak , track reflexologi, hammock, meja picnic dan sebagainya.
Kemudahan persekitaran penempatan di Bayu Sutera
Seperti yang kak ana jelaskan sebelum ini, Bayu Sutera merupakan sebuah projek penempatan bandar terancang oleh sebuah pemaju yang sangat cemerlang dalam segala aspek termasuk terjualnya semua unit serta perlaksanaan projek yang siap sepenuhnya tanpa gagal iaitu Matrix Concepts Holdings Berhad.
Jadi, amatlah beruntung untuk menjadi sebahagian warga Bayu Sutera kerana kemudahan dan perancangan bandar yang telah pun sedia wujud untuk bakal residensi walau di mana-mana fasa sekali pun.
d’Tempat Country Club
- Semua residensi atau pembeli rumah di Bayu Sutera akan mendapat keahlian kelab d'Tempat Country Club secara percuma sahaja. Ia menyedikan kemudahan untuk ahli antaranya kolam renang bersaiz olympic, gymnasium, pusat bowling, snooker, bilik tayangan filem, bilik bacaan, gelanggang tenis, squash, dewan bankuet, bilik mesyuarat, cafe dan sebagainya. Lengkap dah untuk kegunaan komuniti di Bayu Sutera.
Matrix Global Schools
- Hub sekolah swasta antarabangsa yang di bina dalam keluasan 20 ekar dengan senibina dan interior bertema klasik British Colonial dengan kemudahan asas dan kurikulum yang boleh menempatkan sehingga 2,500 pelajar tempatan dan luar negara. Merangkumi 3 jenis sekolah swasta iaitu Matrix Private School, Matrix International School dan Matrix International Pre School.
X Park Sendayan
Tidak jauh dari komuniti Bayu Sutera ini juga terletaknya X Park Sendayan yang merupakan pusat hiburan terbesar di Negeri Sembilan yang mempunyai tarikan permainan ekstrim seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, archery atau memanah, gelanggang futsal, badminton dan sebagainya.
Sendayan Merchant Square
Merupakan sebuah pusat komersil untuk warga Bayu Sutera khasnya yang terdiri daripada 163 unit kedai dan pejabat menghadap Carnelian Park sebuah taman awam yang di rekabina oleh pemaju melestarikan antara pusat komersil dan riadah komuniti setempat.
Perancangan masa hadapan juga untuk komuniti di Bayu Sutera dengan plan pembangunan seluas 6.4 ekar pembinaan sebuah mall atau pusat beli belah untuk kemudahan kejiranan setempat dan sekitarnya.
Pakej Jualan untuk bakal pembeli di Izara II dan Elonia III @ Bayu Sutera
- Selain daripada tawaran pakej umrah untuk setiap pembelian unit kediaman di Izara II dan Elonia III , Bayu Sutera yang khusus untuk lot Bumi, Matrix Concepts juga menawarkan tawaran istimewa buat bakal pelanggannya seperti :
- Bayaran pendahuluan yang rendah
- Yuran guaman , duty stamp SPA dan Pinjaman secara PERCUMA
- Yuran keahlian kelab PERCUMA untuk d’Tempat Country Club
Untuk butiran lebih terperinci mengenai pakej umrah dan pakej jualan Izara II dan Elonia III @ Bayu Sutera, Bandar Sri Sendayan ini layari terus ke laman sesawang :
8 Comments
Mesti ramai merebut peluang ini, mana taknya beli rumah dapat tunai umrah.. rezeki berganda
ReplyDeleteBestnya beli rumah dapat pakej umrah lengkap. Berbaloi sangat!
ReplyDeletePucuk dicita ulam mendatang. best tu kak ana. beli lah rumah kat Bayu Sutera ni
ReplyDeleteUntung tu beli rumah dapat pakej umrah. Cantik betul kawasannya.
ReplyDeleteBest nohhh beli rumah dapat umrah lagi
ReplyDeleteRezeki betul kalau dapat miliki kediaman idaman lepas tu dapat tunaikan umrah secara percuma. Impian semua umat Islam ni...dapat jejak kaki ke Tanah Suci.
ReplyDeleteBest kak ana promo depa this time siap dapat pakej umrah lagi
ReplyDeleteKita suka la dengan inisiatif pemaju yg bagi pakej umrah
ReplyDelete