Alhamdulillah... selesai dah tetamu-tetamu Allah swt mengerjakan ibadah haji, rukun Islam kelima di tanah suci. Ramai saudara dan kenalan kak ana menjadi hambaNya yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji tahun 1445H ini. Antaranya pak sedara di Klang, Acik Amin, sepupu di Ipoh, Sham dan rakan blogger kesayangan kak ana, Kolin dan mamanya.. 

Kita di tanahair ni juga syukur diberikanNya kesempatan dan ruang untuk meraikan sambutan Aidil Adha dan melaksanakan ibadah korban. Adik kak ana, Lan,  bersama adik ipar, Julia Alisya dan anak mereka Haris juga di rezekikanNya melakukan ibadah korban tahun ini. 

Tahun ni banyak juga daging korban yang kak ana terima di kampung. Bahagian adik pun kak ana dapat sebaiknya. Dah agih-agihkan ada lah dua kilo dekat rumah ni yang kak ana bawa balik. Cuma kali ini hampir sekilo adalah organ yang kak ana dapat dari bahagian adik. 


resepi rendang hati lembu, paru dan limpa


Kak ana memang suka makan limpa, hati dan paru. Tak lah banyak setiap bahagian dibahagi mengikut kadarnya kan. Tapi cukuplah untuk hidangan kami sekeluarga. Kak ana satukan hati lembu, paru dan limpa menjadi satu resepi mudah iaitu rendang. 

Kak ana minta resepi dari kakak angkat kak ana, Along Aisyah sebab along pernah masak rendang campur tiga bahagian ni, tapi Along panggil rendang 3 beradik. Macam selalu lah, bila tak cukup bahan, kak ana selalu menderhaka sikit pada resepi asal. Marah Along nih... 

Tapi untuk perkongsian di sini, kak ana letakkan resepi asli dari Along Aisyah, orang berasal dari negeri Melaka. Kak ana terbitkannya di sini juga dengan tujuan nak jadi kan rujukan di masa akan datang kelak, andainya ada rezeki nak masak sekali lagi rendang 3 beradik atau rendang hati lembu, paru dan limpa. Minta halal Long , perkongsian resepi di sini.. 

Resepi rendang paru , hati lembu dan limpa 



Resepi dan bahan rendang paru , hati lembu dan limpa


Bahan-bahan rendang paru , limpa dan hati lembu 

Cili kering / Cili Padi
Bawang merah
Bawang putih 
Halia
Lengkuas
Serai 
Rempah empat sekawan - buah pelaga , bunga cengkih, kayu manis, bunga lawang
Jintan Manis*
Jintan Kasar*
Rempah Bulat* ( biji ketumbar ) 
*Bahan bertanda di sanggai kemudian blend haluskan 
kalau nak masuk lada hitam pun boleh ikut kepedasan sendiri 
 Santan & Kerisik
 daun kunyit atau daun limau purut

Kata Along , kalau nak jadikan rendang minang cuma gunakan

Cili padi
Kunyit hidup
Halia 
Serai 
Lengkuas. 

Cara masak rendang hati lembu, paru dan limpa 

- Bersihkan dan rebus hati lembu dan paru. Along bagitau kak ana , untuk limpa rebus asing kerana ia ada bau yang kuat. Tapi di sebabkan limpa yang kak ana ada sedikit sangat jadi kak ana rebus sekali hingga agak empuk dalam 1 jam juga lah, tambah air selalu jika kering. 

- Untuk limpa keluarkan dan seliat kulit luarnya terlebih dahulu sebelum di hiris kecil dan nipis-nipis. Sama juga hati dan paru cuma hiris kan sahaja tidak terlalu tebal dan besar untuk mudah nak makan rendangnya nanti.

- Untuk masak rendang hati lembu , paru dan limpa ni kak ana tumiskan dahulu bahan rempah 4 sekawan , kemudian tumis pula rempah sangai tadi sekejap sahaja. 

- Barulah masukkan bahan blend cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai. Tumis hingga pecah minyak.

- Masukkan hirisan hati lembu, paru dan limpa, masak sebati seketika dan masukkan santan. Masak hingga pecah minyak sekali lagi. 

- Rasakan dengan garam secukupnya dan masukkan kerisik bila ia dah mula mengering kuahnya. 

- Akhir sekali kak ana masukkan daun limau purut yang di carik-carik sahaja kerana kalau hiris ia akan memberikan rasa pahit . Kalau ada daun kunyit boleh lah guna daun kunyit. Hari tu kak ana cuma masukkan daun limau purut sahaja. 

Sama kekdah macam masak rendang biasa cuma resepi Along Aisyah ni menggunakan rempah yang di sanggai. Betullah kan, rendang organ ni ada bau sedikit tambah pula daging segar kan. Kuat juga aroma organnya. 

Dengan menambah bahan rempah yang beraroma seperti jintan dan biji ketumbar ni akan memberikan aroma yang lebih enak pada resepi masakan kita. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat... In Syaa Allah.. 


4 Comments

  1. Favorite Sy ni Kak Ana, hati limpa & paru. Cuma di rumah ni diorg tak brp makan jika dibuat rendang, goreng letak garam kunyit tambah bawang cabai style mak² tu makanlah depa...

    ReplyDelete
  2. nieyl x pernah masak..
    tapi macam paru tu mmg nieyl suka..selalu beli makan dkt kedai je..

    ReplyDelete
  3. lady x masak lagi daging2 yg org bg dalam peti.. kat rumah ldy ni jrg org kmpung bagi.. sb kami dikategorikan pendatang.. pagar sentiasa tertutup rapat.. :D hihi..

    ReplyDelete
  4. Kalau kat kg rendang ni dipanggil rendang nasib.. nasib la siapa dpt daging.. siapa dpt limpa.. siapa dpt paru hahahah

    ReplyDelete