Jarang rasanya kak ana nak review menu makan di restoran mamak nih. Walaupun selalu je kak ana teman suami pekena tosei atau mee goreng mamak memalam kalau dah tak tahu nak makan apa. Di kediaman kak ana ni ada beberapa juga restoran mamak. Ada yang 24 jam pun.

Tapi menu depa nih standard lah kan, sama jer kat restoran mana pun. Tapi kali ni kak ana nak kongsi dengan ampa semua, restoran mamak yang baru sahaja beroperasi di Bandar Country Homes, Rawang. Lokasinya di Avia Plus, port lepak malam paling meriah area sini. 

Kat Avia Plus ni merupakan kediaman kondo dan di bahagian bawahnya ada deretan kedai. Kat sini banyak cafe ternama ada, dari ZUS Coffee, Family Mart, Kenangan Coffee, 7Eleven Mart, Mee Tarik , Speedmart dan pelbagai lah. Penuh dah shot lot sini di isi penyewa. 


Nasi Kandar Al-Asad , Avia Plus , Bandar Country Homes


Nasi Kandar Al-Asad , Avia Plus , Bandar Country Homes 


Okaylah, kak ana sambung kisah Nasi Kandar Al-Asad ni semula. Setakad entri ni di terbit kan kalau tak silap kak ana dah 3 kali kak ana singgah makan. Pertama dulu masa mula-mula di buka, kami makan nasi kandar dengan adik, adik ipar, abah, anak buah, suami dan Adik Ika. 

Memang sedap menu nasi kandar kat sini pada depa semua. Kemudian kak ana dan suami makan sekali lagi nasi kandar pada hari anniversary kami bulan Mei 2024 yang lepas. Haa.. ambik ko! Anniversary pun pekena nasi kandar. Hat tu gambar di atas tu menu nasi kandar yang kami makan, Memang SURRR... 


Nasi Kandar Al-Asad , Avia Plus , Bandar Country Homes


Tosei rawa 


Dan yang terbaharu, hat gambar atas ni lah. Kami makan malam pula singgah ke sini. Pertama kali kak ana makan tosei rawa . Suami yang ajar. Tapi sedap lah tosei rawa ni. Dia garing dan ada taburan sayur dan macam lubang-lubang sikit teksturnya. Beza dengan tosei biasa yang kak ana makan sebelum ni. 


tosei rawa


Kak ana order la tosei rawa bawang, ingat kan depa goreng lah bawang tu buh dalam tosei, sekali maii bawang merah mentah tu dia tabur.. Adoi pelik.. Satu lagi kak ana terpaksa juga kutil biji-biji lada hitam bertaburan pada tosei ni, Panas weii kalau tergigit, dah macam dalam pantang lak kunyah biji lada hitam huhu :) 

Tapi sedap lah, kak ana ni suka makan roti canai atau tosei yang garing-garing macam roti canai tisu atau tosei tisu. Laa nih tau dah boleh lah makan tosei rawa pula. Bahan cicah depa bagi 3 jenis rasanya kari, kari dhal yang sambal hijau tu. Kalau tak silap kak ana chutney.. betulkan kat komen ye, kak ana tak pasti betul atau tak. Tapi sedap sangat. 

Nan dan ayam tandoori 



tandoori


Adik Ika kalau pii mamak suka sangat makan roti nan dan ayam tandoori. Hat tu memang favourite dia sangat-sangat. Malam tu dia makan tandoori ayam dan nan biasa sahaja. Kalau tak mesti order cheese nan. 


nan dan ayam tandoori


Sedap juga lah perapan ayam tandoori yang di bakar elok masak sempurna. Nan pun sesedap rasa dengan pencicah juga sangat okay pada kak ana. Kiranya dah boleh jadi port lepak kami lah lepas ni selain dari Al Bidayah yang tak jauh juga dari sini. 


Nasi kandar Al Asad

Sistem kat mamak sekarang ni canggih macam ni di kebanyakan restoran depa kan. Depa buh kad, pastu ambil order dengan phone nanti nak bayar bawa kad nombor meja di sahaja ke kaunter. Malam tu kami makan tosei rawa, tosei bawang, ayam tandoori dan nan bersama teh ais, air kosong dan limau ais cuma RM23 lebih kurang. Murah laa kan..

Yang best nya juga restoran Al-Asad ni juga berhawa dingin. Selesa lah ruang makan. Jadi kalau ampa kebetulan berada di Bandar Country Homes boleh lah singgah yang terletak di Avia Plus tu sahaja. Ini free review naa... saja-saja nak share port lepak mamak sekali sekali huhu :) 

5 Comments

  1. Tosei rawa tu SA pernah makan...mula2 memang pelik rasanya..sebab kan garing terus jadi suka..betul kata kak ana..kena kuis2 lada hitam..kalau tak rasa macam makan time berpantang..haha

    ReplyDelete
  2. Kalau pergi mamak, antara menu yg nieyl suka meegi goreng, ayam tandoori, roti cheese nan..tosei tu kakak nieyl paling sukaaa..lagi2 klu garing mcnie..

    ReplyDelete
  3. wahhh Ana pun mmg suka sgt ayam tandoori!

    ReplyDelete
  4. Semuanya favorite juga tu, nan, tosai dan ayam tandoori. Rasa gembira bila ada kedai mamak yang bersih, makanan ok dan harga pula ok. Memang rahmat tu.

    ReplyDelete
  5. selalu pergi mamak mesti order nan haha

    ReplyDelete