Dah lama kak ana nak terbitkan entri nih, macam biasa lah duk terperok dalam galeri dan lupa. Baru-baru ni pokok pelik ni berbunga lagi. Puas kak ana cari nama pokok berbunga kuning di dalam pasu pokok kunyit belakang rumah kak ana .

Kak ana pasti sangat ia bukan pokok kunyit tapi mungkin spisis kunyit juga . Pelik kan, kak ana pernah jer tengok pokok kunyit berbunga, dan ada yang suka jadikannya ulam. Bunga kunyit yang pernah tumbuh di laman belakang rumah kak ana lain benar dengan hat ni.


Pokok kunyit padi



Pokok kunyit padi


Ini kali kedua ia mengeluarkan bunga, bertangkai halus warna kuning kunyit. Pokoknya tumbuh dalam pasu kunyit yang besan abah bagi, pak mertua adik kak ana, Pak Ya. Pak Ya bagi pokok kunyit betul tu lah, banyak induk gak sepasu besar Pak Ya bagi lama dah dulu.

Tiba-tiba muncul berbunga gini, kak ana jadi pelik dan musykil sangat. Dukk tanya kat status whatsapp, sendu dan senyap, biasalah status whatsapp ni kak ana jarang nak update sangat personal isu sebab memang stalker je, jadi kak ana suka update status isu semasa khanya Palestine kat sana. 



Pokok kunyit padi


Bila buh kat status IG @AJHomeGarden tu ramai juga yang bagi respond. Haa.. gitu lah, kita perlu berada dalam circle yang betul, paling kak ana suka di IG lah, kalau bab decor kak ana ada IG @AJSuka Decor dan kalau mobilegraphy pula di IG @AJAlamMaya . Banyak IG kan.. sebab kak ana suka berada di circle yang sama. Aman damai dan tenang untuk berkongsi idea. 



Pokok kunyit padi


Bila dah dapat respon dari IGs , kak ana guna google image search pula dan betul lah seperti yang di beritahu, pokok ini namanya pokok kunyit padi atau dalam bahasa Inggeris Dancing Girl Ginger . Kan dah dapat ilmu baharu. 



Pokok kunyit padi


Dari kuntuman bunga yang dah kering tu, kak ana nampak ada naik cambah anak pokok baharu. Kak ana taburkan juga biji-biji bunga yang dah kering tu di tanah, kut kut laa mahu naik anak kan.

Selain daripada itu, batang dan daunnya pun tak sama seperti daun kunyit. Kalau duan kunyit, ia naik sehelai terus menegak dari tunas batang tetapi pokok kunyit padi nih, ia tumbuh helaian-helaian daun bersaiz agak kecil pada setiap ranting atau batang. Cuba korang tengok foto bawah ni , faham dak maksud kak ana. 


Pokok kunyit padi


Hat tengah hijau muda tu daun kunyit biasa dan yang di keliling belakang tu daun pokok kunyit padi yang kak ana maksudkan. Batang pun berbeza, ia berwarna lebih gelap dan kemerahan sikit dari batang pokok kunyit biasa. 


Pokok kunyit padi


Bezanya juga kunyit padi ni tak mengeluarkan bau seperti daun kunyit. Memang tak berbau kak ana dah cuba carek dan hidu daun atau bunganya. Begitu lah ciptaan Allah swt, unik dan tak tercapai akal kita sebagai hambaNya untuk menilai. Setiap satu terlalu indah dan sempurna. 



Pokok kunyit padi


Masyaa Allah.. banyak pula ia tumbuh dan berbunga kali ini. Sekali pandang nampak macam pokok padi kan. Tapi ia bukan berbiji tapi kuntuman kelopak bunga. Dan dari tangkai itu nanti ia akan berkembang dan bertahan agak lama juga hingga lah kering sendiri. 


Pokok kunyit padi

Kak ana yakin ia ada khasiatnya yang tersendiri sama seperti spesisnya juga, kunyit, temu, lengkuas dan sebagainya. Kak ana cari juga di internet belum terjumpa khasiat dari pokok kunyit padi ini, tetapi hasil carian banyak ke platform jualan Shopee yang menjual pokok kunyit padi nih.

Apapun sebagai pencinta pokok, kak rasa bertuah dan bersyukur adanya pokok kunyit padi ini tumbuh dengan sendiri di dalam pasu tanpa di beli atau di tanam. Entah mana sesat benih, Waallahu a'lamm.. 

Rezeki kan, kalau tak kita semua pun tak dapat mengenali adanya spesis pokok kunyit padi begini. Dan kak ana kongsikannya semula di sini untuk tatapan korang pula, semoga bermanfaat... In Syaa Allah... 

8 Comments

  1. waahhh 1st time tengok ni!

    ReplyDelete
  2. rare kunyit padi ni... selalu tgk yg berbunga yg kita buat ulam tu je

    ReplyDelete
  3. Pertama kali tengok pokok kunyit padi ni. Cantik pula bunganya.

    ReplyDelete
  4. Pertama kali tengok bunga pokok kunyit..... padahal kat rumah kampung merimbun tapi tak pernah nampak bunganya pula......

    ReplyDelete
  5. Mak nieyl ada juga tanam pokok mcnie lebih kurang daun dia mcm daun kunyit yg kita buat masak tu...kdg2 sampai keliru hahaha..bila mak soh ambil daun kunyit hehehe

    ReplyDelete
  6. Eh cantik pulak kena cari anak pokok ni.. nak tmbah lagi koleksi yg ada kat rumah ini :D

    ReplyDelete
  7. Cantik, aah sekali pandang mcm biji padi.

    ReplyDelete