Asam pedas ikan kembung
Ikan kembung, ikan pelaling dan kalau belah utara kami panggil ikan temenung. Kenapa ikan temenung ? Mungkin sebab ikan ni masak apa pun sedap, goreng saja pun sedap, masak kari sedap, gulai lemak sedap. pindang sedap ,pendek kata buat apa pun kena je dengan selera masing-masing. Jadi bila beli ikan nih, duk termenunglah sat duk pikiaq nak masak apa hehe :)
Tipu jer , tak yah percaya. Dah memang orang dulu-dulu panggil ikan temenung, kami pun main sambung je lah ikut panggil ikan temenung. Tapi memang betul masak lah menu apa pun kena sahaja dengan rasa isi ikan yang lemak-lemak manis nya.
Untuk menjadikannya nationwide seantero negara , kak ana lebih suka tulis ikan ni sebagai ikan kembung. Jadi semua orang pun tahu dan kenal lah kan. Kali ini, kak ana masakkannya asam pedas, cara kak ana sendiri di inspirasikan dari masakan orang Melaka.
Asam pedas orang Melaka lagilah sedap dan padu , dah masakan negeri depa kan.. Kita ambil lah serba sedikit resepi asal dan olah mengikut citarasa kita pula. Citarasa kak ana pastilah kurangkan kepedasannya.
Jom kak ana kongsikan resepi dan cara kak ana masak asam pedas ikan kembung pula kali ni.
Resepi dan cara masak asam pedas ikan kembung
Bahan-bahan yang kak ana gunakan :
Ikan kembung 3 ekor sahaja
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai - diketuk
Cili blend
1 cawan air asam jawa
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk kasar
1 sudu kecil serbuk kunyit atau isi kunyit lagi best
garam secukup rasa
daun kesum
kak ana buh kacang bendi
Cara masak asam pedas ikan kembung
1. Ikan apa pun nak guna cara masaknya lebih kurang sahaja. Blend bawang merah dan bawang putih.
2. Panaskan minyak tumis bawang blend, masukkan cili blend , lada hitam yang dah di tumbuk kasar dan masak hingga pecah minyak.
3. Bila dah cukup masak garing pecah minyak masukkan serai yang dah di ketuk dan serbuk kunyit. Tambah air jika terlalu kering.
4. Kemudian masukkan air asam jawa secukupnya dan masukkan ikan kembung.
5. Tambahkan air ikut jumlah ikan biarkan sampai ikan tenggelam dalam kuah tapi bukan terlalu cair, pekat-pekat je pepandai lah adjust naa .. Masukkan kacang bendi.
6. Bila dah mendidih rasakan dengan garam dan bolehlah masukkan daun kesum yang dah di bersihkan.
Siap lah menu asam pedas cara kak ana. Mudah jer. Bahan basic sahaja kak ana selalu gunakan. Kalau musim bunga kantan, kak ana akan buh bunga kantan, lagilah lah. Kalau suka korang boleh masukkan tomato atau terung dalam gulai asam asam pedas ampa.
Makan asam pedas ni kena ada guu dia, telur asin. Ni telur asin yang adik kak ana bagi bawa dari Manjung hari tu. Cantik sungguh kan segar jer telur asin ni. Menu makan tengahari kami juga ada sayur kobis goreng dan ikan kembung goreng untuk anak. Biasalah anak-anak nih kurang sikit selera depa dengan masakan asam pedas gini.
Begitulah setiap rezeki yang ada di syukuri sentiasa. Maksima kan penggunaan bahan-bahan masakan ni di zaman yang serba mencabar dengan kekangan kewangan akibat harga barang makan yang melambung tinggi.
Seekor ayam untuk kak ana bertiga di rumah nih, kadang-kadang boleh dapat 3 kali masakan berlainan menu untuk 3 hari. Bukan lah nak jimat sangat tapi kak ana akan masak cukup-cukup bajet untuk sekali makan sahaja. Jadi tak membazir kan.. Alhamdulillah...
13 Comments
Dijamin sedap. Boleh terasa aromanya.
ReplyDeleteNampak sedapnyer
ReplyDeleteIkan temenung... Lepas tu, orang tengok kita pelik, apa lah yang dia sebut... Hahaha...
ReplyDeleteYa, sama ngan linda.. Suka masak ngam2...
Lama pula tak buat asam pedas ni.
ReplyDeleteSedap ni Kak Ana 👍
ReplyDeleteSaya suka ikan temenung ni tapi anak² kurang gemar kecuali goreng garing².
Teloq masin tu kemain lawa...
sedapnya
ReplyDeleteada bendi... tu saya ratah dulu😁
ReplyDeleteikan kembung ni sy suka masak asam rebus.. gu dgn telur masin dan kacang bendi masak kicap... hihihi... sedap
ReplyDeletesedap.. mmg kombinasi dgn telur masin tu ngam.. liez suka asam pedas tapi anak-anak makan yg ayam je
ReplyDeleteammi kan makan asam pedas merata tapi rasanya yang terpaling best masakan asam pedas kakak2 ipar especially yang kat pengkalan balak tu. sedap dia lain maciammm
ReplyDeleteIkan feveret ni, masak apa pun sedap 😋
ReplyDeleteKalo ikan kembung dibuat asam pedas, memang fav mama dan papa saya. Saya sendiri tak suka. Tp kalo dibakar, baruuuu habis banyak 😄. Kalo untuk asam pedas, saya prefer pakai ikan pari
ReplyDeleteTelur masinnya memang terlihat mantaap kak. Kuningnya itu Masir 😍😍👍. Saya suka yg terkstur basah seperti itu
Sedapnyaaa .
ReplyDelete