Hari tu ada kak ana singgah ke Rosyam Mart kat Sungai Buloh sebab nak siapkan task review produk cendol. Dah alang-alang sampai tu, suami dan Adik Ika nampak sepaket lamb chop depa pun beli . Harga dalam RM35 kalau tak silap, banyak lah juga dalam 6 keping lebih kurang.

Esoknya hari cuti baharulah kami nak prepare masak lamb chop di rumah, makan bertiga. Kadang-kadang teringin juga makan western ni kan. Macam selalu bab masak western ni memang minat anak kak ana , Adik Ika ni lah. 

Kalau nak suruh masak masakan melayu, memang tak minat sangat tapi bab masak masakan western laju je dia take over dapur. Adik perap dahulu kepingan kambing, kemudian kami gril dalam oven sahaja. Lepas tu siapkan gravy dan side dishes brokoli dan juga bake potato. Itu jer sayur yang ada di dalam petisejuk masa tu... 


homemade lamb chop


Jadi hari ni, kak ana nak share kan semula resepi perapan lamb chop dan juga sos gravy blackpepper yang mudah dan simple tapi Alhamdulillah sedap... 

Bahan perapan lamb chop 


1/2 kiub pati ayam 
Sos tiram
Sos bbq
Daun rosemary kering
Daun oregano kering 
Lada hitam – tumbuk kasar
Madu 

Bahan-bahan perapan ni tak ada sukatan, agak-agak sahaja mengikut jumlah kepingan lamb chop yang ampa ada tuu. Satukan semua dan sapu rata pada kepingan lamb chop. Marinate dan tutup bekas dengan plastic wrap dan simpan dalam peti sejuk sejam dua. Maknanya, kena prepare awal sebelum nak bakar atau gril. 


resepi homemade lamb chop


Lepas tu, boleh lah bakar atau gril dalam oven atau air fryer . Jangan lupa alas dengan aluminium fold pada suhu 180' balik-balikkan hingga masak. Sapukan sedikit butter di atas perapan lamb chop untuk mengelakkannya terlalu kering bila di gril. 

Resepi gravy blackpepper atau sos lada hitam 


Untuk resepi sos gravy blackpepper nih, Adik Ika selalunya guna resepi Khairul Aming. Memang mudah dan sedap tanpa banyak bahan. 

Bahan-bahan gravy blackpepper 

1 biji bawang holland - dadu kecil 
1 ulas bawang putih - ketuk dan dadu halus
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat manis
sedikit butter untuk menumis
1 sudu besar lada hitam - yang di tumbuk kasar
1 sudu tepung gandum 
garam secukup rasa


resepi blackpepper gravy


Cara buat gravy blackpepper 

1. Panaskan sedikit butter. Tumis bawang holland dan bawang putih yang di dadu kecil.

2. Masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan sedikit air untuk memasakkannya. Agak-agak air tak mau jadi kuah naa.

3. Masukkan kicap pekat manis dan sos tiram, gaul sebati.

4. Taburkan garam secukupnya jangan banyak nanti masin dan taburkan serbuk lada hitam yang di tumbuk kasar sahaja. Biar nampak lagi teksturnya. 

5. Masak hingga didih, matikan api dan sejukkan seketika. 

6. Dah sejuk sikit baharulah masukkan dalam blend dan blender hingga lumat dan pekat. Ketepikan. 



resepi homemade lamb chop


Untuk side dishes ni kak ana gunakan bahan yang ada di rumah sahaja. Kebetulan ada brokoli jadi kak ana potong kecil dan celur dalam air mendidih hingga lembut. Dalam suhu teksturnya yang masih panas tu, korang sapukan butter ke atas nya untuk memberi sedikit rasa. Kalau tak rasa tawar sahaja lah..


homemade lamb chop



Cara masak Baked potato 


Dan ada juga ubi kentang di dapur, kak ana potong seperti potongan wedges , taburkan lada sulah, garam dan mix herbs. Bungkus dalam foil dan bakar sekali dengan kambing kita tadi hingga empuk. 

Kalau tak ada kentang dan malas nak gril korang boleh sahaja gantikannya dengan french fries, lebih mudah dan anak-anak pun mesti suka. 


baked potato


Dah siap semua bahan boleh lah platting dalam pinggan. Lamb chop bersama gravy, kentang bakar atau baked potato dan juga brokoli. Boleh juga makan dengan coleslaw atau salad. Ikut lah kan, kita yang buat dia, janji sedap dan mengenyangkan. 


homemade lamb chop


Lebih puas kan makan di rumah sekali sekala . Itupun tengok pada skala mood kerajinan jugalah. Laa nih, kak ana agak malas juga nak masak beriya macam dahulu. Kadang-kadang satu lauk dan satu menu sayuran dah cukup dah. Kalau dulu rajin kena ada sayur , sambal dan juga lauk berkuah. 

Syukur sangat dengan setiap rezeki yang Allah swt turunkan untuk santapan kita sekeluarga. Jangan banyak ragam, di zaman yang serba mencabar ni. Bila ada rezeki di depan mata, nikmatinya dengan rasa penuh syukur kerana ada insan lain di luar sana yang tidak ada makanan untuk mengalas perut. Ingatan dan doa buat saudara kita di bumi ambiya yang terus di uji untuk menuju ke syurgaNya... 


13 Comments

  1. aduhai...tergoda la mcnieee...
    baru nak diet hehehe...:P

    ReplyDelete
  2. waduhhh.....lama juga tak buat sendiri lambchop ni. Kena tunggu anak-anak ada di rumah baru rasa berbaloi nak buat.

    ReplyDelete
  3. Puas hati rm35 dapat makan sampai kenyang. Kalau kat kedai utk sorang je dah dalam 20++

    ReplyDelete
  4. Telan ailio saya sepanjang browsing post Kak Ana, my favourite ni.. Mana tidak menggoda betul lamb chop dia, shining shining.. Tapi mujur Kak Ana share resepi boleh buat sendiri nanti.. Thank you kak :-)

    ReplyDelete
  5. Wowww sedapnya Kak Ana. Memang telan air liur lah kami tengok nya.

    ReplyDelete
  6. daun rosemary dgn oregano tu kalau terlebih sikit x apa kan? ke... akan rs lain?

    ReplyDelete
  7. puas hati bila buat sendiri kan kak...

    ReplyDelete
  8. rajin ana masak sendiri sesuai selera

    ReplyDelete
  9. wahhhh sedapnyaaa! mmg puas hati masak sendiri kat rumah! hehehe

    ReplyDelete
  10. Langsung lapar PAgi2 saya lihat ini 🤣🤤.. jadi teringin pula nak cari lambchop hahahahaha. Memang sedaaap. Apalagi kalo perapan dan saus sesuai.

    Saya sendiri belum pernah masak sendiri kalo lamb chop. Masih kuatir keras. JD selalunya beli 😅

    ReplyDelete
  11. ingatkan nak diet, taknak makan malam ni, tengok lamb chop, terus lapar..hahaha

    ReplyDelete
  12. Alamak... dah macam makan kat restoren western lah kak bila plating gitu.

    ReplyDelete