Kak ana nak berkongsi kisah dari pengalaman kak ana sendiri dalam meniti pinjaman usia yang masih berbaki tika saat ini. Hakikatnya, kak ana sangat suka pada kecantikan. Kecantikan secara keseluruhan, suka pada kecantikan alam, keindahan ciptaanNya dan pasti lah fitrah sebagai wanita suka tampil cantik untuk suami dan diri sendiri. 

Namun , kita ni melalui fasa demi fasa usia yang pada waktu ini, dah pun mencecah separuh abad pinjaman usia kak ana. Syukur sangat masih diberikanNya kesihatan yang baik, cuma makin meningginya usia ini, banyak kekurangan yang hadir pada keterampilan wajah khasnya.


Klinik Dr Bazilah


Wajah kak ana mula di penuhi jeragat dan pigmentasi. Kak ana sedar sangat semua ini atas kelalaian di usia muda remaja dalam penjagaan wajah dalaman. Asyik nak nampak cantik luaran sahaja dengan alat solek akhirnya kulit tidak begitu terjaga sepatutnya. Ini lah kesannya di usia kini, wajah banyak jeragat dan pigmentasi..

Tapi tak apa lah, untuk korang yang masih muda dan telah pun ada tanda-tanda jeragat dan pigmentasi pada wajah, hari ini kak ana nak kongsikan beberapa tips dan info tentang jeragat dan pigmentasi malahan ada solusi untuk rawatannya juga. Let's gooooo... 


Apakah yang dinamakan jeragat & pigmentasi ?


Baharu kak ana tahu rupanya ada beza antara jeragat dan pigmentasi , selama ini ingat kan ia adalah simptom yang sama rupanya tidak. Jeragat adalah bintik-bintik kecil yang muncul di wajah khasnya akibat pendedahan terus pada sinaran UV. 

Pigmentasi pula adalah merupakan perubahan warna wajah yang tidak sekata, bersaiz agak besar dan merebak yang juga di sebabkan oleh terdedah pada sinaran UV serta faktor-faktor lain. Sekarang kita dah tahu ia adalah dua subjet yang berbeza.. 


credit photo Google Image 


Faktor-faktor penyebab jeragat 


Untuk diri kak ana sendiri, kak ana percaya antara punca awalnya adalah kurang peka pada penjagaan wajah. Terdedah pada persekitaran luar pastinya tidak melindungi wajah kak ana dari pancaran sinaran UV secara berterusan. Zaman muda remaja dulu tak terfikir kan pun nak pakai sebagai krim pelindung wajah, sekadar tepek solekan dah keluar belajar atau bekerja. 

Lain-lain faktor yang dikatakan sebagai punca penyebat jeragat & pigmentasi adalah seperti berikut : 

* Terdedah pada sinaran matahari secara terus , dimana sinaran UV secara berterusan merangsang produksi melanin.

* Faktor keturunan dan genetik 

* Perubahan hormon di dalam badan 

* Gaya hidup dan diet khusunya pemakanan kita seharian lah kan..

* Terdedah kepada bahan pencemaran, khasnya persekitaran dan udara yang sukar untuk di elakkan ketika kita berada di luar khasnya.

Cara rawatan jeragat & pigmentasi 


Klinik Dr Bazilah


Kak ana sendiri pernah juga melakukan rawatan secara alami dengan harapan dapatlah mengurangkan atau menghilangkan jeragat dan pigmentasi di wajah. Macam-macam lah cuba dah, antaranya gunakan ubi kentang yang kononnya mampu menghilangkan jeragat, tapi ermmm... tak jadikkk!!! 

Kemudian kak ana pernah menggunakan beberapa produk kecantikan pun tidak berhasil dengan jayanya. Paling jadi pun ia memudarkan sahaja, hilang tidak jugaaaa.. 

Yang pasti, kita perlukan rawatan yang secara medical dari mereka yang pakar dalam bidang dermatology. Bukan main taram jer guna produk risau akan kesan sampingan yang memudaratkan. 

Di negara kita ni rawatan yang ada adalah di klinik-klinik aesthetic yang menawarkan perawatan wajah yang mengalami masalah jeragat dan pigmentasi. Antara rawatan yang di lakukan antaranya :

Rawatan laser 

Pemulihan kulit secara peeling atau mengelupas dengan penggunaan bahan kimia yang dibenarkan untuk menanggalkan lapisan kulit mati yang bermasalah jeragat atau pigmentasi.

Penggunaan rawatan topikal atau krim seperti krim anti-oksidan, penyegar , pelembab dan sebagainya yang dirasakan sesuai oleh mereka yang merawat. 

Bila bercerita tentang rawatan wajah di klinik aesthetic, kak ana ada terbaca di internet tentang sebuah klinik yang telahpun berjaya merawat permasalahan wajah jeragat dan pigmentasi ini. Yang kak ana maksudkan adalah KLINIK DR BAZILAH .

Agak terkenal kan nama Klinik DR BAZILAH ini yang sangat sinonim dengan perawatan jeragat dan pigmentasi. Kak ana kongsikan di sini beberapa info yang telah kak ana perolehi dari internet. 


Rawatan parut wajah di Klinik Dr Bazilah


Selain dari dua jenis permasalahan kulit wajah, parut khasnya bekas jerawat juga salah satu jenis perawatan yang boleh di perolehi di Klinik Dr Bazilah. Dah nama pun berpengalaman dalam bidang dermatologis kan, pasti lah merangkumi semua aspek permasalahan kulit khasnya di ruang muka kita. 

Di sini doktor-doktor yang terlatih dan menggunakan kaedah rawatan moden dan canggih untuk menghilang kesan tinggalan parut di tubuh dan wajah khasnya. Parut bukan sahaja ada di wajah malahan ada yang terjadi di mana-mana bahagian tubuh badan kita. 





Jenis-jenis parut 

1. Parut jenis Ice Pick

Parut jenis Ice Pick adalah parut mendalam dan sempit. Parut jenis ini biasanya timbul selepas jerawat yang jenis serius sembuh. Parut ini adalah paling sukar untuk dirawat kerana ianya berlekuk jauh di bawah permukaan kulit.


2. Parut jenis Boxcar

Parut jenis Boxcar adalah parut yang berbentuk seakan akan huruf U dan kelihatan seperti sebuah kotak. Ianya disebabkan jerawat yang berkelompok dekat di atas kulit.

3. Parut jenis Rolling

Parut jenis Rolling adalah parut yang paling biasa terbentuk ketika penyembuhan jerawat yang meradang dengan lama. Parut ini nampak bulat atau bergulung (rolling).

Dari sumber di internet juga kak ana dapati terdapat pelbagai cara rawatan bagi mengatasi masalah parut jerawat yang tersedia di Klinik Dr Bazilah antaranya; 

- Rawatan Tca Cross

Tca Cross bermaksud Chemical Reconstruction of Skin Scar. Kaedah rawatan TCA Cross melibatkan penggunaan TCA berkonsentrasi tinggi yang disapu khas ditempat berparut yang mana selepas ianya meresap masuk ke dalam kulit, akan ada inflamasi berlaku dan salah satu produk inflamasi terhasil adalah kolagen dan tisu baru yang tumbuh dan mengisi lubang parut tersebut. 

Proses penghasilan tisu baru mengambil masa dari 2 minggu selepas rawatan sehinggalah beberapa bulan. Jadi keputusan rawatan ini agak mengambil masa untuk dilihat.


- Rawatan CO2 Laser 

Rawatan CO2 Laser merupakan kaedah untuk merawat parut jerawat pada muka. Kolagen diransang melalui CO2 Laser untuk menaikkan parut berlekuk dan membantu mengecilkan pori.

Nak cerita lebih pun kak ana bukan lah ahli dalam bidangnya, jadi korang boleh lah terus dapatkan info yang sahih dan nyata dengan berkunjung terus ke Klinik Dr Bazilah atau pun layari laman web depa yang kak ana berikan di bawah . 

Klinik Dr Bazilah untuk rawatan aesthetic wajah 


Klinik Dr Bazilah


Sebelum mencuba apa-apa rawatan di mana-mana klinik sekali pun kita perlu tahu pengesahan kedoktoran yang berdaftar dengan KKM terlebih dahulu. Klinik Dr Bazilah mempunyai barisan doktor pengamal perubatan  yang bertauliah dan berlesen pendaftaran dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam kepakaran kulit dan masalah rambut. 

Rawatan yang di berikan di Klinik Dr Bazilah adalah menggunakan teknologi terkini dengan peralatan yang tercanggih masa kini. Antaranya penggunaan rawatan laser untuk mengoptimumkan kesan rawatan pada pelanggan. 

Rangkaian Klinik Dr Bazilah juga mempunyai kakitangan yang berpengalaman dalam bidang masing-masing dari doktor, terapis hinggalah ke jururawatnya yang bekerja secara profesional. 

Menggunakan pendekatan holistik dalam perawatan jeragat dan pigmentasi iaitu dengan mengenalpasti terlebih dahulu latar belakang kesihatan dan fizikal pesakit atau pelanggannya sebelum menentukan rawatan apa yang sesuai. 

Apa yang lebih penting, di mana Klinik Dr Bazilah mempunyai banyak testimoni yang membuktikan keberkesanannya dalam membantu rawatan wajah jeragat dan pigmentasi pesakit yang terdahulu. 



Klinik Dr Bazilah


Kak ana kongsikan di sini 4 cawangan Klinik Dr Bazilah yang boleh korang rujuk sekiranya ingin mendapatkan rawatan jeragat dan pigmentasi wajah. Kak ana pun teringin sebenarnya untuk ke salah satu cawangan satu hari nanti, In Syaa Allah jika di rezekikanNya kelak, aamiin.. 

KLINIK DR BAZILAH @ KUALA LUMPUR
Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul,
8, Jalan Sentul Pasar,
51000 Kuala Lumpur
Tel: 03-4812 1303

KLINIK DR BAZILAH @ BANGI
C 10 G, Plaza Paragon Point,
Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel: 03-8922 9681

KLINIK DR BAZILAH @ SHAH ALAM
R1-02-01, Emira, Jalan Akuatik A 13 /64 A,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-05035 7359
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam 

KLINIK DR BAZILAH @ DAMANSARA
R01-05, EMPORIS, Persiaran Surian, Kota Damansara, 
47810 Petaling Jaya, Selangor 
Tel : 03-7661 3950


WhatsApp untuk temujanji : http://temujanjidrbazilah.wasap.my/



6 Comments

  1. Bila dah masuk 30-an ni memang selalu belek muka ni kak...

    ReplyDelete
  2. jeragat mencela wajah mesti dirawat

    ReplyDelete
  3. Mama saya dulu pernah pakai masker ubi kentang juga, katanya utk hilangkan pigmentasi, tp tak ada perubahan ..memang yg namanya pigmentasi baru bisa hilang dengan perawatan klinik. Tak usah pakai2 bahan alami, itu mungkin berhasil utk pencegahan, tp kalo dah terlanjur ada, saya rasa susah utk hilang 😅

    ReplyDelete
  4. Dah pernah pergi Klinik Dr Bazilah ni utk rawatan kulit muka anak sulung. Saya pergi cawangan di Sentul.

    ReplyDelete
  5. baru nampak video.psl klinik ni org share kat TT...famous jg ya...
    harga rawatan cm ne? ok x?

    ReplyDelete