Nasi arab dan shawarma di Restoran Darsa Nasi Arab, Rawang
Sebelum ni kan kak ana ada kongsikan review kak ana pii makan ayam goreng Darsa Fried Chicken di entri SINI . Masa tu kak ana pii berdua dengan suami ajer, Adik Ika pula teringin nak makan ayam goreng DFC pula. Kena la pi sekali lagi, nasib baik tak lah jauh sangat dari kediaman kami, boleh je pii.
Kebetulan berada di lokasi yang berdekatan, kami pun singgah belah petang dalam pukul 5 macam tu. Hari hujung minggu jadi dalam restoran hampir penuh juga meja dengan pelanggan. Kami dapat satu meja dan scan untuk order menu.
Restoran Nasi Arab Darsa, Rawang
Petang tu suami saja nak try menu nasi Arab Darsa nih dan kak ana pula ambil shawarma. Adik Ika pekena ayam goreng Darsa yang dia teringin nak makan sangat. Tak lah lama sangat menunggu, hidangan di hantar ke meja, cuma ia datang satu persatu dan bukan dalam satu hantaran order. Jadi kami kena tunggu semua menu sampai untuk makan bersama.
Set nasi Arab yang suami kak ana makan tu adalah mendy chicken mini, mini hat ayam tu lah saiz potongan 1/8 berharga RM11 . Harga kak ana ambil di FB Restoran Nasi Arab Darsa. Kalau ada perubahan korang kena tengok lah di restoran nanti ya, sebab kak ana tak ingat sangat harga masa kami makan.
Ada beberapa pilihan set nasi Arab kat sini, set Single untuk potongan ayam 1/4 dan lain-lain set serta mandy lamb pun ada. Untuk review nasi Arab nih, kak ana rasa sedikit dari pinggan suami, alhamdulillah sesedap rasa. Sama macam makan nasi Arab kat restoran-restoran Melayu kita. Agak berbeza dari makan di restoran Nasi Arab milik orang Timur Tengah , ia seakan kurang rasa rempah ratus timur tengah.
Tapi masih sedap dan boleh di makan berbaloi pada harga di datangkan bersama salad timun, sos salsa dan kuah sup. Salsa pun ada rasa kemelayuan di situ. Kak ana pernah makan nasi Arab di restoran orang Arab, salsa depa lebih sedap ada kombinasi mangga dan masam-masam sikit, tapi kat sini dan kebanyakan restoran orang kita sos salsa tu citarasa Melayu nya lebih, cuma tak de la buh belacan kalau dak jadi ayaq asam pula huhu :)
Adik Ika makan Darsa Fried Chicken set A dengan 2 ketul ayam goreng DFC, garlic sauce, coleslaw dan whipped potato. Adik Ika yang pertama kali merasai ayam goreng DFC ni, katanya okay sahaja dan dia suka whipped potato serta garlic sauce.
Ayam goreng just nice dan tak ada nak over rated sangat sama macam kak ana makan hari tu, just nice untuk makan ayam goreng yang di masak sempurna lembut di dalam dan garing rangup salutan luarnya. Alhamdulillah...
Arabic Shawarma Restoran Nasi Arab Darsa
Shawarma set yang kami order ni memang sedap, Masyaa Allah.. kena sangat dengan selera kami sekeluarga. Dari menu di qr code tu ada dua jenis hidangan shawarma satu chicken shawarma berharga RM8.50 dan satu lagi Arabic Chicken Shawarma berharga RM19.50.
Sebelum order tu nampak lah meja sebelah terima set shawarma bersama fries dan satu lagi shawarma singgle gitu sahaja. Kak ana syak Arabic Shawarma tu kut yang set dengan fries dan saja lah order. Bila sampai, memang betul di berikan 2 gulungan shawarma bersama fries untuk Arabic shawarma bersama sos cili dan juga garlic sauce.
Chicken shawarma di Restoran Nasi Arab Darsa ni sangat sedap dan berbaloi pada kak ana. Memang saiz besar dan boleh makan bertiga nak habiskan. Isi ayam kebab banyak dan juicy sangat perapannya. Dalam lipatan shawarma pun ada fries lebih kurang rasa macam makan shawarma femes di Bukit Bintang tu rasanya. Paling sedap bila di makan dengan garlic sauce depa.. Alhamdulillah, hat ni boleh repeat, In Syaa Allah
Kat sini menu minuman depa semua murah-murah, harga kedai tomyam. Di sini tak ada air berkarbonat air biasa bancuh-bancuh macam tu sejuk dan panas. Okay lah kan nak makan nasi Arab sebab ia memang restoran nasi Arab, kalau Darsa Fried Chicken tu, korang kena pii outlet DFC di Bukit Beruntung, sana lain sikit menu semua fokus pada DFC sahaja.
Semoga bermanfaat dan semoga perniagaan ahli keluarga Ustaz Zainul Asri berkembang dengan maju dan menyumbang kepada kemakmuran ummah, aamiiin...
6 Comments
Suka Shawarma juga. Sedapnya....
ReplyDeleteLM suka sangat shawarma
ReplyDeleteSedap nampak shawarma tu... Tak pergi lagi nie... Hihihi
ReplyDeletelama x makan nasi arab..dapnye
ReplyDeleteWha! Ada set-set jugak eh?
ReplyDeleteSaya masukkan dalam bucket list dulu. Nanti kalo ke KL lagi nak coba lah 😍. Ayam goreng pastj jadi favorit anak2' saya juga. Tapi kalo menu arab, memang kesukaan saya
ReplyDelete