Tahun ni, anak kak ana , Adik Ika di tugaskan di dua buah booth mewakili syarikatnya di Pameran Pertanian MAHA 2024. Beberapa hari sebelum bermula lagi dia dah berada di sana bersama rakan sekerja untuk build-up booth depa dan sambung bertugas secara giliran pula mulai 11-22 September 2024. 

Jauh juga dia berulang tetapi syukur ada rakan sekerja yang tinggal di satu daerah dengan kami untuk depa pii dan balik setiap hari. Tapi sempena cuti Hari Malaysia dan Maulud Nabi , hari Isnin lepas, ayahnya nak hantar dia ke sana dan kami pun cadang nak masuk ke pameran MAHA 2024 dah alang-alang sampai ye dak. 


MAHA 2024



Corat coret ke MAHA 2024, Maeps, Serdang 


Di sebabkan Adik Ika perlu masuk awal untuk membuka boothnya di Hall A dan Rumah Pavilion Selangor, jadi seawal jam 9 pagi kami dah sampai ke Maeps. Waktu ni tidaklah begitu jemmed laluan masuk dan masih dapat parkir kereta di Blok D tak jauh dari pintu masuk Laman Tiba 1 . 


MAHA 2024

Ada di sediakan trem dari parkir untuk ke Laman Tiba 1 , tapi jarak yang tak berapa jauh kami jalan kaki sahaja , lagipun trem penuh manjang, tak ada ruang nak masuk kerana penumpang naik dari luar lagi. 



Bas nak ke MAHA di Maeps


Sampai sahaja kami ke Hall A teman Adik Ika ke booth nya sekejap dan melawat sekitar. Di sini lebih banyak kepada pempamer berkaitan teknologi pertanian dan perikanan . Tapi menarik juga ada pelbagai peralatan, bahan produk dan simulator di pamerkan di sini. 


MAHA 2024


Bila partnernya dah sampai , Adik bawa kami ke Hall D, Food Empire di mana di sini terdapat jualan makanan dan minuman dari seluruh negara. Memang nampak sedap dan nostalgia sungguh kebanyakan kiosk jualan mengikut tema negeri masing-masing. Ada juga kiosk jualan makanan-makanan viral di sini. 



nasi ulam utara


Menu pertama yang kak ana dan suami beli pagi tu untuk sarapan adalah nasi ulam Perlis. Masyaa Allah... lama sungguh tak makan nasi ulam utara nih. Ia berbeza dengan nasi kerabu pantai timur, akan datang kak ana akan terbitkan entri untuk kisah nasi ulam ni sahaja, In Syaa Allah.. 

Nasi ulam ni set dia maii dengan gulai masam batang keladi, ada telur masin dan ikan kering pada harga RM10 . Punya la sedap kak ana makan hirup kuah gulai masam batang keladi tu, terimbas nostalgia ketika mak saudara kak ana, Wancu dedulu selalu masakkan gulai masam batang keladi jika di ke rumah kak ana di Ukay Perdana dulu. Batang keladi selalunya kami beli di pasar pagi Taman Melawati. 


serabai kuah durian


Kak ana beli juga set serabai kuah durian ni berharga RM5 sahaja, kalau tak silap. Kuih serabai ni di jual di kiosk negeri Melaka. Sedap, lembut dan kuah durian atau pun serawanya sesedap rasa, tak manis leting. 



kacang pol


Adik makan set roti bakar dan kacang pol dari kiosk negeri Johor pastinya. Sedap juga , ada kuah berdaging di makan bersama roti dan telur dalam set berharga RM8 ni. Berbaloi dan mengenyangkan dia. Air kami beli air biasa sahaja, teh o ais dan kami bawa air kosong dari rumah siap-siap. 


Aiskrim nangka

Kemudian adik kembali ke hall A untuk bertugas , kak ana dan suami meronda-ronda pula ke dewan Kingdom of Food yang terletak di hadapan Laman Tiba Satu ni sahaja. Di dalam ni terdapat jualan makanan dan minuman lagi produk IKS dan tempatan. 

Sewaktu di dalam dewan , kami berkesempatan melihat Raja Perempuan Kelantan, YAM Tengku Anis yang hadir untuk satu acara di sini. Pertama kali juga kak ana dan suami merasa aiskrim nangka . Aiskrim Malaysia tu sahaja berharga RM1 sebatang. 


aiskrim durian Moktis


Ke hadapan sedikit, suami beli pula aiskrim durian Mokti's. Suami kak ana ni memang penggemar durian jadi dapatlah dia makan aiskrim durian Mokti's. Sebelum ni Adik Ika ada bawa balik aiskrim durian musang king yang kawannya beli di MAHA . Berbeza lah rasanya kerana aiskrim durian Musang King tu, harga dia dalam belasan ringgit juga. 


MAHA 2024


Dari khemah Kingdom Of Food yang berhawa dingin tu terus kami keluar ke gerai jualan pokok-pokok tanaman di bahagian luar. Waktu ni dah mula panas sekitar jam 10 lebih hampir ke 11 pagi macam tu. Memang ada jualan pokok-pokok dari pelbagai spesis tanaman. 


MAHA 2024


Dari tanaman pokok bunga hiasan, orkid, sayuran, tanaman kebun , produk jualan produk masakan, buah-buahan dan sebagainya ada. Kak ana sekadar lihat-lihat sahaja, pertama sebab harga sama seperti kak ana beli di nurseri kusta Sungai Buloh dan yang kedua tak larat nak angkut jenjalan dan bawa naik bas nanti, hehe :) Jadi tak beli lah pokok-pokok. 


MAHA 2024


MAHA 2024


Ramai petugas di sana, pastikan kita bertanya sebelum beratur panjang untuk menaiki bas ke pusat pameran yang lain di bahagian dalam. Kak ana dan suami bercadang nak ke Pavilion Negeri sahaja dari Laman Tiba 1 nih, jadi kami beratur di lane yang panjang menunggu bas hijau yang akan membawa kami ke sekitar laluan pameran tanaman. 


MAHA 2024


Manakala lauan barisan yang satu lagi dengan perkhidmatan bas Rapid KL Double Decker, akan membawa penumpang ke laluan menuju pameran haiwan ternakan dan jentera. Kalau silap lane dan bas tak dapat lah nak ke Pavilion Negeri, jadi bertanya naa sebelum berbaris. 


MAHA 2024


Kami beratur dalam 30 minit juga lebih kurang dan sampai giliran naik bas terus menuju ke Pameran Pavilion Negeri. Turun dari bas je dah nampak Pavilion Negeri Perak yang sangat lah cantik dengan senibina Istana Kenangan Kuala Kangsar. 


Pavilion Negeri Perak, MAHA 2024



Pavilion Negeri Perak, MAHA 2024


Memang penuh dekorasi lanskap tanaman dan bunga di sekitar Pavilion Negeri Perak . Ada juraian pokok tomato, peria, labu dan sebagainya bersama bunga-bunga, replika Kelly Castle, Night Safari Taiping dan pelbagai lagi termasuk mini Menara Condong, Teluk Intan , kampung kak ana pun ada. 


Pavilion Negeri Perak MAHA 2024


Sebagai anak jati Perak 08 mestilah kak ana duk sini lama dari pavilion negeri lain. Sebab banyak yang kak ana tahu tentangnya dan cantik pula tu kan. Di bahagian dalam pavilion ada demonstrasi canting batik dari tanah liat, tanaman bawang Perak, perikanan Perak dan sebagainya. 


Pavilion Perak MAHA 2024


Tapi kak ana tak de pula membeli apa-apa kat Pavilion Perak nih, cuma pertama kali kak ana merasa minum jus asam gelugor kat sini, atau asam keping. Masyaa Allah sedap rasa dia. Lebih kurang air asam jawa jer ada di jual dalam bentuk kordial. Tapi tak beli pula, menyesal la juga hehe :) 


bawang Perak


Dihadapan sahaja Pavilion Perak adalah Pavilion Penang dan sebelahnya Pavilion Kedah. Penang macam biasa je lah tak banyak yang menarik nak share, ada Jeruk Pak Ali dan pelbagai produk depa. Kak ana masuk ke Pavilion Rumah Kedah agak menarik. 


Pavilion Kedah MAHA 2024


Dah Kedah kan pastilah produk tanaman padi sebagai trade mark nya. Depan pintu masuk dah ada emping dan tangkai padi. Sebelah dalam pun banyak produk IKS Kedah dan kak ana pekena kopi o, kopi cap Gantang lejen Kedah maii.. Beli la sepaket kecil RM3 sahaja. 


MAHA 2024


Sebelah luar Pavilion Kedah ni memang port viral MAHA bila adanya pameran dan jualan anak-anak ayam comel berwarna warni. Comel sangat boleh pegang-pegang. 

Ikut hati nak belikan untuk cucu kak ana , HNH tapi itu lah anak ayam ni bila makin besar hilang dah warna warninya dan nanti ia besar mana pula nak buat reban hehe. Kalau ada kawasan luas belakang tu okay juga boleh dapat telur ayam hehe :) 


anak ayam warna warni


Dari Kedah kami ke Pavilion Pahang pula, ni kampung suami kak ana hehe :) Pahang ni banyak lah port menarik dan makanan nya. Ada patin Temerloh, durian pastinya lah , makan tester lemang Tok Ki , Abang Strawberi Cameron dan banyak lagi yang best. 





Suami beli set makan colek ni di kiosk Kopi Ladang, Janda Baik. Murah sangat dan sedap sos coleknya. Dalam bekas tu ada 2 ekor ikan celup tepung, 4 ekor udang agak besar juga saiz M. 4 -6 potong sotong ring dan enoki semua celup tepung. 

Berbaloi sangat. Kak ana beli juga kerepek tempe Bentong untuk Adik Ika sebab dia suka makan kerepek tempe ni, sebalang saiz M harga cuma RM10 sahaja. 


Rumah Selangor MAHA 2024


Sebelah Pahang terus ke Rumah Selangor pula. Kat sini pun ada booth syarikat Adik Ika bekerja tapi kawan dia yang bertugas. Kak ana masuk dan jenjalan, singgah makan buah pulasan di kiosk Selangor Fruit Valley. 


MAHA 2024


Kak ana beli juga 2 kilo buah pulasan cuma RM10 sahaja. Manis sangat bawa balik rumah dan makan. Memang lama tak makan pulasan. Tapi kak ana tak kenan nak makan sebab sakit tangan nak pulas kulitnya tu huhu :) 




Di luar Pavilion Selangor ni banyak haiwan ada di pamerkan di kandang. Ada kuda, keldai, haiwan peliharaan comel , musang , ayam dan pelbagai spesis lagi. Kucing je tak de hehe :) 





Dari Selangor terus ke Pavilion Johor , Sarawak , Melaka dan Terengganu. Di Pavilion Sarawak pun menarik dengan kraf tangan dan makanan depa. Seberang sahaja melalui jambatan , ada Floating Market dari Jabatan Perikanan. 

Kak ana tak pii pun tengok dari jambatan sahaja sebab dah tak larat nak menapak. Di Pavilion Terengganu, kak ana beli produk PERTIMA sardin, tuna spread dan sekaya cuma RM10 sahaja. 




Dan last sebelum nak beratur tunggu bas nak balik ke Laman Tiba 1 semula, kak ana singgah ke Pavilion Kelantan. Kat sini kak ana jumpa pelakon dengan trademark Megah Holdings, Mustapha Kamal dan isterinya Susan Menon. Depa jual ikan bekok . 




Kami pun beratur semula nak naik bas balik ke Laman Tiba dengan tangan dah penuh beg beli barang-barang. Beratur dalam 30 minit lebih kurang, bas sampai naik dan balik ke Hall A cari Adik Ika. Dia bagitau dah dekat nak balik dalam jam 4 petang tapi kena tunggu syif petang masuk. 

Kak ana ke Hall D semula cari surau untuk solat Zohor dan rehat sekejap di surau. Kami tumpang surau di pusat media sahaja selepas bertanya dengan petugas di sini. Turun semula ke Food Empire dan makan apam balik serta jus roselle . 

Pukul 4 lebih adik Ika datang dan kami jalan kaki semula ke parkir dan balik . Alhamdulillah.. seronok sangat berada di sana . Cuaca pun tak panas terik tapi kak ana pakai topi lebar siap-siap. 

Tak semua pameran kami sempat jelajah sebab ia sangatlah luas sebesar-besar UPM tu . Syukur masih diberikanNya semangat dan kekuatan kudrat untuk berjalan agak jauh juga sepanjang berada di sana. Balik malam tu ermm... sapu lah Flanil duk urut kaki dan pinggang.. faktor usia .. 










6 Comments

  1. Bestnya Kak Ana 👍
    Nak pi tapi ramai org, macam tak sanggup huhu
    Nasi ulam tu mmg menggoda...
    Kopi Cap Gantang tu pun lejen

    ReplyDelete
  2. Wak dah tak sanggup lagi berkunjung ke MAHA

    ReplyDelete
  3. Bestnya... bagus kan MAHA ni.. feel kita dh melawat semua negeri di malaysia ni

    ReplyDelete
  4. wah..bestnyaaa...tapi tak sanggup nak pergi hehehehe

    ReplyDelete
  5. Tempat begini selalu saya sukaaaa 😍😍😍. Apalagi kalo banyak jual kuliner dari Macam2 tempat 😘👍. Memang kalap mata yg ada. Yg kakak foto pun, semua nampak sedap lah, JD ingin nak coba 😄

    ReplyDelete
  6. best betul bila baca entries psl MAHA ni...tu catat rekod bil pengunjung sampai 5 j tu..dan yg ke5j tu siap dpt axia lagi!

    ReplyDelete