Shawarma & Kunafa Habibi, Portload
Agak lama juga rasanya kak ana tak singgah makan di Portload, Puncak Alam. Dulu kalau hantar anak pergi balik UiTM Shah Alam, selalu singgah lepak makan sini. Masa tu tengah viral juga lokasi ni, laa nih masih ramai juga orang makan kat sini, meriah sama macam dulu.
Balik dari jenjalan Shah Alam, kak ana singgah dengan suami dan Kika kat sini. Lapar pula tetiba petang-petang hari. Singgah awal lagi masa tu dalam kul 5 petang, jadi orang tak ramai lagi. Rasa macam nak makan chicken chop, Danau Cafe kat sini.
Suami dengan Kika tak nak makan berat-berat depa pun order lah shawarma dan juga kunafa di kiosk Habibi. Hat tu memang kiosk pak Arab original. Staff dan ownernya orang Arab. Arab belah mana kak ana tak tahu la pulak. Tapi memang ya habibi ya maulana laa warga Arab yang jual menu-menu timur tengah di kiosk Habibi, Portload.
Shawarma & Kunafa Habibi, Portload
Bila dapat shawarma dan kunafa di meja, Masyaa Allah memang sedap sangat pada selera kak ana sekeluarga. Rasa shawarma dia tak kering, mewah dengan isi daging dan sayuran serta sos tahini . Kak ana cari di internet sos putih untuk shawarma tu di kenali sebagai tahini souce.
Hat ni memang sedap, di perbuat dari yogurt, mayo dan bawang putih. Sedap sangat adunan rasanya. Yang sos merah tu pun just nice. Dan In Syaa Allah kak ana akan repeat lagi kalau nak makan shawarma ori Arab kat sini lah tempatnya.
Hat nih pula kunafa nabius depa. Tahu pun sebab kak ana ada ambil gambar resit senang nak ingat harga dan nama menu hehe :) Kunafa dia biasa sahaja. Tak terlalu manis , kena lah dengan selera kak ana. Kak ana cubit sikit sahaja buat rasa, sebab dah tua-tua ni bila menu manis-manis berdesing rasa nyilu nak makan.
Tapi sedap je, lembut sangat kunafa dan di hidangkan bersama sirapnya. Kak ana cari di internet, sirap kunafa ni namanya ater . Di buat dari campuran gula, air, perahan lemon dan air ros. Sebab tu akan ada haruman ros dalam sirap ni kan. Taburan tu selalunya kacang pistachio lah kan.
Itu pula paparan harga untuk shawarma dan kunafa yang kami makan ni. Harga standard je pada kak ana kat mana-mana restoran Arab. Cuma tu lah bezanya kalau kita makan menu makanan timur tengah ni di restoran orang asal sana memang berbeza dengan air tangan orang tempatan kita. Memang boleh beza.
Depa lagi sedap dan rasa original . Ye lah kan dah memang masakan dan resepi depa. Macam lauk pauk kita juga lah, mana boleh lawan air tangan orang Melayu kita kalau bab gulai lauk tempatan dan kampung. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya. Itu fitrah kehidupan.
Dan inilah chicken chop kak ana makan petang tu, Beberapa kali dah makan chicken chop Danau Cafe kat Portload ni, memang sedap. Isi dia besar dan salutan tu garing sedap. Gravy blackpepper depa pun sedap sangat terasa home cooked. Di berikan sekali garlic bread dan juga salad. Harga sekitar RM20 macam tu, tak ingat pula.
Kat sini konsep makannya, air dan menu desserts serta pulut korang kena scan qr menu di meja bayar dan tunggu sampai. Untuk menu-menu dari kiosk kat luar ni pula kena ke kaunter masing-masing , order bayar dan nanti nombor akan di panggil untuk ambil makanan.
Nak ke Portload ni waze sahaja lokasinya di Jalan Persiaran Mohktar Dahari tu, tepi jalan dah nampak bersebelahan sahaja dengan kampus UiTM Puncak Alam. Ia di buka sebelah petang hingga ke malam, tengahari tak dak naa..
7 Comments
Nampak sedapnya semua tu.
ReplyDeleteOk la harga tu.... not bad
ReplyDeleteSedapnya semua yg terhidang tu.
ReplyDeleteTapi khusus kunafa , baklava, saya lebih suka yg dibuat di jakarta misalnya, Krn tak terlalu manis. Pernah coba baklava dan kunafa di turkiye, astaghfirullah tak tertelan. Maniiisnya macam ketumpahan gula 😅. Mungkin mereka memang suka begitu. Tp yg dibuat di restoran turkiye atau arab di jakarta, tak manis sangat. Disesuaikan dengan lidah setempat kan 😁
ReplyDeleteSaya few times juga datang Portload ni tapi untuk diri sendiri biasa order laksa utara. Next time nak order makanan arab pulalah. Menarik pula ulasan Kak Ana ni.
ReplyDeletesedapnya shawarma tuuu
ReplyDeletesedapnyaaaa.. favorite busyra shawarmaaa!
ReplyDelete