Cara mudah tanam daun selom
Pernah sekali kak ana beli pokok ulam daun selom ni di pasar pagi kalau tak silap. Sepasu RM10. Tak banyak pun dahannya tapi bukan rezeki nak merasa makan sebab tak berapa lama selepas tu dia mati. Tak tahu apa silapnya, mungkin kak ana terlebih siram ke entah lah..
Lepas tu tak ada dah nak tanam atau beli. Selalu kalau nak makan buat ulam, kak ana beli je seikat di kedai Acheh. Lepas lah mengidam nak makan ulam kan. Kak ana suka makan ulam-ulaman ni, dan memang berhasrat sangat nak tanam pelbagai ulaman di belakang rumah.
Cara mudah tanam ulam daun selom
Medium tanah campur dengan coco peat atau sabut kelapa. Siram sehari sekali dan Alhamdulillah hingga saat entri ini di terbit kan dah mula merimbun daun-daun pucuk naik seperti dalam gambar hat atas sekali tu.
Syukur sangat, berjaya percubaan kak ana semai dari keratan batang ulam daun selom. Lepas ni kak ana akan cuba semai lagi mana tahu dengan izinNya boleh membiak banyak. Senang nanti nak makan ulam petik sahaja dari pasu.
Kalau korang suka boleh try cara kak ana tanam pokok ulam daun selom dengan keratan lebihan batangnya sahaja. Dah alang-alang beli kan, tanam lah baki batangnya sebab ulam ni kita makan bahagian pucuknya sahaja. Semoga bermanfaat...
8 Comments
Menarik ni...nak suruh la suami tanamkan..tangan dia sejuk...tanam apa je semua hidup..SA tangan panas..hahaha
ReplyDeleteNampak subur tu Kak Ana, Insha Allah hidup tu 🤲🏻
ReplyDeletesaya fussy plak bab2 mkn ulam so tak reti nak mkn ulam daun selom ni..
ReplyDeletetapi pokok selom ni nampak sgt subur laaa
ReplyDeleteDaun selom antara ulam favourite saya. Makan dgn nasi berlauk pastu dgn sambal belacan
ReplyDeletenampak tumbuh dan membesar dgn jayanya ;-)
ReplyDeletekalau tanam2 ni sha fail agaknya tanam bwg ari tu busuk tanam daun sup pun buruk haha..memilih tgn ya klu nak tnm..bgus beli trus dkt psar kan ana..sng siram ja..
ReplyDeleteOh nama daun ini selom ya kak .. pernah coba saya tiap kali makan di restoran nasi Melayu langganan saya di Penang . Saya memang suka dengan sayuran, jadi tiap ada ulam, pasti coba semua 😍. Cuma tuhlah nak tanam sendiri, lebih sering mati hasilnya 😅
ReplyDelete