Kak ana dan anak kak ana, Adik Ika memang penggemar masakan dengan menggunakan cendawan. Hampir setiap minggu ada sahaja stok cendawan di rumah ni dalam peti ais. Selalunya akan ada cendawan tiram , cendawan shiitake sama ada kering atau segar, shimeji putih atau brown dan juga cendawan enoki halus-halus tu, lah. 

Kalau cendawan dalam tin pula kadang-kadang kak ana simpan stok cendawan butang dan juga cendawan straw untuk masak bersama pasta. Ini lah di namakan peminat cendawan. Kalau dulu di kampung masa kecil-kecil, arwak mak akan masak cendawan busut dan cendawan sisir atau ada orang panggil cendawan kukur


cendawan tiram , shimeji dan shiitake
cendawan tiram , shimeji dan shiitake 


Kalau di kampung dahulu, arwah mak kutip sahaja bila musim cendawan ni tumbuh di batang-batang pokok getah dan di tanah keliling rumah. Kami yakin ia selamat di makan kerana arwah tok dahulu tidak meracun rumput di keliling rumah. Hanya menebas sahaja bila semak. 

Bukan apa, arwah mak selalu bercerita kisah sekeluarga yang meninggal dunia asbab termakan cendawan yang di sembur racun rumpai. Lama dah kan kisah tragis itu. Sampai ke hari ini, kak ana memang tak akan beli cendawan yang di jual di pasar khasnya cendawan kukur atau cendawan busut, jadi paranoid pula. 

Tapi laa nih, cendawan kukur atau cendawan sisir dah pun di jual secara komersil yang di tanam di dalam gudang. Terjamin lah kebersihan dan keselamatan untuk di makan, In Syaa Allah.. Beberapa tahun lepas, Adik Ika ada melawat ke projek penanaman cendawan sisir ni di Terengganu waktu di bekerja di syarikat pertamanya dahulu dan beli kan kak ana beberapa paket. Kat Shopee pun ada jual dah laa nih. 

Cendawan tiram , shimeji dan shiitake 


tumis cendawan tiram
cendawan tiram tumis kicap bersama daging 


Cendawan tiram ni selalunya kak ana akan masak tumis bersos tiram bersama daging atau pun ikan bilis. Sedap juga jadikan masak lemak kuning atau pun masuk dalam tomyam pun tak mengecewakan. Cendawan tiram kalau nak beli kak ana akan pilih yang masih segar, keras dan berwarna putih cerah. 

Kadang-kadang di kedai selalunya ada yang dah basah, maknanya dah tak berapa elok dan segar untuk di jadikan menu masakan. Kalau dulu murah juga untuk harga se paket boleh dapat dalam RM2 lebih macam tu, tapi laa ni tak ada dah harga begitu. 


cendawan shiitake
cendawan shiitake brokoli 


Menu kedua ini pula adalah tumis cendawan shiitake bersama brokoli . Sama je lebih kurang cara masakannya, tumis dengan bawang putih, cili merah, brokoli yang dah di celur terlebih dahulu bersama hirisan cendawan shiitake dan sos tiram secukup rasa. 

Shiitkae juga selalu kak ana masak kicap bersama ayam ala-ala kuah hotpot sziling tu. Sedap juga kan. Juga di masak bersama pasta untuk hidangan gorengan pasta atau pun berkuah. Shiitake ni ada yang kering dan ada yang di jual segar. Kalau kering kenalah rendam dahulu hingga ia lembut kembali sebelum di masak. Cuma shiitake ni baunya agak kuat sedikit berbanding cendawan lain. 




cendawan shimeji tumis
cendawan shimeji tumis 


Menu cendawan ketiga ni pula adalah cendawan shimeji yang kak ana tumis bersama bebola ikan dan kacang buncis. Kak ana rasa hampir kesemua menu masakan ni menggunakan sos tiram atau kicap sebagai bahan perasanya untuk memberi kesedapan pada rasa cendawan. 

Cendawan pelbagai ni juga sering di jadikan menu dalam masakan sayur campur. Namun ada orang yang alah makan cendawan, boleh jadi pening kalau makannya. Apapun ikutlah citarasa masing-masing kan dalam menyediakan menu makanan untuk keluarga di rumah. 

Masak di rumah ni lebih sedap kerana kita masak dengan rasa ikhlas dan kasih sayang. Sebagai isteri dan ibu, redha lah setiap kali kita masak dan anggap ia sebagai salah satu ibadah kerana setiap suapan yang di makan oleh ahli keluarga atau pun tetamu ada ganjaran pahala dan rezeki dari Allah swt.. Jom masak ... 

 

5 Comments

  1. waa boleh geng laaa..MZ pun suka sgt cendawan!

    ReplyDelete
  2. cendawan ni masak apapun sedap

    ReplyDelete
  3. ammi pun suka cendawan..lama dah tak makan cendawan kukur. Dan kadang-kadang cendawan ni ammi masukkan je dalam nasi goreng, telur dadar

    ReplyDelete
  4. saya suka pun kulat sisir.. masak lemak kuning.. jaman budak dulu selalu ikut arwah mak kutip kat dalam ladang getah

    ReplyDelete
  5. Nani suka shitake.. biasanya beli shitake yg segar tu. tapi masalahnya guna 5-6 ketul yang balance tu simpan.. lepas tu naik kulat.. Then buang. Bazir je.. Tak tahu mcm mne nk simpan sbb die jenis basah macam tu kan..

    Kulat sisir nani tak pernah makan. Teringin nk mkn. Kalau masa kecil dulu musim hujan kutip kulat tahun kat busut2.

    ReplyDelete