Lauk kampung ikan bakar, air asam picit dan ulaman
Lama dah kak ana tengok lalu lalang di tiktok dan IG orang duk share menu kampung ikan bakar, air asam picik dengan ulam-ulaman. Paling suka kak ana tengok content VTT Dapur KF tu, adoi selera sungguh.
Tapi rumah kak ana nih, suami dan anak kak ana, Ika tak makan belacan. Tu yang tertangguh dan belacan memang tak ada stok di rumah pun. Tapi rasa mengidam sangat, nak makan, kak ana kebetulan masa berada di kedai Acheh nak beli lauk, teringat nak buat menu nih, terus beli sekeping belacan paling kecil.
Sambil tu kak ana beli 3 ekor ikan kembung saiz XL , nampak segar pagi tu. Tiga ekor cukup dah untuk kami bertiga di rumah ni. Memang nak sekali masak sahaja sebab ikan kembung kalau simpan tak sedap sangat jadinya,
Setiap kali kalau dah ada menu, baru kak ana beli ikan kembung atau ikan pelaling dan terus masak. Baru sedap dan segar manis isinya, berbanding kalau simpan dalam fridge kemudian baru nak masak. Itu cara kak ana lah..
Ikan bakar, air asam picit dan ulaman
Untuk melengkapkan menu, kak ana beli juga seikat petai. Rezeki hari tu dapat petai mata besar-besar. Ambil seikat ulam pucuk selum dan bahan-bahan masak yang lain.
Balik rumah, kak ana ke kebun belakang rumah petik jantung pisang. Ada rezeki sebiji jantung pisang emas kat belakang yang dah panjang tandan buahnya. Ada juga pokok ulam raja, petik-petik dapatlah untuk sekali makan, alhamdulillah...
Terung memang ada dalam peti sejuk baki beli sebelum ni, ada sebiji terung panjang. Kira cukup lah kan untuk tambah koleksi ulaman macam dalam video Dapur KF tu. Kak ana ambil juga daun pisang untuk alas kuali leper bakar ikan. Siap dah semua bahan yang di perlukan..
Kak ana bakar dahulu ikan kembung atas kuali leper pemberian pak sedara di kampung. Lama dah Cik Mat bagi kak ana di buat sendiri kuali ni. Kak ana alas dengan daun pisang supaya tak melekat dan tak lah direct kena besi leper tu kan. Lagipun sedap ada aroma daun pisang.
Ikan tu bersihkan dan cuma lumur kan garam sahaja dan bakar. Di sebelah daun pisang tu kak ana susun petai dan terung, bakar sekali jalan dengan ikan kembung. Tutup dengan daun pisang bahagian atasnya.
Hat dapur sebelah lagi, kak ana didihkan air dan celur jantung pisang yang dah di belah dua. Celur sampai lembut, angkat dan toskan airnya atas jaring. Sambil tu bersihkan lah ulam-ulaman segar, pucuk selum dan pucuk ulam raja.
Cara buat air asam picit
Last sekali kak ana sediakan air asam picit. Satukan hirisan cili merah dan cili api, kak ana tak makan pedas jadi tak banyak lah buh cili api. Hirisan bawang merah kecil dan tomato.
Masukkan pes asam jawa, belacan yang dah di bakar dan masukkan air suam. Pakai lah sarung tangan untuk memicit dan meramas bahan-bahan asam picit kita nih. Kalau tak pijar tangan dan bau belacan akan melekat pada jemari huhu :)
Dah siap semua boleh lah hidang kan atas meja dan makan dengan nasi putih panas-panas. Tak perlu menu berkuah dah, cicah sahaja ikan bakar dengan air asam, gabungkan dengan ulaman tadi, In Syaa Allah sedap pada selera kampung macam kak ana.
Untuk suami dan Ika yang tak makan belacan tu kak ana buat kan air asam kicap sahaja. Sedap juga lah cicah dengan ikan bakar hehe :)
Menu bahaya nih, mau berpinggan tambah nasi kan. Sekali sekala makan ringkas begini. Masyaa Allah .. Alhamdulillah atas setiap rezeki yang kita terima dariNya jua.
Mahal atau murah bukan ukuran, selagi kita ada selera makan itulah nikmat yang di syukuri, kerana walau di hidangkan menu yang mahal sekali pun andai tak ada selera nak menyuap masuk ke mulut, dah tak bernilai lagi.
9 Comments
Nampak sedap. Tapi saya tak mampu nak makan ulam yang baunya kuat. 😅
ReplyDeleteLengkap menu ikan bakarnya, siap ada ulam dan lada picit.
ReplyDeleteTertelan² ailio kita ni Kak Ana haha...
ReplyDeleteAyam asam cabai picit ni sedap ya amat... Tak yah banyak² lauk dah, ikan & ulam tu dah lengkap dah
Saya dah bisa bayangkan rasanya 😍😍. Air asam belacan itu pasti sedaap. Memang cocok dimakan dengan ikan bakar dan aneka ulaman. Bersyukur dulu mama mengajarkan utk suka dengan aneka sayur, yg dimasak ataupun mentah. JD memang lah saya paliiing suka dengan ulaman begini .
ReplyDeletelauk sihat ni. Kecur air liur saya tgok ni. Ikan bakar cicah Air asam mmng boleh buat tambah nasi, nyumzz
ReplyDeleteWah! Vibes kampung ni....
ReplyDeletesedap je tgk ikan kembong bakar cecah kicap., nyum2
ReplyDeleteni bukan nampak sedap je...confirm sedap..ini kalau nieyl lauk gini..memang bertambah nasi kak..
ReplyDeletemenu gini fav my hubby :) saya suka jugak lauk bakar2 ni cuma tak reti sgt nak cicah2 hahahah
ReplyDelete