Sarapan English Breakfast di Cafe Salim ..
Nih kali kedua kak ana dan suami datang ke Cafe Salim untuk sarapan English Breakfast . Kali pertama kami berdua sahaja dan entrinya kak ana ada kongsikan di SINI . Kali ni, anak kak ana, Adik Ika nak pula datang sarapan sini, ayahnya pun ikutkan sahaja.
Kami sampai dah agak lewat juga, hampir pukul 11 pagi macam tu, kira nak brunch laa kan, maklumlah hujung minggu selalunya brunch sahaja. Masa ni orang dah tak ramai dan queue pun tak lama sangat dalam 15 minit dah dapat meja, Alhamdulillah..
English Breakfast di Cafe Salim
Walaupun nampak beratur tapi dah dua kali kak ana sampai, tak lama sangat tempoh menunggu kerana staff akan dapatkan meja yang kosong dan menu makanan pun cepat sahaja dapat. Lainlah kalau ada pelanggan yang nak duk lama di meja tu , jadi lama lah staff nak dapat kan meja untuk pelanggan yang sedang queue.
Tempat makan viral macam ni kena ada sifat tolak ansur pelanggan juga, lepas makan bangun dan beri peluang pada orang lain, tapi kalau masih nak borak kesian gak lah pelanggan lain kena tunggu lama. Bergantung pada sikap sebenarnya, cuma kalau kita hayati , bila kita permudahkan urusan orang lain, Allah swt akan permudahkan urusan kita, benda ni akan jadi mudah, In Syaa Allah..
Harga menu di Cafe Salim, Meru
Kali ni kak ana try pula Steak Sandwish depa. Masyaa Allah sangat sedap pada selera kak ana. Rasa daging steak yang di grill dan di hancurkan bersama home baked roti oblong , ada sos creamy dan tomato cerry serta salad tu, memang akan repeat lagi di masa akan datang dan recormended sangat kalau ampa nak cuba.
Set ni datang dengan baked potato serta sos mustad. Kak ana tak suka sangat sos mustad dan kak ana makan dengan cili sos yang boleh ambil di kaunter air sana secara free flow. Set ni juga berharga RM18 sahaja dan sangat berbaloi.
Padanlah cafe Salim sangat viral dan dah muncul pun di TV3 . Menu makanan hotel tapi pada harga gerai. Memberi peluang kepada rakyat marhein mencuba menu sarapan Inggeris yang sangat sedap pada selera kak ana sekeluarga. Ini review sendiri naa, bukan berbayar ,ikhlas dari hati kak ana dan semoga Cafe Salim akan terus sukses di masa hadapan. Aamiin... Benda baik kita war war kan sahaja..
7 Comments
ni yg dekat area2 meru puncak alam tu kan?
ReplyDeleteportion nampak besarlahh.
Sedapnya menu English breakfast ni. Harga pun berpatutan.
ReplyDeleteBaru lalu tadi kak.. orang sini kalau nak bekfes kat Cafe Salim datang masa weekdays 😅. Portionnya besar dan memang kenyanglah. Plating dia memang cantik.
ReplyDeletecantik hidangan bekfas english style
ReplyDeletenampak sedap dan menyelerakan!
ReplyDeleteLangsung saya catat kak 😍😍. Kalo menu western begini anak saya yg sulung sukaaa sangat. Saya pun lumayan suka juga. Portion dia besar ya, kenyang sampai malam nampaknya 😄. Memang keliatan sedap
ReplyDeleteCantiknya hidangan.
ReplyDeleteTanya Pak Google tadi, rupanya di Meru, Klang.
Terpikatlah AJ.
Mana tahu balik kampung nanti, ada rezeki boleh singgah Meru.