Warung... ya memang cafe ni sebuah warung di kawasan perkampungan Melayu sahaja, tetapi ia menyajikan sajian bertaraf hotel pada harga marhein. Ini lah cafe viral selepas muncul di kaca tv baru-baru ni.
Cafe Salim, lama dah suami ajak kak ana sarapan pagi ke sini. Tapi mengenangkan cafe viral nak queueing panjang, kak ana malas sangat nak pii. Kebetulan nak di rezeki kan sampai, hari Sabtu beberapa minggu lepas, lepas subuh suami dah ajak juga pii, kak ana pun redha kan sahaja lah.
Sampai sana dalam sekitar jam 8:30 pagi, ramai juga yang beratur tapi masih tak begitu panjang. Dah sampai kan, beratur laa juga , cuaca pun redup je pagi tu. Cuma kawasan ni tempat parkir kereta tepi tepi jalan sahaja dan di kawasan rumah orang, jadi kena cari juga lah yang tidak menganggu rumah dan laluan.
English Breakfast di Cafe Salim , Meru
Warung ni sempoi sangat dalam kawasan kampung, tetapi ada vibe yang sangat menarik , cool dan yang menjadi tarikan utama pastilah menu sarapan ala Inggeris nya. Bukan sahaja menu western tetapi ada juga menu nasi lemak .
Kami beratur pun tak lah sampai setengah jam, dalam 20 minit lebih kurang dah sampai ke pintu cafe di hadapan kaunter. Agak cepat juga lah untuk dapat meja, di mana beratur nanti akan ada staf yang bagi nombor meja yang kosong, depa yang akan arrange meja untuk kita bila ada kosong.
Di hadapan kaunter dah ada papan menu untuk kita order di kaunter, bagi nombor meja, bayar dan tunggu hidangan sampai ke meja. Walaupun ramai tapi teratur la sistem nya, dan alhamdulillah menu kami sampai cepat juga tak lama menunggu dalam 10 minit atau 15 minit dah dapat menu.
Menarik nya juga di Cafe Salim ni, air kita akan di caj RM3 seorang, mungkin untuk dewasa sahaja. Kemudian kita boleh sahaja free flow untuk minum pelbagai menu air yang ada di kaunter air. Ada kopi, teh, fresh oren, air kordial dan air kosong kat sana. Boleh sahaja refill . Menarik konsep ni .
Harga menu makanan pun tidak lah over price , relevan lah dengan harga makanan laa nih. Makna nya kita akan bayar harga menu pilihan dan air pula RM3 seorang.
Memandangkan kak ana berdua sahaja dengan suami pagi tu, Adik Ika tak nak ikut, biasa lah budak tu kalau weekend lepas Subuh dia suka sambung tidur, kami order 2 jenis menu sahaja. Suami makan set English breakfast Omelette berharga RM18 dan kak ana pula makan Alfredo Fettucinne berharga RM14. Untuk air depa caj RM6 untuk kami berdua.
Kak ana dan suami ke kaunter air dan ambil kopi o dan fresh oren, megah holding sangat kan hehe :) Tapi fresh oren depa memang pekat laa, rasa sama seperti minum fresh orange Peel Fresh gitu, tapi kak ana tak pasti jenama apa.
Kopi dan teh o di sediakan dan kita bancuh sendiri sama la macam sarapan kat hotel konsepnya. Air dia secara free flow buffet. Menarik sangat dan berbaloi boleh minum macam-macam air yang ada .
Kak ana nak review menu sarapan yang kami makan pagi tu. Masyaa Allah, portion dalam pinggan ni sangat lah banyak dan besar. Memang boleh makan berdua pada yang tak banyak makan macam kak ana. Tapi suami kak ana bedal habis sepinggan huhu :) Sempat lah kak ana rasa tiap satu tu sedikit.
Dalam set omelette ni ada telur omelette yang saiz besar , lebih kurang saiz sebelah tapak tangan dan tebal. Ada 2 sausages yang medium saiz, toast bread dua potong, baked tomato dan potatoes , hat ni paling sedap baked potatoes depa. Ada juga cendawan saute pun sedap sangat , hirisan daging, kacang panggang dan juga salad. Berbaloi sangat.
Sama juga untuk semangkuk Alfredo Fettucinne ni, sangat banyak portion nya dengan kuah pekat cukup lemak dengan perisa nya yang tersendiri. Di berikan juga dua kepingan toast bread untuk di makan bersama. Kak ana tak ingat sangat ingredients lain dalam menu ni. Tapi mengenyang kan sangat, Alhamdulillah....
Dah separuh makan baru teringat nak tapau untuk adik Ika juga menu Omelette ni. Kak ana ke kaunter dan tanya staf boleh tak tambah untuk take away, okay sahaja depa ambil nombor meja dan bayar. Tak lama lepas tu depa hantar ke meja . Nasib baik tak kena beratur semula hehe :)
Sangat recommended untuk korang yang suka makan sarapan pagi ala fusion dan english di Cafe Salim ni. Servis baik sangat dari staf tak tak perlu menunggu terlalu lama untuk dapat meja dan menu. Kecuali lah ada sesetengah orang tu, yang agak selfish bila dah siap makan masih nak borak dan tak kosong kan meja.
Kita kalau ke cafe atau tempat makan yang agak ramai tu, pandai-pandai lah bertolak ansur, dah siap makan bangun dan kosongkan meja supaya orang lain akan dapat tempat makan pula. Kan elok begitu, ye dak. Bila kita permudahkan urusan orang, Allah swt pasti akan mudahkan juga urusan kita, ini memang hakikatnya..
Tahniah buat Chef Salim dan team Cafe Salim, semoga akan terus sukses dalam perniagaan yang baik begini. Bagi yang teringin nak pii kak ana sertakan info cafe di bawah ni dan boleh lah korang follow depa di socmed Cafe Salim, naa ... Semoga bermanfaat...
Waktu Operasi:
Selasa-Ahad
7pagi-12tghri
Isnin CUTI (jika PUBLIC BUKA)
Waze:Cafe Salim
60183744302
2 Comments
Mana mana kedai viral mesti nak kena beratur... Sib baik yak lama...
ReplyDeletesedapnye makanannya...
ReplyDelete