Sebelum nak kongsi resepi masak lemak labu , kak ana ada satu kisah nak cerita dengan ampa semua kisah buah labu pemberian jiran kak ana nih. Jiran kak ana berbangsa cina dan di kampungnya di Johor ada kebun tanaman dan nanas.
Selalu kalau dia balik kampung akan bagi kami buah nanas dan memang manis sangat nanas, tapi kak ana tak tahu lah baka apa. Hari tu dia panggil kak ana kat luar pagar. Di tangannya ada sebiji buah labu yang saiz agak besar. Dia tanya kak ana makan dak buah labu, kak ana jawab makan lah juga.
Pas tu dia cakap kat kak ana, saya ada sebiji nih tapi kakak potong separuh guna pisau kakak, nanti bagi saya separuh semula. Kak ana cakap okay tunggu jap, kak ana keluar bawa pisau dan belah lah buah labu tu, beri pada dia separuh kak ana ambil separuh.
Kak ana pun cakap terima kasih kat dia. Kemudian dia bagitau kak ana , dia tak nak potong siap-siap dari rumah sebab nanti kalau guna pisau dia, pisau dia dah potong macam-macam takut nanti buah labu tu kak ana tak boleh makan pula.
Masyaa Allah... dia memahami sangat konsep halal dalam agama Islam kita. Kak ana ucap kat dia terima kasih banyak-banyak . Korang nampak tak, betapa indahnya keharmonian hidup berjiran bila kita saling memahami dan menghormati walaupun berbeza kepercayaan.
Sebab tu kak ana bersyukur sangat tinggal di kejiranan yang baik-baik boleh di katakan komunitinya di sini. Walau pun jarang nak berborak sesama kami tapi saling menghormati dan ambil berat antara jiran. Begitulah jika ada rasa sefahaman semuanya akan jadi baik-baik, In Syaa Allah..
Resepi masak lemak labu
Isi labu pemberian jiran kak ana nih lembut sangat dan tak bersabut. Kak ana potong kecil, masukkan bawang merah dan cili merah serta ikan bilis sebagai perencah. Masak dengan air terlebih dahulu sampai empuk dan kemudian masukkan santan pekat dan daun kunyit untuk aroma. Rasakanlah dengan garam dan terhidanglah menu kampung masak lemak labu.
Sedap makan dengan ikan masin goreng , memang guu dia lah kan. Makan sekali sekala masih okay pada kak ana sebab ada kalanya makan labu ni angin pun rasa dalam badan. Ada petua kata suh letak lada hitam untuk buang angin katanya.
Itu lah kisah buah labu pemberian jiran kak ana yang kak ana jadikan menu gulai lemak labu. Setiap yang baik semuanya datang dari Allah swt dan yang khilaf adalah dari kekerdilan kita sebagai hambaNya..
12 Comments
fuhhh sedapnya!! terliur!!! memang sedap la labuuu
ReplyDeleteBagusnya dia faham konsep halal haram tu.
ReplyDeleteSaling hormat menghormati dan bertoleransi itu yg kita perlukan utk kekal harmoni kan Kak Ana...
ReplyDeleteSedap tu masak lemak labu
Alhamdulillah dapat jiran yang baik dan memahami.
ReplyDeletetu laa...
ReplyDeletekadang kala pemahaman mereka lebih teliti daripada yang muslim ni... bagus2
Rezeki dapat jiran yang baik dan memahami.
ReplyDeletealhamdulillah rezeki beroleh jiran baik n memahami
ReplyDeletesedap
ReplyDeletesbnrnya kita pelbagai kaum ni mmg mghormati je sesama kita, org politik je suka buat taik kan kak ana
ReplyDeleteTengok buah labu, teringat pulak pengat labu. 😄
ReplyDeleteRezeki Kak Ana dapat jiran yang memahami konsep halal haram.. Masak lemak labu pekena sambal belacan, hurrmmm mables!
ReplyDeleteSaya sukaaa sangat labu ini dimasak Macam2. Biasanya di jadikan cream soup, atau sedap juga dibuat dessert kolak.
ReplyDeleteMemang bersyukur jika Jiran kita paham dan menghormati agama kita, dan kita pun menghormati agama mereka. Dulu saat kuliah di Penang, saya tinggal dengan Chinese family , baik sangat. Dan dia tahu saya tak bisa sembarangan makan. Sebab itu setiap ada acara, dia sisihkan makanan khusus utk saya dengan piring khusus juga. Dah tak ada aunty dan uncle itu, bersyukur saya bisa tinggal dengan mereka hingga 4 tahun