Disebabkan ada lagi lebihan kulit springroll yang kak ana buat popia sayur hari tu, duk scroll tiktok nak cari resepi apa yang boleh di buat dengan kulit popia segera nih. Sayang sangat banyak keping lagi dalam petiais tu. 

Ternampaklah resepi murtabak mini, pernah viral masa pkp dulu kan. Dan kak ana pun pernah dah buat, memang sedap lah ada rasa ala-ala murtabak pasar malam gitu. Bahan pun ada di dapur maka terhasillah murtabak mini dari kulit popia segera atau springroll ni.. 


Murtabak mini kulit popia
murtabak mini kulit popia & jeruk bawang merah 

 


Resepi murtabak mini kulit popia 


Dipanggil murtabak mini sebab saiz murtabak ni walau guna kulit popia saiz besar pun hasilnya tetap mini sahaja. Comel-comel gitu adalah besar tapak tangan, tapak tangan kak ana kecillah kan, kut tapak tangan ampa besar tak tahu lah kakak huhu :) 

Tapi walaupun di buat dari kulit popia segera, rasanya lebih kurang sahaja dengan hat yang jual pasar malam. Yang penting intinya padu sebab kita buat sendiri di rumah kan, buh lah banyak asalkan tak terkoyak balutan kulit nya sudah.. 

Jom kak ana kongsikan resepi murtabak mini kulit popia , versi dan cara kak ana buat. Boleh juga jadi sarapan pagi tu untuk suami dan Adik Ika sebelum ke pejabat. 


Murtabak mini kulit popia
cara buat inti murtabak 


Mula-mula kita sediakan intinya terlebih dahulu.. 

Bahan-bahannya

1/2 pek daging kisar ( kalau nak guna 1 pek gandakan bahannya ) 

2-3 biji kentang ( potong dadu kecil-kecil )

1/2 pek rempah kari daging 

1 biji bawang merah 

Garam secukup rasa

Air secukupnya dan minyak untuk menumis

Kulit popia segera 

Telur ayam 2 biji 


Murtabak mini kulit popia
resepi inti murtabak 


Cara buat murtabak mini kulit popia 

Kita siapkan dahulu intinya : 

1. Tumis bawang merah yang di dadu kecil, masukkan daging kisar .

2. Masukkan pula ubi kentang.

3. Masukkan rempah kari daging dan gaul sebati dan masak hingga empuk. Tambahkan air jika terlalu kering . 

4. Masukkan garam secukup rasa dan matikan api. Sejukkan sekejap sebelum melipatnya. 



Murtabak mini kulit popia
resepi murtabak mini kulit popia


5. Pecahkan dua biji telur dan masukkan ke dalam inti murtabak yang dah siap tadi. Gaul sebati bahan. 

6. Bentang kulit popia , kalau rasa nipis boleh double kan kulit popia. Isi kan inti yang dah bertelur tu di bahagian tengah kulit popia dan lipat empat penjuru kemas-kemas. Gamkan dengan air. Boleh tengok video kat bawah ni .


7. Panaskan kuali leper dan boleh lah goreng hingga masak. Kena balik-balikkan sebab kulit popia ni nipis dan cepat hangus. 

8. Toskan atas redai dan boleh lah di hidangkan panas. Kalau nak simpan frozen pun boleh lepas goreng, nanti panaskan sahaja bila nak makan. 

Resepi jeruk bawang merah murtabak 


Dah ada murtabak kenalah cicah dengan bawang merah jeruk, kan. Kalau ada kuah kari lagilah sedap. Tapi kak ana tak ada kuah kari, kak ana buatkan bawang merah jeruk awal-awal lagi supaya sempat sejukkan dalam peti sejuk bila nak makan. 



Resepi jeruk bawang merah murtabak
Resepi jeruk bawang merah murtabak 



Bahan-bahannya : 

Bawang merah - hiris nipis-nipis

Cuka masakan

Gula 

Air suam

Satukan semua bahan dan simpan dalam peti sejuk. Boleh lah di hidangkan dengan murtabak mini nanti untuk sajian sarapan atau makan malam sekeluarga.. 


0 Comments