Sambal tempoyak petai
Balik Kuala Lipis majlis bertunang anak buah sebelah suami hari tu, ada abang ipar kak ana bekalkan tempoyak sebalang. Banyak juga.. Alhamdulillah.. boleh lah buat stok tempoyak di rumah. Kak ana memang suka makan tempoyak dari durian, pelik kan..
Cuma tempoyak biras kak ana buat nih depa masukkan garam dalam durian tu, dia jadi masin dan kalau lama sikit ada rasa pahit sedikit. Beza dengan tempoyak belah utara , hanya isi durian yang di peram dan rasanya manis-manis durian tu lah bercampur rasa masam perapan.
![]() |
resepi sambal tempoyak petai |
Resepi sambal tempoyak petai
Jomlah kak ana kongsikan resepi sambal tempoyak petai versi kak ana lah kan. Mungkin tak sama dengan cara masakan orang lain. Mudah sangat bahan pun asas sahaja.
Bahan-bahan sambal tempoyak petai
Tempoyak - anggaran 1-2 sudu besar ikutlah jumlah petai dan sambal yang nak di masak. Lagi banyak lagi sedap dan pekat sambal.
Petai - hiris kulit belah dua
Ikan bilis - kupas bersihkan
Cili api
Cili merah - ikut pada kepedasan masing-masing
Bawang merah - 1 ulas dah cukup
Air secukupnya
Garam
Serbuk kunyit - untuk warna supaya taklah pucat sambal kita
Minyak untuk menumis
Cara masak sambal tempoyak petai
1. Tumbuk kasar cili api, cili merah, bawang merah dan ikan bilis .
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumbuk.
3. Dah masak cili masukkan tempoyak dan sedikit air supaya ia tak terlalu kering dan hangit.
4. Kacau dalam kuali dan tambah air sedikit demi sedikit sampailah dapat tekstur kuah yang pekat dan masak tempoyaknya.
5. Masukkan petai dan kacau sebati.
6. Rasakan dengan garam secukupnya dan siap dah menu sambal petai tempoyak cara kak ana.
Sedap di makan dengan nasi panas dan ikan goreng sahaja pun dah cukup. Boleh lah cuba naa kalau ada stok petai dan tempoyak di rumah nanti. Semoga bermanfaat..
6 Comments
Sedapnya 😋
ReplyDeleteSaya dua-dua suka - tempoyak dan durian.
Terima kasih share resepi, saya belum pernah buat sambal tempoyak.
linda makan durian, tapi tak makan tempoyak...hihihi...
ReplyDeleteterbalik pula
Lauk bahay ni kak ana..bocor piyuk nasi ni
ReplyDeletesedapnya makan dgn nasi panas
ReplyDeleteKami buat tempoyak pun letak garam sikit kak, hehehe... tp sy x mkn tempoyak, mkn buah durian je
ReplyDeletesedapnya mengancam selera sambal petai tempoyak
ReplyDelete