Dalam perjalanan balik kampung suami di Kuala Lipis, Pahang.. kak ana dan suami singgah lah makan sarapan pagi di sebuah warung yang terletak kat tepi jalan utama Raub-Lipis . Itu pun sepanjang perjalanan keluar dari Lebuhraya Karak di Bentong duk carilah kedai nak singgah makan, asyik terlepas sahaja.
Nak rezeki makan kat sini, sebab nampak meriah juga kedai makan ni siap ada dekorasi kapal terbang dari tepi jalan dah nampak dan terus boleh parkir kereta depan kedai, kami pun singgah.
 |
Warung Impian , Dong, Raub |
Cantik suasana sekitar Warung Impian ni, ada wakaf-wakaf buluh untuk duduk makan. Tak ramai sangat pengunjung pagi tu. Menu pun ada beberapa menu sarapan pagi yang kak ana nampak. Ada lempeng , nasi lemak, aneka lauk , nasi kerabu, nasi dagang, laksam dan minuman.
Warung Impian , Dong, Raub
Sebab kami nak balik makan kenduri pertunangan anak buah , kak ana dan suami pilih menu alas perut sahaja pagi tu. Kami makan laksam semangkuk seorang dan air teh o ais dan kopi o panas untuk suami.
 |
laksam |
Sedap laksam tu, kuahnya pekat dan terasa isi ikan . Banyak juga dalam semangkuk tu, kak ana nampak dia potong dua gulung laksam untuk satu mangkuk.
Dan yang paling kak ana tak percaya, kami makan berdua , dua laksam dan dua minuman harga total masa kira kat kaunter tu cuma RM13 sahaja. Masyaa Allah murahnya. Jenuh fikir budak ni salah kira ke, tapi di kira sebelum kami bawa menu ke meja dan dia nampaklah apa yang kami ambil tu. Serius memang murah kan..
Kalau kat KL ni harga total makanan tu baru harga satu minuman jer. Erm.. murah lagi menu makanan di kampung, Alhamdulillah.. Mungkin harga barang mentah murah sedikit agaknya atau tak tahu lah, mungkin juga kalau letak harga tinggi pelanggan tak ramai yang mampu.. Waallahu a'lam..
Apapun semoga Warung Impian, Dong, Raub ni akan terus sukses dalam perniagaannya. Mudah nak singgah makan sebab ia tepi jalan utama Raub-Lipis tu sahaja, Kalau kita dari Raub terletak sebelah kiri jalan sahaja.
12 Comments
wah suami ana org lepih ya....harga makanan di sini alhamdulillah masih mampu beli
ReplyDeleteKawan sekolah ada duduk di Dong, Rabu, memang asal sana.
ReplyDeletemurahnya kak oi, kalau kt kl laksam satu tu dah rm6 ke rm7 belum campur air lagi
ReplyDeleteKalau murah dan sedap bolehlah singgah lagi
ReplyDeletekalau harga tu dekat KL sorang makan tu kak ana
ReplyDeleteBak kata Acappan, tersangattttlah murahnya
ReplyDeleteRasanya pernah lalu tempat nama Dong ni...
ReplyDeleteMurah dan sedap² makanan jual di kampung² kan...
Agaknya impian dia dulu nak jadi pilot jet pejuang...
ReplyDeleteEh kak Cie duk Lipis. Tak sangka pulak kampung suami akak kat Lipis.
ReplyDeletesedap pula tgk laksam ni...
ReplyDeletepenah smpi dong ni... pergi majlis BFF sy...gigih laa drive dr KL ke dong ni...nasib baik laa google map byk membantu ;-)
saya orang Raub tapi tak pernah lagi sampai ke sini... sebab kalau balik Raub selalu duduk rumah aje. tak sempat nak jalan jalan
ReplyDeleteDong ni laluan wajib la setiap kali balik kelantan via gua musang route..tak perasan kewujudan kedai ni..nampak menarik laaa ada deko kapal terbang tu
ReplyDelete