Kak ana ke Cyberjaya baru-baru nih, ziarah sahabat dari zaman kami sekolah rendah lagi masa di MGS, Teluk Intan yang sedang di rawat di Hospital Cyberjaya. Kami sangat rapat dari dulu sampai ke hari ini, Alhamdulillah... lama sangat jalinan ukhwah malah dah rasa bagai saudara kandung sendiri. Kami sebaya lah .

Lama juga kak ana dengan dia di wad sampaikan kak ana teman dia dan anaknya waktu kena pindah wad selepas pembedahan nya. Selesai tu, Adik Ika nak makan kunafa kat Shaftsbury Mall, Putrajaya tu. Kami nampak cafe cantik ni masa makan nasi arab di Restoran Balqis waktu sambut birthday suami tahun lepas. 


D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya
D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya 


Memang cantik sangat restoran D'Kunafa ni dari luar. Dah alang-alang berada di Cyberjaya kami terus ke Shaftsbury Mall dan naik ke atas carilah restoran D'Kunafa Cafe.


D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya 


D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya
D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya 


Cafe D'Kunafa ni terletak di aras G . Kak ana memang suka kalau datang makan di Shaftsbury Mall ni sebab ia tenang dan cozy sangat senibinanya. Ini kali kedua kak ana sampai dan makan kat sini selepas makan di restoran Balqis. 

D'Kunafa Cafe ni rasa macam ada bau-bau bachang kut dengan Balqis sebab macam sama je tema makanan yang di sajikan bertema kan menu Timur Tengah. Mungkin lah kan.. memandai jer ko kak ana :) 


D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya
D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya 


Ruang interior restoran ni memang cantik sangat, penuh bunga-bunga kecil dan bertema kan warna ungu dan keemasan, gituew!. Suasana dalam yang elegan dan cozy. Tak ramai pengunjung petang tu. Adalah beberapa meja yang ada pelanggan sedang makan. 


D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya
Shawarma Chicken Rice

Yang nak makan kunafa nya Adik Ika sorang je tapi kak long, Aiman, kak ana dan suami order menu lain. Kami singgah untuk hi-tea lah kiranya petang tu dan di sini pun bercirikan menu ringan berbeza dengan Restoran Balqis menyajikan menu nasi Arab dan menu makanan berat. 

Gambar atas ni pilihan Aiman iaitu Shawarma Chicken with rice berharga RM18.95 . Menantu kak ana ni pi la makan mana pun tetap pilih menu ber nasi. Selera Melayu sungguh dia. Pi makan western pun nasi, makan kat middle east pun pilih nasi. Kenyang bu, katanya.. 


D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya

D'Kunafa Cafe ni buka sahaja menyajikan kunafa tetapi pelbagai pilihan menu dari sarapan pagi , appertizer, roti-roti dan croissant , pencuci mulut, burger, shawarma , nasi, makanan barat dan pelbagai minuman. 



D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya
Adani tea


Pelbagai pilihan minuman ada kat sini. Dua kat atas tu antara mojito dan frappe yang anak-anak pilih. Ada pelbagai pilihan coffee dan juga teh. Kali pertama kak ana cuba Adani teh dan ada rasa rempah ratus dalam minuman teh adani. Nak repeat tu mungkin tak kut huhu tak kena sangat dengan selera kak ana tapi boleh lah di cuba . 


D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya
shawarma chicken wrap 


Tapi kak ana suka sangat pada sajian shawarma di D'Kunafa Cafe ni. Sangat sedap berbanding kak ana makan di Damascus Bukit Bintang sebelum ni. Hat ni pada selera kak ana jauh lagi sedap dan ia tidak kering. 


D'Kunafa Cafe


Daging ayam isiannya sangat juicy dan perapan yang sedap. Dipping yang di sertakan dalam hidangan ni adalah zesty rance sauce yang sangat sedap. Kak ana boleh bagi rate 5 bintang untuk hidangan Shawarma di D'Kunafa Cafe. Harga set ni cuma RM14.95 .


D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya
Buffalo Chicken Crispy Burger


Kami try juga set burger ni , Buffalo Chicken Crispy Burger set berharga RM18.95 . Boleh rasa home made patty burger dia yang juicy dan sedap pada selera kak ana. Nama je buffalo tak de kerbau pun huhu, ianya adalah burger ayam. Cuma patty burger tu di celup ke dalam buffalo sauce . 

Ambil gambar flat lay tak nampak pula isi nya kan. Tapi sedap dengan gabungan creamy ranch dressing , lapisan tomato dan salad lettuce di dalam roti bun yang di panggang. Di berikan juga kentang goreng sebagai side dish nya. 


D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya
Kunafa Kishneh


Dan inilah dia yang Adik Ika craving nak makan.. Kunafa . Adik Ika pilih signature dish depa , Kunafa Kishneh, dengan gabungan rasa cheesy, crunchy .  Ada pelbagai jenis kunafa kat sini yang korang boleh pilih. Sangat-sangat sedap, tak terlalu manis dan hidangan panas-panas ni buat kan ia rasa garing di luar dan lembut di dalamnya. Harga kunafa ni RM23.95 .


D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya


Kat kaunter tu kita boleh tengok cara depa menghasilkan kunafa di dapur terbuka di sebalik cermin kaca. Pelbagai gabungan rasa kunafa ada kat sini sebab tu lah namanya pun D'Kunafa Cafe. 



D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya


Ada juga pelbagai jenis roti dan croissant di sini untuk di makan bersama hidangan minuman panas. Plain croissant dengan butter tu cuma RM6.95 . Ada pelbagai pilihan menu dengan dizzle seperti macha, koko, pistachio dan hazelnut.


D'Kunafa Cafe - Shaftsbury Mall , Putrajaya

Dan juga pelbagai aiskrim dan dessert untuk korang yang nak makan pencuci mulut. Memang serba serbi ada kat sini ikut lah citarasa masing-masing. Memang berbaloi makan dalam ambience yang cantik, selesa serta sajian menu yang sedap-sedap sesuai dengan harga nya. 

Kalau korang berada di Shaftsbury Mall atau sebelah je dengan Alamanda Mall boleh lah try singgah makan di D'Kunafa Cafe sajian menu timur tengah. Dari carian di laman web depa dkunafacafe.com menyatakan kesemua bahan masakan mereka menggunakan produk 100% Halal certified . 




3 Comments

  1. cantik betul cafenya! kebetulan semlm MZ attend farewell lunch dan ada mkn kunafa jugak! sedap!! my 1st time mkn kunafa

    ReplyDelete
  2. Baru ni lalu jugak, tapi pandang je lah. Hhmm geram je tengok semua dessert ni, sedap sangat nampak nya Kak Ana.

    ReplyDelete
  3. Wahhhh..Menarik betul ni =q

    ReplyDelete