Ini pertama kali kak ana makan buah bachang dalam masakan gulai bersama ayam pencen. Tak di nafikan, orang Negeri Sembilan memang pakar dalam masakan kampung berasaskan pelbagai campuran bahan yang ada. 

Menu ayam pencen dengan buah bachang ni pemberian jiran kak ana, Zura. Zura berasal dari negori dan pelbagai lah menu masakan dari kampungnya di Rembau dah kak ana rasai kerana Zura suka berkongsi rezeki. Betul sangat, dikurniakan jiran yang baik ini juga adalah rezeki dari Allah swt.


gulai ayam pencen bersama buah bachang
gulai ayam pencen bersama buah bachang 


Dahulu sewaktu kak ana tinggal di Ukay Perdana, jiran kami yang paling rapat juga adalah orang negori. Sama macam Zura pelbagai menu masakan orang negori dah kak ana rasa. Semuanya sedap-sedap, cukup je lemak pedas nya . 

Dari mereka ni lah dan juga kakak angkat kak ana , Kak Emimy, kak ana pernah dan kenal masakan rendang maman dan ayam kampung, gulai mangga muda dengan itik salai, masakan sambal pucuk kayu dan sebagainya. Masyaa Allah semuanya sedap-sedap sangat.

Gulai ayam pencen yang Zura masak ni seakan kari. Ada berempah dan santan. Dicampurnya dengan hirisan buah bachang. Agak masam buah bachang ni, Zura dah bagitau awal-awal. Tapi bila di makan bersama gulai ayam pencen ni ada gabungan rasa unik keduanya dan ia sedap sangat. 

Ralit kak ana makan dengan nasi putih. Tambah lagi lah kan ayam pencen dan ayam kampung memang ada keenakan rasa yang tersendiri berbeza dengan ayam daging yang kita beli di pasar. Walaupun keras tapi ia ada rasa kesedapan pada isi ayamnya.

Teringat arwah mak kak ana pun suka masak ayam pencen kalau hari raya. Berjam-jam mak merebus ayam sebelum di jadikan kari atau rendang. Selalunya mak akan guna dapur arang, jimat gas katanya. Kami pun tak ada presure cooker atau periuk noxxa , kalau ada lebih cepat empuk lah kan. 


 

12 Comments

  1. Nampak sedap gulai ayam tu Kak Ana. Ni masak kari la, kan. Kalau kami di Johor, gulai tu masak asam pedas. Orang nogori memang kreatif campurkan sayuran dan protein sekali dalam satu lauk.

    ReplyDelete
  2. sedapnya gulai ayam! dh lama saya tak mkn ayam pencen hehehhe

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap. Kadang-kadang rajin juga masak ayam pencen ni, tapi tu la kena masak lama. Pernah masak dengan mangga, sedap pedas-pedas masam.

    ReplyDelete
  4. Sy pun suka masakan nogori Kak Ana...
    Buah bacang buat sambal pun sedapkan

    ReplyDelete
  5. SA pun suka ayam pencen Kak Ana...selalu masak jugak..pernah masak letak buah bachang dan suka masak letak rebung..sedapnyaaa

    ReplyDelete
  6. Kita suka gulai n9, pekat dan padu. Masuklah bahan apapun, ku makan semua walaupun terpaksa menahan kepedasan.

    ReplyDelete
  7. Saya x pandai masak guna ayam pencen...pernah buat rendang mcm x jadi jer...

    ReplyDelete
  8. Ayam pencen ni kena masak lama kan. Sedapnya Gulai ni Kak Ana.

    ReplyDelete
  9. resipi nogori ni memang sedap biasanya

    ReplyDelete
  10. buah bachang tu mesti yang muda ye kak? nampak macam keras je. Ke itu kentang heheheh

    ReplyDelete
  11. sedap tuuu ada buah bacang lg bertambah sedappp. kalau mkn dgn nasi panas2 fuhhh comfirm terangkat👍

    ReplyDelete
  12. Saya masih belum terbayang buah bacang. Tadi saya browsing dulu, nama buah ini dalam bahasa Indonesia, disebut mangga pakel, Ambacang, etc. tapi tetap saya tak merasa pernah lihat 😅😅.

    Cuma keliatannya ini masih kerabat mangga ya.

    Kalo memang iya, pastilah sedap gabung dengan kari. Kombinasi rasa asam dan gurih pedas dari kari, memang cocok 👍👍👍

    ReplyDelete