Kelana Jaya, lama sungguh kak ana tak masuk area Kelana Jaya . Banyak pembangunan juga nampaknya selari dengan arus permodenan. Namun masih terdapat dereta rumah era 80-90an kelihatan di sekitarnya . Begitulah putaran masa berlalu detik demi detik meninggalkan kita dengan tempoh yang berbaki.
Di lorong sederet kedai di Kelana Jaya, kelihatan sebuah cafe yang menarik perhatian kak ana tengahari tu. Hari Ahad macam selalu kami brunch sambil jalan-jalan cari makan lah kan. Dekorasi di luar cafe ni sangatlah nostalgia dengan tulisan jawi tertulis Rasa Nostra Kopi .

Rasa Nostra Coffee, Kelana Jaya
Tingkap berdiri bukaan senibina kayu dengan panel kaca berwarna di bahagian atasnya sangat menggamit nostalgia kampung era zaman P Ramlee dahulu. Menjadi daya penarik untuk kak ana sekeluarga singgah masuk ke dalam cafe dan kami nak food hunt apakah menu yang di sajikan di sini.

Melangkah masuk terkasima pula dengan interior dekorasi dalaman ruang penuh gaya esthetic dan klassik. Ruang yang agak sederhana namun cukup santai dan selesa untuk lepak makan bersama kawan-kawan atau keluarga.
Waktu kak ana sampai tu tak ramai lagi pelanggan , jadi sempatlah kak ana merakamkan beberapa keping foto untuk kak ana kongsikan dengan ampa semua, betapa kreatif dan nostalgianya seni hias dalaman kafe Rasa Nostra Coffee di Kelana Jaya nih.
Kak ana di maklumkan cafe ni pemiliknya orang kita, Muslim owner, Alhamdulillah.. lagilah teruja kak ana nak share dengan pengunjung setia anajingga dot com. Tapi sebelum tu kenalah try dahulu sendiri menu-menu yang ada di sini yang sempat kami menikmatinya.
Haa! Paparan di tulisan di dinding cafe yang mencoretkan satu rangkap lirik lagu Tan Sri P. Ramlee , Malam bulan dipagar bintang inilah yang memberikan vibe seolah kita kembali ke zaman kegemilangan biduan negara.
Terbayang seolah kita berada di rumah pendekar Pak Mustar sambil mendengar Ramlee menyanyikan bait-bait lagu ini untuk si Ros yang manis sambil menjahit seluar koyak, haha!! Menarik kan..
Menu Rasa Nostra Coffee , Kelana Jaya
Dah nama pun Rasa Nostra Coffee mestilah ada minuman kopi di sini kan. Minuman orang sekarang walaupun di sebuah kafe bertema nostalgia.. Kami menikmati minuman Kopi Pandangan Pertama , coklat ais dan Pandan Butter Latte.
Ya, Kopi Pandangan Pertama tu sangat padu pada kak ana, kak ana suka. Korang pun tahu kan kak ana nih coffee lover walaupun pengidap gastrik tegar huhu :) Tapi nak juga minum kopi. Dua minuman yang di sajikan tu juga tak kurang sedap secukup rasa dan pekat. Kami memang bawa air kosong juga walau pun pi makan di luar sebab kan nak makan nasi kejap lagi .
Mengidam sangat nak makan asam pedas, kak ana mencuba dua menu asam pedas dari Rasa Nostra Coffee iaitu asam pedas daging tetel dan satu lagi asam pedas ikan pari. Set asam pedas di datangkan dengan sepinggan nasi, ulam timun dan telur masin. Ngam dah tu.
Asam pedas pastilah kuahnya yang menjadi piawaian kesedapan masakannya. Untuk kuah asam pedas di Rasa Nostra Coffee ni memang awesome. Kak ana boleh bagi rate 8/10 . Kuah pekat cukup rasa tak pedas menyegat dan rasa masam pedas yang cukup sebati.
Ikan pari terasa kesegaran ikan dan kena pula dengan kacang bendi sebagai bahan sampingan. Cuma untuk daging tetel tu ada rasa campuran urat , jadi ia agak kenyal sedikit bila di makan. Kalau lagi banyak lemak tu lagi sedap untuk menu daging tetel ni kan, huhu :) - Abaikan pendapat kak ana ni, tak elok tau makan lemak banyak-banyak .. haha .
Kak ana ke sini berlima sebenarnya, suami, kak long, Aiman dan Kika serta dak cik HNH. Sebab tu banyak menu yang kak ana share dengan ampa semua. Bukanlah bertiga macam selalu. Kak ana try juga Mi Kari Ratna di Rasa Nostra Coffee. Padu Mat!
Bak kata orang laa nih kan... Kuah mi kari sangatlah pekat, cukup lemak santan dan rasa karinya. Ada daging ampa dalam kuah kari ni dan juga isi kerang. tauhu kering, bebola ikan dan taugeh. Dah rasa makan mi kari masak sendiri di rumah, meriah dengan aksesorinya.
Suami kak ana dan Aiman apa lagi kalau tak cuba patin tempoyak yang ada dalam menu mana-mana restoran memang tak sah. Kak ana boleh bagi 5 bintang lah untuk patin tempoyak ni. Sedap kuahnya ada rasa masam tempoyak tak terlalu pedas, pekat secukup rasa.
Walaupun bukan di Temerloh tapi isi ikan patin kat sini sangat segar dan bukan patin murah biasa yang di jual di pasaraya. Kak ana tak pasti ia patin sangkar atau apa tapi tak hanyir dan rasa lemak manis ikan patin sama macam makan di Temerloh. Memang sedap dan kak ana hirup kuahnya, wallaaaa...
Hat nih memang menu Kika lah kan, dia mana makan ikan patin atau asam pedas. Balik-balik order nasi ayam gepuk. Portion ayam tu besar juga , di berikan juga kicap manis dan tauhu goreng bersama ulaman dan sambal. Sambal pun tak tertalu pedas kira boleh makan lah..
Korang pun tahu kan kak ana ni alah makan pedas-pedas. Sebab tu menu sebegini kena sangat dengan selera kami.
Terliur pula nak makan roti jala. Set roti jala dengan kari ayam. Ada isi ayam di potong kecil bersama kentang dalam kuah kari, bukan kuah semata. Sedap cair je kuah tapi cukup lemak dan rasa kari yang mild sesuai untuk pencicah roti jala.
Sebagai pencuci mulut, Kika dan Kak long makan juga burnt cheese cake. Okay sangat rasa cheese cake tak ada cacat celanya, secukup rasa. Kat sini ada pelbagai juga potongan kek untuk korang yang nak lepak ngopi dengan kawan-kawan dan pelbagai menu lain juga.
Rasa Nostra Coffee di buka setiap hari mulai 7.30 hingga 10 malam. Jadi korang boleh je mai time sarapan, brunch, lunch, minum petang ataupun makan malam. Mempunyai beberapa cawangan lain di :
📍Kelana Jaya
📍Kota Damansara
📍Alam Damai
📍Bkt Puchong
📍Kafe Kebun Puisi
📍Ara Damansara
📍Seksyen 7, Shah Alam
Pii naa.. lepak cafe bertema kan dekorasi esthetic gaya klassik dengan aneka sajian dan minuman untuk setiap peringkat usia. Tak cuba tak tahu.. Jom #AJCafeHunt bersama kak ana di Rasa Nostra Coffee pula.
1 Comments
nice ambience sgt! boleh masuk wishlist JJCM ni
ReplyDelete