Resepi puding karamel tanpa telur
Bulan puasa tahun ni kak ana memang tak mengikuti sangat resepi-resepi viral Khairul Aming. Jangan tak buat hanya lah satu resepi sahaja yang kak ana cuba iaitu peach cruddle, itupun selepas raya baru kak ana cuba dan menjadi, Alhamdulillah..
Tahun ni yang agak viral resepi KA antaranya ialah puding karamel. Macam-macam versi timbul dan kelakar pun ada bila ramai yang tak berjaya saat di terbalikkan. Sepanjang Ramadan lepas , seperti yang kak ana cerita dalam entri-entri yang lepas, kesihatan kak ana tak berapa baik , jadi masak juadah berbuka pun sekadar apa yang terdaya sahaja.
![]() |
| puding karamel tanpa telur |
Selepas raya tu kak ana sempatlah buat puding karamel tapi versi tanpa telur. Kak ana tak berapa suka makan puding karamel telur ni sebab alah sikit dengan rasanya. Mungkin kombinasi telur dengan susu dan manisan ni tidak begitu kena dengan selera kak ana dan Adik Ika. Suami kak ana suka, jer..
Jadi kak ana carilah resepi puding karamel tanpa menggunakan telur di tiktok. Ini kerana sebelum ni dah pernah dah kak ana buat, dan menjadi sedap sangat lah pada kami. Hasil carian kak ana cuba lah buat resepi puding karamel tanpa telur ini dan Alhamdulillah , menjadi.
Memang sedap dan ia tak mudah pecah bila di terbalikkan kerana menggunakan serbuk agar-agar sebagai medium asasnya menggantikan telur . Bagi yang sama selera dengan kak ana yang suka makan puding karamel tanpa telur boleh mencuba resepi ini.
Resepi Puding Karamel Tanpa Telur
Bahan-bahan:
1 cawan gula
1/2 cawan air panas
1 tin susu cair
2 tin air
1/2 cawan susu pekat ( optional)- kak ana tak guna kerana nak kurangkan manis
1/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
4 sudu besar tepung kastard
10 gram agar-agar serbuk
Buah peach untuk hiasan ( optional)
.
Cara masak puding karamel tanpa telur
1. Hangus kan gula dan masukkan air panas. Hati2 ia panas dan meruap . Tuangkan ke dalam acuan atau loyang.
.
2. Satukan susu cair, susu pekat, gula , esen vanila dan tepung kastad. Sebatikan dahulu dalam periuk.
.
3. Masukkan serbuk agar-agar dan masak hingga sekali didih dengan selalu mengacaunya.
.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang berisi gula karamel dan sejukkan pada suhu bilik terlebih dahulu.
.
5. Boleh simpan dalam peti sejuk hingga beku dan terbalikkan bila hendak di makan. Boleh hias dengan buah peach untuk lebih menarik dan kombinasi rasa yang sedap.
Selamat mencuba naa... semoga bermanfaat, In Syaa Allah .

0 Comments