Kak ana suka juga makan nasi ambeng ni sekali sekala. Dulu ada di jual di pasar tani di kawasan kediaman kak ana , rajin juga kak ana beli dan makan sebab suka dengan masakan ayam masak kicap depa. Tapi dah bertahun juga tak ke pasar tani di situ sejak ada pasar tani lebih dekat kat taman perumahan ni sahaja. 

Kak ana mula kenal makan nasi ambeng ni dari kecil lagi, kerana ada sepupu kak ana yang maknya ( arwah mak ngah ) berketurunan orang jawa sini lah. Bukan dari seberang. Kalau kenduri kendara, memang akan menyajikan pelbagai menu orang jawa antaranya nasi ambeng ni lah.  


The Nasi Ambeng , Seri Kembangan


Dulu lah, kalau tak silap kak ana, menu nasi ambeng ni di jadikan bekalan buat bawa balik kalau ada kenduri kahwin, isi dalam plastik ada nasi putih, serunding kelapa, sambal goreng jawa tempe tu dan ayam masak kicap. Betul kan ye kalau kak ana silap, sebab dah lama sangat kisah ni , ingat-ingat lupa dah. 


The Nasi Ambeng , Seri Kembangan


The Nasi Ambeng , Seri Kembangan


Kebetulan baru-baru ni kak ana ke Bangi , Kak long ajak makan tengahari di restoran The Nasi Ambeng yang terletak di Seri Kembangan. Memang lama sungguh tak makan nasi ambeng, depa pun bawa lah ke sini. Tak jauh dari Aeon Taman Equine tu sahaja lokasinya, ampa waze ajer naa.. 



The Nasi Ambeng , Seri Kembangan


Senang juga dapat parkir kereta berhadapan kedai sahaja banyak ruang parkir dan percuma lah mungkin hari Ahad agaknya. Restoran The Nasi Ambeng ni pemilik Muslim, Alhamdulillah.. Kak ana dah dapatkan kepastian dengan pm depa di FB . Bab makan ni kena betul-betul yakin barulah kak ana kongsikan di laman-laman socmed, kan. 


The Nasi Ambeng , Seri Kembangan


The Nasi Ambeng bukan sahaja menjual menu nasi ambeng sahaja tetapi pelbagai menu makanan Melayu lain seperti nasi kerabu, set asam pedas dan lauk pauk lain. Tapi kak ana memang nak makan nasi ambeng hari tu dan try satu set nasi ambeng. 


The Nasi Ambeng , Seri Kembangan

Inilah set nasi ambeng yang kak ana makan tengahari tu. Ada nasi putih , mee goreng, sayur suun tempe dan kacang panjang tu, serunding kelapa, ikan masin dan ayam masak kicap. Harga set ni RM12 kalau tak silap kak ana. 

Nasi ambeng ni bukan sahaja boleh makan dengan ayam masak kicap, ada pilihan set lain seperti ayam rendang, ayam ungkep , ayam berempah dan sebagainya. Kak ana memang suka makan dengan ayam masak kicap . 


the nasi ambeng seri kembangan


Suami pula makan set asam pedas ikan pari. Set ni ulam-ulam adalah free flow kat depan kaunter kita boleh pilih nak makan ulam apa. Nampak segar ulaman yang ada di sini. Asam pedas pun sesedap rasa tak terlelu pedas dan cukup rasa pada selera kami . 

Set asam pedas ni juga RM12 sahaja ada nasi putih, sambal belacan, ulam dan telur masin. Selain ikan pari, ada juga asam pedas ikan kembung. Haha kak ana tulis berdasar kan menu yang ada di paparan laman Google Review sebab depa tak dak website sendiri. 



The Nasi Ambeng

Adik Ika makan nasi kerabu tengahari tu dengan pilihan lemak bakar. Mungkin nasi kerabu ni lain sikit lah dengan nasi kerabu ori pantai timur yang kami selalu makan. Tumis dia lain sikit, tapi okay sahaja. Cuma lemak bakar yang Adik Ika ambil tak berapa ngam dan agak liat. 

Ada rasa perapan ala-ala sate pada lemak bakar dan ia agak kering dan tidak juicy. Lain-lain tu okay sahaja boleh je di makan. 

Kak ana rasa The Nasi Ambeng memang major dalam masakan nasi ambeng dan lauk-lauk yang lain berbanding menu nasi kerabu ni. Pendapat peribadi kak ana lah.. Masakan lauk-lauk lain semuanya okay dan sesedap rasa. Sesuai lah dengan harga pasaran menu makanan masa kini. 

Kalau mengidam nak makan nasi ambeng dan berada di sekitar Taman Equine, Seri Kembangan boleh lah waze ke sini. 





3 Comments

  1. UIh sedapnya kak, nasi ambeng ayam kicap memang betul-betul gu dia. Ada tempat nasi ambeng tapi ayam goreng tak kena pada dana heheheh... biasa kalau belah Johor, ayam kicap atau ayam masak merah kira gu paling kene jadi lauk nasi ambeng

    ReplyDelete
  2. Susah nak jumpa nasi ambeng yang sedap area kl ni. Kadang kata je nasi ambeng tapi serunding dia biasa tidak berempah lepas tu ayam masak kicap biasa je bukan ayam masak kicap berempah. Ni nampak sedap cuma sambal goreng tu macam tak cukup ramuan.

    ReplyDelete
  3. Nasi ambeng ini memang seriiiiing dijadikan nasi berkat, jika ada acara2 pengajian atau syukuran. Biasa disajikan dalam kotak. Saya pun suka...

    Tapi dah jarang skr orang2 masak nasi ambeng. Kecuali di Jawa..

    ReplyDelete