Sebelum hari raya Qurban lagi kak ana teringin nak masak dan makan daging masak hitam. Disebabkan orang rumah ni kurang sikit nak makan daging, kak ana memang jarang beli daging segar untuk stok lauk di rumah. 

Sampailah hari raya Aidil Adha lepas, rezeki dapat daging korban dari kampung lepas balik ke rumah, kak ana dapatlah masak beberapa menu dari daging lembu. Salah satunya daging masak hitam. Punya lama pendam gambar ye, baru nih nak terbitkan entrinya. Dah masuk tahun baru 1447H dan waktu entri ni di terbitkan dah 27hb Safar


Resepi daging masak hitam
daging masak hitam 


Kadang-kadang kak ana snap gambar , pastu masuk pula gambar-gambar lain akhirnya dah berada di bawah galeri, terus lupa. Bila terasa nak buat entri baru duk skroll jumpa semula. Bukan hari tu ambil hari tu sempat terbitkan , kecuali kalau dateline job berbayar tu lain story hehe :) 


Resepi daging masak hitam 


Tak pe lah kan, kak ana akan kongsikan juga resepi dan cara masak daging masak hitam. Olahan resepi dari mak saudara kak ana, Cu Ezan . Banyak pahala Cu, banyak kali dah kak ana guna resepi nya dan share di socmed, mudah-mudahan bermanfaat dan pahala mengalir buat Cu, Aamiin... 

Bahan-bahan dan cara masak daging masak hitam : 


Cili kering  atau cili pes ( ikut tahap kepedasan masing-masing ) *
Bawang merah *
Bawang putih *
Halia *
Serai *
Lengkuas *

~ Hiris semua bahan di atas dan blend tapi jangan terlalu hancur.



Resepi daging masak hitam


1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih 

- Blend kering kesemua bahan rempah di atas. 


Resepi daging masak hitam


1 kilo daging segar 
1 cawan kicap pekat manis 


Hiris kecil dan nipis untuk cepat empuk masakannya. 



Resepi daging masak hitam


Di dalam bekas , masukkan daging, bahan blend bawang, halia, serai dan lengkuas, bahan rempah kering yang di blend, cili pes dan kicap pekat manis- satukan kesemua bahan dan perap sekurang-kurangnya 2 jam .


1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis 
2 kuntum bunga cengkih
minyak masak untuk menumis 
Garam secukup rasa




Panaskan minyak secukupnya, tumis 3 sekawan bahan rempah ratus di atas. 

Masukkan perapan daging tadi dan biarkan masak sampai empuk. Boleh tambah air jika terlalu kering sedikit demi sedikit. 

Bila dah empuk baharulah masukkan santan pekat  .

Masukkan kerisik dan hati-hati jangan masukkan garam kerana kicap pun dah masin. Boleh lah rasa kan sedikit dahulu kan, tambah garam hanya jika perlu sahaja. 


Resepi daging masak hitam
daging masak hitam 


Biarkan mendidih dan kering mengikut kepekatan yang korang inginkan. 

Selamat mencuba dan In Syaa Allah memang sedap resepi ni pada selera kak ana sekeluarga. 

5 Comments

  1. Nampak daging tu segar betul.
    Masakan begini memang sedap. Saya cukup suka.

    ReplyDelete
  2. Masih ada daging lagi kat freezer, nanti nak cuba masak macam ni juga.

    ReplyDelete