Berkelah tepi sungai di Khaii Estate, Janda Baik, Pahang
Lama dah tak bercuti dengan keluarga kecil kak ana. Kak long cadang nak bawa baby HNH main air sungai dan river picnic buat pertama kali lepas dah nak masuk usia 2 tahun. Kami pilih ke Janda Baik sebab tak lah hutan sangat kerana Janda Baik ni merupakan perkampungan .
Kami nak berkelah tenang-tenang sahaja sebab biasanya Janda Baik kalau hujung minggu di lokasi awam macam Riverside tu, memang terlalu sesak dengan pengunjung. Kak long search private river picnic dan dia pun berkenan untuk pilih Khaii Estate di Janda Baik.
![]() |
berkelah di Janda Baik, Pahang |
Khaii Estate, Janda Baik, Pahang
Alhamdulillah.. kami dapat booked satu set gazebo tepi sungai untuk day trip picnic sahaja di Khaii Estate Janda Baik. Ia memang ada slot untuk sewa gazebo cantik dan estetik di sini. Tak perlu menginap bermalam tetapi boleh sahaja reservation untuk datang day trip dan sewa gazebo lawa di tepi sungai sambil mandi manda.
![]() |
Khaii Estate, Janda Baik |
Memang tenang lah berkelah di sini, di sediakan gazebo dengan set kerusi meja yang sangat esthetic dan waktu pagi tu, hanya kami berlima sekeluarga sahaja yang ada berkelah di sini. Tenang sangat baby HNH main air sungai yang mengalir tenang, cuaca pun redup. Sangat heeling kata orang sekarang.
Untuk sewa gazebo atau wakaf lah kan di sertakan dengan pakej makanan dan minuman oleh pihak resort. Tidak di benarkan bawa makanan luar dari rumah tetapi di sini ada cafe yang kita boleh sahaja order menu dan mereka akan hantar ke gazebo untuk makan.
Harga sewa bergantung pada set makanan yang kita pilih. Set di hidangkan dalam tiffin dan di hantar ke gazebo. Menu makanan ringan sahaja lah. Tapi kami add on juga nasi lemak dari cafe.
Khaii Estate, Janda Baik, juga ada 3 unit bilik untuk yang nak menginap di sini. Bilik-bilik dinding kaca menghadap sungai dalam suasana landskap yang tenang dan indah menghijau. Khaii Estate adalah pemilik muslim jadi tak risau dah bab menu makanan yang di tawarkan di sini.
Kemudahan asas seperti tandas dan surau sangat bersih , Alhamdulillah. Terjaga lah sebab ia bukan kawasan awam. Pengunjung perlu buat tempahan sebelum datang untuk berkelah mengikut slot yang ada.
Satu hari di sediakan 3 slot kalau tak silap kak ana, setiap slot dalam 3 jam sahaja . Kami ambil slot awal pagi dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari. Sedang elok lah kan, cuaca masih dingin air sungai pun sejuk dan habis slot kami keluar lah untuk cari makan tengahari pula.
Khaii Estate ni lokasinya bertentangan dengan Sugeh Resort Dato' Aliff Syukri tu. Kiranya ia berkongsi anak sungai yang mengalir tu. Seberang sini Khaii Estate dan seberang sana Sugeh. Pagi tu Sugeh pun tak ramai sangat orang jadi suasana sangat tenang dan privacy.
Kak ana belanja pemandangan sekitar Khaii Estate, Janda Baik nih. Manalah tahu ada yang bercadang nak berkelah picnic by the river dalam suasana yang rileks dan santai kan.. Bawa diri dan baju mandi sahaja kerana gazebo , kerusi dan makanan semua ada di sini dah.
Gambar ni kak ana ambil dari sebelah sungai Khaii Estate dan rumah di hadapan tu adalah Sugeh Resort. Itu yang kak ana maksudkan berkongsi sungai. Agak baik kerana unit gazebo yang kami dapat adalah di sebelah jambatan yang tak berhadapan dengan Sugeh, ianya sangat privacy untuk kami sekeluarga sahaja boleh mandi di sungai.
Gambar di atas adalah surau dan di bawah ni pula tandas dan tempat mandi serta salin baju. Untuk unit bilik ada tandas dalam unit masing-masing. Ini untuk pengunjung daytrip macam kami sahaja atau pelanggan cafe. Tandas pun esthetic kan..
Puas hati sangat untuk perkelahan di tepi sungai yang private dan tenang di Khaii Estate, Janda Baik. Bawa diri sahaja dan makanan serta tempat berkelah di sediakan di sini. Pengalaman pertama cucu kak ana , HNH bermain dan mandi sungai dan dia amatlah seronok.
Kak ana macam selalu lah, dah siap berkelah nak balik, kak ana kemas tiffin dan peralatan yang depa berikan . Senang hati tinggalkan bersih kerana kita maii tadi pun dalam suasana yang bersih dan kemas.
Staff kat sini pun baik-baik semuanya. Kita order makanan depa mai hantar ke gazebo . Untuk tempahan dan pertanyaan korang boleh lah ke Instagram, FB atau Tiktok Khaii Estate, Janda Baik. Kak long yang buat tempahan melalui whatsapp yang ada di link Instagram mereka. Semoga bermanfaat.
16 Comments
baru linda nak cakp, lawa nya bekas makanan kak Ana...
ReplyDeleterupanya, dari pengusaha...memang lawa betul...boleh juga lah tengok2 nanti...kot ada rezeki nak pergi nanti
Mmg style kita mak² kot Kak Ana, lepas makan mesti nak berkemas. Sy kalau gi kedai makan pun camtu la juga :)
ReplyDeleteSeronoklah tempat privacy gini. Nak² bawa cucu kecil kan, senang nak monitor
Wahhh..Best ni...Bleh masuk dlm wishlist =D
ReplyDeletewarghhhh best nyaaaaa
ReplyDeleterasa nak berendam je dlm air tuuuu
dah laa kat sini tgh panas membahang
hehehe
tang dapat facilities semua tu best, tapi part tak boleh bawa makanan sendiri tu yg tak best sangat
ReplyDeleteCantiknya Kak Ana tempat ni. Mudahlah kalau dia sediakan pakej makan minum sekali, tak perlu kita nak susah payah masak dan bawa bekalan dari rumah. Bestnya kalau dapat ke sini, sy sekali aje pernah ke Janda Baik ni.
ReplyDeleteCantik ...bersih tempat ni...view pun menarik...
ReplyDeletenyamannya di sini alam indah selesa bercuti santai dgn famili
ReplyDeleteCantik sangat tempat ni kak... bila tak ramai orang tenang sangat.
ReplyDeleteCantiknya tempat ni. Seronok mandi manda kalau tak ramai orang.
ReplyDeleteOkeh! Uncle bookmark tempat ni!
ReplyDeletemenarik la tempat ni! i dh masukkan dlm my wishlist heheh kami selalu gi janda baik tp tak pernah lagi overnite or picnic sewa gazebo gini
ReplyDeleteCantiknya tempat ni. Rasa teringin lah pulak nak menginap di sini. Syok juga dapat berkelah tepi sungai. Dapat juga berendam main air sungai sejuk.
ReplyDeletekak ana, cantiknyaaaaa tempat......presentation makanan pun cantik
ReplyDeleteCantiknya tempat ni! Tak jauh sangat dari KL dan kemudahan pun lengkap. Nak usha la utk birthday staycation suami tahun depan 😊
ReplyDeleteJika begini gaya berkelahnya, kita suka sangat. Semua mudah belaka tempat pun wow ya! Jap masuk wishlist, nak perginya belum tahu lagi.
ReplyDelete