Boleh dikatakan tiap kali balik kampung halaman kak ana di Teluk Intan, sekiranya kami bertolak awal pagi dari kediaman, suami akan ajak singgah sarapan di Gerai Nasi Lemak Haji Din di Tanjung Malim.

 Memang kesukaan kami sekeluarga makan nasi lemak Haji Din ni sejak dari gerai lamanya bersebelahan kampus UPSI sampailah sekarang dah berpindah ke depan sikit di food court berhadapan stesen KTM Tanjung Malim


nasi lemak Haji Din, Tanjung Malim


Nasi lemak Haji Din ni beza yang jadi tarikan kami sekeluarga adalah sambal nya. Sambal nasi lemak Haji Din tak ada ikan bilis sangat tetapi lebih banyak bawang dan kak ana rasa menggunakan bawang holland sebab memang sedap manis pedas sahaja.

Cili pun tak pedas sangat rasa macam ala-ala makan sambal bersos cili manis-manis bawang gitu. Kalau set nasi lemaknya diberikan juga ulam timun, kacang panjang tumis dan sebiji telur mata kerbau. Itulah trademark nasi lemak Haji Din. 

Nasi lemak Haji Din, Tanjung Malim 


Sekarang ni dah ada pelbagai lauk pauk yang boleh di makan bersama nasi lemak. Ada rendang kerang, paru sambal, sambal sotong dan sebagainya. Tapi kalau kak ana singgah makan di sini sama dengan Kika , kami akan ambil rendang kerang. 

Rasa rendang kerangnya sama macam masakan mak-mak kita di kampung. Secukup rasa tak pedas dan isi kerang pun bulat-bulat segar. Untuk personal review kak ana, rendang kerang Haji Din seolah sama seperti resepi arwah mak kak ana, itu yang membuat kan kak ana akan singgah dan makan di sini jika ada kesempatan. 

Ramai pelanggan di gerai ni dan sering kak ana nampak pelanggan kaum Cina suka makan nasi lemak Haji Din. Dari anak-anak sekolah hinggalah sekali tu kak ana nampak satu keluarga Cina makan dan bungkus pula nasi lemak di sini.

Tapi kebelakangan ni , tiap kali singgah, kami dah lama tak nampak Haji Din di gerainya. Satu hari nanti nak tanya juga pada staff , sihat kah Tuan Haji Din ? Apapun semoga perniagaan nasi lemak Haji Din akan terus berkembang dengan jaya, di murahkanNya rezeki , aamiin.. 

Kalau korang berada di sekitar pekan Tanjung Malim , boleh lah waze ke nasi lemak Haji Din yang terletak di food court berhadapan stesen KTM


7 Comments

  1. Sedapnya nasi lemak n8 Kak Ana

    ReplyDelete
  2. Tenguk sambal dia je dah tahu mesti sedap. Nasi lemak kalau nasi dia wangi dan sambal dia sedap memang semua suka lah

    ReplyDelete
  3. sedap tu rendang kerang...jrg sgt org jual menu ni

    ReplyDelete
  4. Sa tengok dari gambar pun tau dan memang sedap...

    ReplyDelete
  5. Wah... Ada nasi lemak yang sedap ni rupanya di tanjung Malim. Kita kalau ke sana Kedai Pau Yik Mun je yang selalu kita singgah.

    ReplyDelete
  6. Susah nak cari rendang kerang yang sedap!

    ReplyDelete