Rendang kerang nasi lemak Haji Din, Tanjung Malim
Boleh dikatakan tiap kali balik kampung halaman kak ana di Teluk Intan, sekiranya kami bertolak awal pagi dari kediaman, suami akan ajak singgah sarapan di Gerai Nasi Lemak Haji Din di Tanjung Malim.
Memang kesukaan kami sekeluarga makan nasi lemak Haji Din ni sejak dari gerai lamanya bersebelahan kampus UPSI sampailah sekarang dah berpindah ke depan sikit di food court berhadapan stesen KTM Tanjung Malim.
Nasi lemak Haji Din ni beza yang jadi tarikan kami sekeluarga adalah sambal nya. Sambal nasi lemak Haji Din tak ada ikan bilis sangat tetapi lebih banyak bawang dan kak ana rasa menggunakan bawang holland sebab memang sedap manis pedas sahaja.
Cili pun tak pedas sangat rasa macam ala-ala makan sambal bersos cili manis-manis bawang gitu. Kalau set nasi lemaknya diberikan juga ulam timun, kacang panjang tumis dan sebiji telur mata kerbau. Itulah trademark nasi lemak Haji Din.
Nasi lemak Haji Din, Tanjung Malim
Sekarang ni dah ada pelbagai lauk pauk yang boleh di makan bersama nasi lemak. Ada rendang kerang, paru sambal, sambal sotong dan sebagainya. Tapi kalau kak ana singgah makan di sini sama dengan Kika , kami akan ambil rendang kerang.
Rasa rendang kerangnya sama macam masakan mak-mak kita di kampung. Secukup rasa tak pedas dan isi kerang pun bulat-bulat segar. Untuk personal review kak ana, rendang kerang Haji Din seolah sama seperti resepi arwah mak kak ana, itu yang membuat kan kak ana akan singgah dan makan di sini jika ada kesempatan.
Ramai pelanggan di gerai ni dan sering kak ana nampak pelanggan kaum Cina suka makan nasi lemak Haji Din. Dari anak-anak sekolah hinggalah sekali tu kak ana nampak satu keluarga Cina makan dan bungkus pula nasi lemak di sini.
Tapi kebelakangan ni , tiap kali singgah, kami dah lama tak nampak Haji Din di gerainya. Satu hari nanti nak tanya juga pada staff , sihat kah Tuan Haji Din ? Apapun semoga perniagaan nasi lemak Haji Din akan terus berkembang dengan jaya, di murahkanNya rezeki , aamiin..
Kalau korang berada di sekitar pekan Tanjung Malim , boleh lah waze ke nasi lemak Haji Din yang terletak di food court berhadapan stesen KTM
20 Comments
Sedapnya nasi lemak n8 Kak Ana
ReplyDeletenasi lemak ni...
DeleteTenguk sambal dia je dah tahu mesti sedap. Nasi lemak kalau nasi dia wangi dan sambal dia sedap memang semua suka lah
ReplyDeletesedap tu rendang kerang...jrg sgt org jual menu ni
ReplyDeleteSa tengok dari gambar pun tau dan memang sedap...
ReplyDeleteWah... Ada nasi lemak yang sedap ni rupanya di tanjung Malim. Kita kalau ke sana Kedai Pau Yik Mun je yang selalu kita singgah.
ReplyDeleteSusah nak cari rendang kerang yang sedap!
ReplyDeleteKalau sedap dan bersih, pasti ramai yang datang semula.
ReplyDeleteSedapnya nasi lemak tu. Kak Ana nanti jemput tengok pengumuman pemenang GA Cie Kak Ana belum claim 😅
ReplyDeleteTengok rupa pun tahu sedap nasi lemaknya. Kira nasi lemak legend pilihan ramailah ni. Dapat pula sambal kerang segar, lagi lah sedap. Betullah tu, masakan air tangan orang lama-lama ni mengingatkan kita pada masakan mak-mak kita di kampung.
ReplyDeletesedapnya pulak tengok ke sambal dia,
ReplyDeletedah la fevorite. nasi lemak ni kalau buat memang satu hari makan tu je hiii
Tengok gambar pun tau sedap ni Kak Ana... Airtangan orang tua² agaknya; tak kedekut bahan, tak express itu yg jadi lebih sedap tu
ReplyDeleteSedap nasi lemak kerang ni. Lama juga tak makan lauk kerang kalau makan nasi lemak.
ReplyDeletewah sedap tu nasi lemak dgn pelbagai lauk tradisi boleh pilih
ReplyDeleterendang kerang ni fav my hubby
ReplyDeletesedap. naik utara nanti kami cari.
ReplyDeletelaa ni ada ke service komuter ke Tanjung malim? setau sy skrg smpi batu caves je. kalau ada nak juga sy naik komuter smpi sn dan lps tu mkn nasi lemak ni ;-)
ReplyDeletekakak ipar ammi pun kalau buat sambal nasi lemak mmg versi sambal bawang..
ReplyDeleteSemoga haji din tetap sehat. Atau bisa jadi dah pensiun dan menyerahkan urusan perniagaan nya ke orang terpercaya beliau kak ..
ReplyDeleteIsssh, kebayang nasi lemak jadinya saya 🤣. Rinduuu makan ini
Mesti sedap ni sampai bangsa lain pun datang makan nasi lemak kat sini. Yang kak ana ambik ni rendang kerang ke sambal kerang? Agak merah jugak warnanya kalau rendang ye.
ReplyDelete