Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari bak kata pepatah lama. Zaman laa nih tak ramai menggunakan pepatah kata dah kan. Zaman berubah, tak pe kita yang masih klassik atau old school ni masih lagi nak gunakannya dalam penulisan kak ana. 

Kisah kali ni, kak ana nak berkongsi lah pengalaman menebus atau redeem Sumbangan Asas Rahmah melalui inisiatif My Kasih yang diberikan oleh kerajaan bernilai RM100 di dalam IC untuk semua warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Sebelum ni isi rumah kak ana tidak pernah layak menerima apa-apa inisiatif kerajaan Madani ni,  tapi tak apa lah, ada insan yang lebih memerlukannya. Rezeki depa lah kan. 


tebus My Kasih RM100
tebus My Kasih RM100 


Kali ni semua warga negara berusia 18 tahun ke atas layak untuk menerima My Kasih. Dalam rumah kak ana, ada 3 IC yang layaklah dan kalau kumpul nilai RM300. Cuma ia tidak boleh di gabungkan dan satu IC boleh tebus untuk RM100 sahaja. 

Jadi, kak ana plan nak gunakan di 3 pasaraya berbeza untuk 3 IC pada tarikh berlainan juga . Haha! Dapatlah aneka produk untuk nilai RM100 tu nanti kan. 

Tebus My Kasih RM100 

Terlebih dahulu, kak ana dan Adik Ika download apps My Kasih sebab nak scan produk yang layak atau tidak. Sampai kaunter tak de lah kena reject produk dan menyusahkan staff pasaraya pula nanti, kan. 



Tebus My Kasih RM100

Untuk Ic pertama kak ana redeem dari IC suami. Kami ke pasaraya Star Grocer yang baru di buka di Gamuda Garden. Terkial-kial lah scan satu-satu produk yang eligible atau tak . Kena pula kat area Star Grocer ni tak ada coverage  internet sangat, banyak lah produk yang kami nak tak dapat scan status eligible nya. 

Akhirnya dapatlah beberapa produk dengan nilai RM94 lebih kurang. Antaranya dalam gambar atas tu sabun basuh , sabun mandian bayi, gula halus 2 kg, minyak masak 2 kg . Indocafe, santan Harmony 6 paket, telur 30 biji dan teh halia sekotak. 


tebus My Kasih RM100

Untuk penebusan IC kedua guna IC Adik Ika, beberapa minggu kemudian, kak ana ke Star Grocer di Bandar Tasik Puteri. Kali ni lebih berbaloi sebab senang dapat produk yang di kehendaki kerana mudah scan sahaja di mana-mana area dalam pasaraya. 

Antara yang kami tebus adalah minyak masak Saji 4 kg, pasta Kimball , Sos Prego , sardin Ayam Brand, tepung Bestari, santan Kara kecil 6 pek , Kewpie Roasted Sesame , Kewpie Mayonnaise , sos cili Jalen, sos Thai , susu UHT Marigold 3 pek dan ubat gigi berkembar 2 pek serta air mineral sebab Adik Ika kehausan . Total semua RM101 jadi kami kena tambah RM1 sahaja dengan bayaran tunai. Makanan kucing tu tak valid jadi kena bayar asing awal-awal. 



tebus My Kasih RM100

Dan beberapa hari lepas, kak ana dan suami tebus lah melalui IC kak ana di pasaraya Lotus. Ini pun agak berbaloi kerana kami dapat tebus beras Faiza 10 kg, pelembut fabrik, kordial Sunquick saiz kecil, gula perang 1 kg, gula pasir 1 kg, santan Kara kecil 3 pek, serbuk koko Lotus saiz kecil , susu pekat manis, susu cair, chicken soup Campbells, sos pasta Prego, minyak masak Saji 2 kg , tuna TC Boy dan teh uncang 20 pek .

Total berjumlah RM96 lebih kurang ada baki RM4 dalam IC kak ana lagi. Nantilah boleh guna di Speedmart sebelum 31hb Disember 2025 nanti, In Syaa Allah. 

Berbaloi kalau bijak memilih produk. Kak ana pii pada tarikh bukan awal bulan untuk mengelakkan kesesakan di kaunter. Kita berilah peluang dan ruang untuk mereka yang benar-benar memerlukan untuk tebus awal bulan kerana selalunya memang ramai dan sesak di kaunter bayaran. 

Lagipun depa dapat inisiatif ni setiap bulan kan. Kita yang kira dapat bonus ni boleh je beralah dahulu. Cuma itu lah dalam pemilihan produk pun kak ana berhati-hati sangat untuk tidak mengambil produk yang harus di 'pulau' kan. 

Namun ada pasaraya tu tak ada pilihan alternatif dan kita memang nak menggunakannya, terpaksa lah ambil juga satu dua jenama. Apapun selagi ada pilihan kita elak lah kan. Terima kasih pada kerajaan belanja kami RM300 bahan dapur kering. Korang dah tebus , belum ??? 




 

4 Comments

  1. wah banyak borong groceries tu kak beli susu n biskut ja

    ReplyDelete
  2. Rezeki dapat berbelanja guna duit kerajaan bagi kan.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki utk semua 🤲🏻

    ReplyDelete
  4. Wah! Banyak juga hasil tangkapan tu!

    ReplyDelete