Jeruk buah binjai
Sambung dari kisah udang geragau kak ana dari entri yang lepas, satu lagi yang jiran kak ana , Zura bawa dari kampungnya di Rembau, adalah jeruk buah binjai. Sebekas jeruk binjai dan sebiji buah binjai masak.
Memang rare kan, buah binjai dah makin kian di lupakan masa kini. Sayangnya tak ada pula kak ana ambil gambar buah binjai masak tu. Sekadar gambar jeruknya sahaja.
![]() |
| Jeruk buah binjai |
Inilah kisah makanan dulu-dulu yang makin lama makin tidak lagi di kenali anak-anak zaman sekarang. Zaman kami dahulu tidak banyak pilihan makanan yang ada. Apa yang ada di keliling rumah , pokok-pokok yang di tanam keliling rumah itu lah yang jadi santapan dan kudapan, selalunya.
Membesar sebagai anak kampung, hidup dengan alam di sekeliling. Jarang dapat makan buah-buah import seperti anggur, epal dan sebagainya. Ada sahaja di jual di pasar segar tapi harganya agak mahal lah kan.
Kalau hari gaji barulah keluar ikut mak ke pasar berbelanja dapatlah beli serba sedikit. Selebihnya kami makan buah-buah yang ada di keliling rumah dan kampung sahajalah. Itupun ikut musim , bila musim berbuah barulah dapat merasa.
Jeruk buah binjai
Buah binjai antaranya lah yang ada di kampung halaman kak ana di Teluk Intan, dahulu. Buahnya masam ya amat. Menusuk kalbu lah kalau nak makan mentah begitu sahaja. Selalunya arwah mak kak ana akan buat sambal belacan masukkanlah buah binjai ni di hiris halus dan di lenyet bersama sambal.
![]() |
| Jeruk buah binjai |
Kalau nak makan macam tu je, kenalah di jadikan jeruk macam ni terlebih dahulu baru boleh nak makan. Buah binjai di jeruk dengan air gula dan sedikit garam, peram lah sehari dua baru boleh makan. Rasanya masih masam tetapi sedap lah kan berbanding makan mentah begitu.
Buah binjai ni ada aromanya yang tersendiri juga. Bauan yang nak kata harum pun tak juga tapi adalah aromanya yang tersendiri. Payah pula kak ana nak gambarkan :)
Kak ana kalau dapat makan buah binjai jeruk macam ni, buh dalam peti sejuk kemudian kak ana buat sebagai kordial bancuh dengan air tambah sikit lagi gula, memang paduuu! Dah memang kaki makan jeruk macam kak ana ni, segala jeruk memang sedap lah kan. Akibatnya gastric pun menyapa .. tapi tak pernah serik, makan ubat lega lah ia... :)


4 Comments
SA x boleh tahan baunya kak, arwah mak pernah buat sambal belacan binjai....sedap gak...SA x pernah makan yang dijeruk
ReplyDeleteKalau tak boleh nak gambarkan susah lah uncle nak bayangkan... hehehe
ReplyDeleteBuah rare yang jarang2 ada.
ReplyDeletetahu buah binjai tapi tak pernah rasa..
ReplyDelete