Agak lama kak ana ambil masa untuk menulis entri yang terlalu penuh dengan emosi kegembiraan ini. Kak ana seorang hambaNya yang tak pernah memiliki passport , tak pernah menaiki kapal terbang malah tak pernah ke luar negara sehinggalah pada usia 50-an ini. Terciptanya sebuah coretan memori terindah seorang hambaNya yang mana pertama kali di rezekikanNya sampai ke tanah haram Madinah Al Munawarah dan Mekah Al Muqaramah.
Tak selayak nya kak ana nak menulis tentang travel kerana kak ana bukanlah seorang traveler blogger atau vloger. Namun menulis juga dari coretan pengalaman yang tak mungkin kak ana lupakan sehingga lah bertemu semula di syurgaNya nanti. Terlalu indah hadiah dari Mu Ya Allah !

Tips persediaan perjalanan umrah
Bermula langkah pertama yang kak ana lakukan adalah ke pejabat Andalusia cawangan Rawang bersama suami pada 6hb Oktober 2026 . Walaupun boleh sahaja urusan begini di lakukan secara online tapi old school macam kak ana ni takut sangat dengan penipuan dan scammer , kerana banyak kejadian tertipu untuk mereka yang ingin mengerjakan ibadah umrah.
Kami memang dah lama berniat untuk menunaikan umrah bila dah ada wang yang mencukupi dan selesai semua yang harus di dahulukan . Jadi dengan pergi sendiri ke pejabat Andalusia lebih menyakinkan.
Kak ana pilih Travel Agen Andalusia kerana adik kak ana sekeluarga baru sahaja mengerjakan umrah pada bulan September 2025 yang lepas bersama Andalusia dan review sangatlah menggembirakan. Terdapatt beberapa tawaran pakej yang di sediakan dan akhirnya kami bersetuju ke berangkat pada 4hb February 2026 yang mana pada waktu itu adalah musim sejuk di tanah haram.
Pada 10hb Ocktober 2025 , kami membayar wang deposit sebanyak RM300 seorang untuk booking tarikh pakej yang kami pilih. Kami akan berangkat bertiga , suami , kak ana dan Adik Ika. Jadi deposit yang di dahulukan adalah sebanyak RM900 .
Kami perlu menjelaskan bayaran penuh sama ada secara ansuran atau sekali bayaran 45 hari sebelum tarikh berangkat. Kak ana sertakan di bawah ini pakej yang kami ambil sebagai kenangan indah dan mungkin boleh menjadi panduan mereka yang bakal menjadi tetamu Allah swt .
* PAKEJ UMRAH SEDERHANA 1447H ANDALUSIA *
*4 FEB-15 FEB 2026*
*12 Hari 10 Malam*
Penerbangan: *Saudi Airlines*
Pergi: *Kuala Lumpur ▶️Madinah*
Balik: *Jeddah▶️Kuala Lumpur (Tertakluk kepada perubahan airlines)*
*Hotel Mekah*: Olayan Al Haram/ Malak Agyad (-+350meter-450meter) @setaraf
*Madina*: Hayah Plaza/ Hayah Golden (180m-315m) @ setaraf
Jenis: Fullboard
Visa: Umrah
Harga bilik ber-3: RM8,290 ( Harga pakej berbeza mengikut bilik dan jarak hotel )
Selepas selesai mendapatkan pakej umrah, langkah awal yang kami lakukan adalah proses untuk mendapatkan passport . Hanya kak ana seorang yang tidak pernah memiliki passport perjalanan, suami pernah ada tetapi telah habis tempoh masa dan perlu renew sahaja dan Adik Ika masih aktif passport perjalanan nya.
Permohonan passport di UTC
Kami bercadang untuk membuat permohonan passport di UTC Sentul sahaja kerana ia di buka pada hari cuti mudah tak perlu nak ambil cuti malahan passport siap dalam masa 1 jam sahaja. Cabaran untuk mendapatkan nombor giliran di Jabatan Imigresen UTC ni adalah melalui aplikasi QMS .
Seawal jam 5.30 pagi kita perlu bersedia dengan telefon untuk battle dapat nombor giliran kerana selalunya di buka jam 6 pagi dan masuk jam 6.01 pagi nombor dah habis di rebut khasnya untuk hujung minggu. Nombor perlu di ambil pada hari yang kita hendak pergi sahaja.
Alhamdulillah subuh 19hb Oktober 2025, kak ana berjaya mendapat dua nombor giliran untuk kak ana dan suami. Perlu menggunakan 2 telefon kerana satu phone untuk satu apps dan nombor giliran sahaja. Satu nombor pula untuk seorang pemohon kecuali membawa anak yang berumur 12 tahun ke bawah boleh di bawah satu nombor giliran. Gituew...
Kami ke UTC Sentul seperti yang di pilih melalui apps kerana UTC Keramat yang biasa kami berurusan tidak beroperasi pada tarikh tersebut. Sampai seawal jam 8.15 pagi dan selesai urusan sekitar jam 12 tengahari kerana ada gangguan tergendela sistem serta nombor kami sebenarnya jauh ke belakang bilangannya.
Jumlah bayaran untuk dua keping passport kami adalah sebanyak RM400 iaitu RM200 seorang kerana suami tak boleh renew dan perlu permohonan baru. Syukur selesai satu urusan penting untuk orang seperti kak ana yang belum memiliki passport.
9hb Disember 2025, Alhamdulillah kami menyelesaikan bayaran penuh pakej umrah untuk bertiga. Bayaran di buat secara online dan wakil agen Andalusia kami Puan Ain menghantar resit rasmi bayaran dan segala urusan dan pertanyaan adalah melalui beliau. Puan Ain sangat cepat repond di whatsapps dan banyak membantu pelbagai pertanyaan kami sehinggalah hari penerbangan. Terima kasih sangat.
Selepas bayaran penuh di selesaikan kami di minta ke Pejabat Andalusia Rawang untuk mengambil luggage dan beberapa hadiah . Kami menerima sebuah luggage besar di dalamnya sebuah beg sandang dan beg kasut, sebuah luggage handcarry , sekotak sejadah Raudhah Saudi , sekotak kurma Ajwa Madinah dan buku-buku panduan umrah setiap seorang.
Kak ana ke pejabat Andalusia bersama Adik Ika berdua sahaja untuk mengambil barang-barang ni. Waktu tu terasa sangat gembira dan tak sabar dah rasanya untuk membuat persiapan seterus menanti hari penerbangan...
Panjang sangat dan banyak lagi yang kak ana nak kongsikan di sini. Sambil menaip sambil tersenyum mengikatkan kembali perjalanan persediaan umrah kami ini. In Syaa Allah kak ana akan sambung di bahagian kedua sedikit masa lagi.. Semoga perkongsian ini akan membawa manfaat kepada mereka yang mencari info persediaa sebelum menunaikan umrah..
3 Comments
Alhamdulillah rezeki sungguh kak :)
ReplyDeleteAlhamdulillah dipermudahkan segala urusan.. nak renew atau buat passport skrg ni byk guna online dah..
ReplyDeleteMenarik cerita ini...walaupun panjang saya baca habis tau !, maklum saja belum lagi buat umrah...passport pun belum ada
ReplyDelete