Ini kali kedua kak ana singgah makan di restoran Rumah 36 Beriani Kambing, di Gamuda Garden . Kali pertama dahulu mencuba makan nasi beriani kambingnya, memang sedap dan padu. Hidangan sepinggan pun memang banyak, jenuh nak perabih. Kali ni kak ana try pula laksa Johor depa.
Yang agak unik yang kak ana nak share dengan ampa semua adalah menu yang Adik Ika makan tengahari tu. Budak diet ni tak nak makan nasi tapi dia pilih makan lempeng cicah beriani kambing. Sekali sampai , semangkuk besar dia punya beriani kambing dengan isinya..
 |
| lempeng cicah beriani kambing |
Restoran Rumah 36 Beriani Kambing, Gamuda Gardens
 |
| Restoran Rumah 36 Beriani Kambing, Gamuda Garden |
Berbaloi sungguh dengan harga menu untuk set ni RM17 . Cuma lempeng dia tak berapa garing tapi lembut lah. Kak ana lebih suka makan lempeng yang agak garing-garing. Kuah beriani kambing depa memang padu sangat. Terasa kepekatan rempah ratusnya dan isi daging kambing yang agak banyak untuk seorang makan. Kami makan bertiga pun masih kenyang, Alhamdulillah..
 |
| laksa Johor |
Hidangan laksa Johor kat Rumah 36 ni pun tak kurang banyak untuk makan seorang. Penuh mangkuk besar tu dan kuah laksa Johor sedap pada selera kak ana. Cukup rasa bahan dan rempah ratusnya serta ulamannya. Sambal belacan pun sesedap rasa. Kak ana tak ingat dan tak jumpa pula harga untuk menu laksa Johor kat sini.
 |
| beriani ayam masak merah |
Sebagai peminat ayam masak merah, kak ana puji sungguh masakan di Restoran Rumah 36 ni. Sedap sangat ayam masak merahnya seperti makan di rumah majlis kenduri kahwin. Kadang-kadang kita dapat menu ayam sambal tapi depa kata ayam masak merah.
Walhal, ayam sambal dan ayam masak merah ni dua menu yang berbezalah pada kak ana dari segi rasa. Ayam masak merah tak seharusnya terlalu pedas seperti sambal, ia ada masam manis sedikit kan, dari adunan rasa sos tomato dan sos cilinya.
Kat Restoran Rumah 36 ni, memang sedap ayam masak merah depa. Kak ana dah makan 2 kali menu ni sama sahaja rasanya. Makan dengan nasi beriani dan acar timun memang padu sangat rasa dan kenikmatanya, Masyaa Allah.. Harga set ni RM17.90 sahaja .
Kalau korang kebetulan singgah di Gamuda Luge bermain games kat sana, nak cari menu nasi beriani dan sebagainya carilah Restoran Rumah 36 di Gamuda Gardens tak jauh dari lokasi KL Luge Skyline tu.
2 Comments
Cantik pulak lempeng tu dilipat2 cam tu....
ReplyDeleteMakan kalau mahal dan sedap, mmg berbaloi la kan. boleh ulang lagi.
ReplyDelete