sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Jumaat, 16 November 2012

Dari kampung halamanku

Baru-baru ni ana balik kampung, almaklumlah musin durian kat sebelah utara tanahair kita ni... sepanjang perjalanan orang jual buah-buahan tempatan.Dari durian,rambutan,langsat,manggis dan lain-lain lagi..Memang bersyukur sangat bumi Allah ini dikurniakan tanah yang subur dan menghasilkan kepelbagaian hasil bumi.

Petang tu, lepas lepak-lepak makan durian dengan famili ana pun ronda-ronda kawasan keliling rumah kami... Cantik-cantiknya ciptaan Tuhan yang ana perhatikan disekeliling..kadang-kadang kita terlepas pandang apa yang ada di sekitar kita malah sibuk mencari keindahan yang jauh... jadi disini ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat ana rakamkan dari kawasan sekitar rumah kami...sambil memikirkan tiada satu pun yang Allah jadikan untuk sia-sia...sebagai hambanya cuba-cubalah kita renungkan kebesaranNya.....

Pokok rambutan gading yang banyak buah-buah masak ranum
Buah rambutan masak merah

Buah manggis masih muda lagi...
Buah duku langsat...
Pohon-pohon pisang dibelakang rumah
Pokok-pokok durian yang sedang berbuah
Pokok buah limau asam
pokok buah kedondong @ amra
Buah manggis yang masak ranum
Raja segala buah...Durian kampung..
Buah dan daun limau purut
Sekarang kita lihat-lihat pula keindahan bunga-bunga yang ada di sekitar rumah kami...walaupun sebenarnya masih banyak lagi yang tak dapat ana kongsikan disini keran tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya...satu lagi tanda kebesaran Ilahi....
Bunga Jenjarum @ Ixora merah
Bunga Jenjarum merah jambu @ pink
Bercerita kisah bunga Jenjarum ni..dulu-dulu ketika zaman kanak-kanak sering kali kami ambil satu dari kuntuman bunga ni dan menghisap madunya...manis!!! Al-maklumlah masa tu tak banyak aktiviti lain yang boleh dibuat....kisah dolu-dolu.....
Bunga Raya putih-pink
Bunga Balik-adap @ anthurium
Bunga halia bara @ alpinia purpurata
Bunga tapak kuda @ bauhinia kockiana
Bunga Alamanda
Sampai sini dahulu yang sempat ana kongsikan buat pengunjung Anajingga pada kali ini..Insyaallah jika dengan izinNya suatu ketika nanti ana kongsikan lagi khazanah alam dari kampung halamanku.....

14 ulasan:

  1. seronoknya tgk gmbr2 ni semua..

    BalasPadam
  2. salam... hai cantiknye kampung awak... rindu dok kampung...
    kat mane tu kampung awak yer....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaidi zaidan: biasa2 je kg saya di Teluk Intan,Perak..

      Padam
  3. assalamualaikum ana...seronoknya dok kg mcm2 ada bestnya...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam warahmatullah...terima kaseh maszull..balik sesekali mmg seronok...

      Padam
  4. Balasan
    1. tqvm...yang cantik dan sempurna itu dariNya jua..

      Padam
  5. Wah! tengok blog AnaJingga baru tahu kata dah musim buah kat M'sia. seronoknya! makan puas2 tau. kat sini musim sejuk Ana. :) Terima kasih singgah. :)

    BalasPadam
  6. jom pray for gaza =)

    http://noraqilahjohari.blogspot.com/2012/11/keep-pray-for-gaza.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noraqilah Johari: Semoga Allah swt Melindungi semua Umat Islam diserata dunia ini..Amin.

      Padam