sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Khamis, 6 Mac 2014

Kuih Tepung Pelita


Kuih Tepung Pelita
Semalam suami ana ada sebut kalau bukan bulan puasa susah nak makan tepung pelita, teringinlah agaknya.Memandangkan hari ini giliran Zon 1 dapat bekalan air, ana pun buatkan lah kuih tepung pelita untuk minum petang hari ini.Sedapkan di waktu cuaca panas ni sejuk tekak makan setelah disimpan di dalam peti ais.Di sini ana kongsikan resepi mudah untuk membuat kuih tepung pelita versi moden sebabnya ana tak pandai buat bekas daun pisangnya atau sampannya tu, jadi ana letakkan dalam bekas plastik kecil ni sahaja.

Resepi kuih tepung pelita

Lapisan bawah (hijau)

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
4 cawan air di campur 1 cawan air kisaran daun pandan
secubit garam

- Satukan semua bahan kacau perlahan di atas api sederhana hingga meletus-letus atau berkilat pekat warnanya.Tuangkan ke dalam bekas dan taburkan sedikit gula.Sejukkan seketika.

Lapisan atas (santan)

4 cawan santan pekat
4 sudu besar tepung beras
garam secubit

- Sama juga satukan dan didihkan di atas api perlahan dan jangan berhenti mengacau hingga masak pekat sedikit.Tuangkan atas lapisan hijau tadi ke dalam bekas dan sejukkan.

~Selamat Mencuba~


24 ulasan:

  1. kuih pelita kalau dalam daun pandan lagi sedap kan x'D wangi ja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nur Shafiq: yang dalam daun pandan tu kuih tako,kuih pelita dalam daun pisang tu cuma kak ana tak pandai nak buat sampannya..

      Padam
  2. Assalamualaikum kak ana, wahh teringin sheila nak cuba. hehe. thanks kak ana kongsi resepi kuih muih ni ~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Sheila, ok nanti ada masa sheila buat ye..

      Padam
  3. time bulan puasa, memang banyak jual.
    simpan dalam peti makan time sahur..sedappp :)

    BalasPadam
  4. em terliur. kuih favourite time puasa ni :)

    BalasPadam
  5. omgeee~ ni antara kuih feveret ni. susah sangat nak jumpa kalau bukan bulan puasa. suka makan putih dia je sebab masin :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha Izzaty Zaty macam anak kak ana suka yang santannya..

      Padam
  6. My Fav ... Selalunya chegu beli di pasar malam, harap takda bakteria salmonela

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada ye chegu kat pasar malam, kat sini tak ada jual di pasar malam selalunya bazar Ramadan..

      Padam
  7. Sedapnyaa Ana, kuih favourite ni...terliur dah ni...;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Linda cuti nanti try buat kay..kut2 selera lepas tak sihat hari tu..

      Padam
  8. kalau bukan bulan puasa mmg susah nak dapat kuih ni...buat sendiri lebih puas hati,kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sangat Kamsiah: bila buat sendiri puas makan bersama keluarga.

      Padam
  9. wahhh..besh ni...lg besh kalau bungkus ngn daun pisang...masyukkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah nanti kak ana training buat sampan daun pisang tu ye..masyuk perut jelah dik Tiqi..hehe

      Padam
  10. macam best je, macam best je xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe best sedap lah farah hihi :)

      Padam