sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 3 Jun 2014

Resepi Cheese Cake Leleh


Cheese Cake Leleh

Resepi cheese cake leleh

Sebelum anak ana mendaftar ke IPTA tempoh hari, kak long ada 'request' nak makan cheese cake leleh ni.Mendapat resepi dari sepupu ana, Intan , yang memang menjalankan bisnes cheese cake leleh ni, ana dan adik Ika berjaya juga dengan IzinNya menghasilkan cheese cake leleh buat kak long.Dikesempatan ini ana kongsikan pula resepi mudah untuk membuat kek yang menjadi kesukaan ramai masa kini.

Bahan-bahan kek sponge:

250 g sponge mix 
4 biji telur Gred A
1 sudu kecil ovalette
50ml air
50ml minyak masak
'filling' mengikut pilihan samada strawberry,blueberries dan lain-lain.

Cara-cara:

Pukul telur hingga putih gebu , lebih kurang 10 minit.
Masukkan ovalette, pukul lagi 5 minit.
Masukkan tepung sponge berselang seli dengan air,teruskan mix lagi 5 minit.
Akhir sekali masukkan minyak dan teruskan mix sehingga 10 minit.Proses mixing atau pukulan ini mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk menghasilkan kek sponge yang gebu dan lembut.


Adunan sponge kek


Sementara proses ini berjalan bolehlah panaskan oven terlebih dahulu.
Sapukan loyang dengan marjerin dan alaskan  dengan 'baking paper' .
Bakar dalam suhu 150c sehingga masak .Lebih kurang 45-50 minit.


Kek Sponge yang siap dibakar

Apabila masak,tarik keluar 'baking paper' dan terbalikkan , buangkan lapisan atas kek yang garing supaya topping cheese leleh mudah melekat pada kek.Bahagikan kek kepada dua bahagian atau belah dua kek melintang dan sapukan 'filling' mengikut pilihan.Ana gunakan 'filling' blueberries.


Bahan-bahan 'topping' cheese leleh:

Bahan-bahan topping cheese cake leleh


1/2 peket krim cheese (1 peket tatura seberat 250g,gunakan separuh)
1/2 cawan whip cream
1/4 tin susu pekat (ana kurangkan ikut kemanisan rasa yang dikehendaki)
1/2 cawan susu segar (sekirannya ingin menambahkan kecairan topping)

- satukan semua bahan diatas dan 'mix' seketika hingga gebu dan sebati (lebih kurang 3 minit)
- tuang ke atas kek yang  telah diisi 'filling'nya.Parutkan cheddar cheese ke atas lapisan 'topping' sebagai hiasan atau untuk menambahkan lagi rasa cheesenya.

cheese cake leleh


~berkongsi resepi disini~


37 ulasan:

  1. wow masak sendiri ka?
    kalau nak beli pun biasanya untuk cheese cake agak mahal

    BalasPadam
    Balasan
    1. masak sendiri aRz, puas makan dengan anak-anak..hehe

      Padam
  2. Dah lama sy xbuat kek cheese...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ni kak ana 1st time buat Mimi

      Padam
  3. sedapnya..CP kena berguru dengan kak Ana la macam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan CP, try buat yang ni pula dengan mak kan..sebiji depa buat belah 4, satu bahagian dijual RM10, lumayan ni..

      Padam
  4. sedapnya. saya ni dahla gila cheese. melting tengok resepi tu :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa lagi Izzaty, jom buat pastu makan puas2..hehe

      Padam
  5. Lama dh duk berangn nk buat neh..lusa cuti....mak ada kt umah....boleh buatkn utk mak ni nmpknyee....tliuqnyee tgokkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok Sya sayang, nanti dah buat update kay..kak ana tunggu niii..hehe

      Padam
  6. nak kena berguru dengan kak ana la masak kek nie.. memang meleleh..hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anizz..salin resepi kat atas pastu buat kay dear..hehe makan puas2..hehe

      Padam
  7. YaAllah Kak..sedapnya...pos lah skit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok jap lagi poslaju anta kat Fuza..hihi

      Padam
  8. sedapnya..suki yg meleleh ni..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. jom try buat Suki...kasi leleh banyak2..hehe

      Padam
  9. cheese leleh, air liur pun leleh, aaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Lisa..cepat2 lap meleleh dah tu..hihi

      Padam
  10. aduhh...sedapnyaaa...sy pon lapar ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesiannya adik Thiqi kelaparan, jauh sangat kak ana nak poskan..hihi

      Padam
  11. sedapnya kak ana..
    rasanya nanti nak rasa le buat dg akak..
    kalau buat sorg komporm x jadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..boleh tu sobri,buat pelan2,step by step..

      Padam
  12. tgk pon dh leleh ailio...klau mkn cmna la gamaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. zai, kalau makan kenyang le..hehe tapi kak ana tak leh nak makan banyak cepat mual rasa cheese ni, buat untuk anak2..

      Padam
  13. Balasan
    1. sedap bagi penggemar cheese Danee

      Padam
  14. wah......sedapnye..post kat nani sikit leh?

    BalasPadam
  15. Nrl ada sekali buat cheese cake leleh ni... sedappp kek ni... haritu buat perisa strawberry...

    BalasPadam
  16. wah..sedapnya..pandai buat kek, boleh bisnes pulak lepas ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. saja saja kongsi resepi my dear..

      Padam
  17. WAH MEMANG MELELH LA KAK ANA

    BalasPadam
    Balasan
    1. KG bila dah buat sendiri ni leleh lah sebanyak mana pun kan haha :)

      Padam