sweetmuslimah

klikjer

LAZADA



Selasa, 22 Julai 2014

Berniaga Bukan Sekadar Wang




Sepanjang Ramadan ini merupakan bulan rezeki bagi peniaga-peniaga.Tidak kiralah di bazar-bazar,berniaga pakaian, kuih muih dan sebagainya.Boleh dikatakan mencurah-curah rezeki Allah limpahkan kepada mereka semua.Alhamdulillah.

Sebelum ini banyak kita baca di media-media sosial tentang ramainya pelanggan bazar Ramadan yang kecewa apabila juadah yang dibeli,dihidang dan apabila masuk waktu iftar sangat hampa kerana ada yang basi, tiada rasa dan sebagainya.

Baru-baru ini, adik ana yang sedang hamil amat teringin makan biskut samprit dan berkesempatan ke sebuah pasaraya di Ipoh, beliau telah membeli sebekas kuih samprit dengan harga RM25. Apabila dibawa pulang ke Taiping dan membukanya, sangat kecewa kerana biskut-biskut yang dibahagian tengah bekas hampir kesemuanya hangus.Ia seolah-olah sengaja di letakkan ditengah supaya pelanggan tidak perasan.Seolah-olah satu penipuan disini.

Adik ana menghubungi semula no telefon yang ada pada label bekas dan pada mulanya pihak penjual tidak melayan panggilan namun setelah didesak akhirnya mereka meminta maaf.

Tujuan ana kongsikan disini bukanlah untuk menutup rezeki peniaga cuma sekadar peringatan buat ana dan semua yang singgah disini, bahawa apabila kita berniaga, berniagalah dengan jujur dan bukan sekadar mengaut keuntungan wang ringgit semata-mata.Berniaga adalah sumber rezeki yang paling mulia tetapi perlu difahami bahawa selain mendapat keuntungan wang kita juga akan dinilai pahala amalannya.Berniaga makanan misalnya merupakan suatu ibadah apabila seseorang yang sedang berpuasa menikmati juadah jualan kita untuk berbuka.

Semoga sama-sama kita muhasabah diri agar tidak berniaga berkiblatkan keuntungan dunia semata-mata kerana setiap amalan kita akan tetap ditimbang di akhirat kelak.Waallahu Alam..


~berkongsi pengalaman disini~

26 ulasan:

  1. gitu sekali dorang beniaga?..ishish..tak elok,kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah kan Sue, tak tahu lah dimana silapnya

      Padam
  2. Akak pun baru terkena juga ana. Kueh sample bkn main sedapnya..yg dioder rasa tepung dgn gula saja..:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang tu lagi satu kes kakyon, memang sering kali terjadi..macam2 manusia ni kan..

      Padam
  3. Ermm...betul tu kak ana. Meniaga kena bersungguh, baru dapat berkatnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sepatutnya begitulah Sal, tapi nama lagi manusia kan ,ada kalanya sifat2 yang tak baik mengatasi akal fikiran..

      Padam
  4. assalamualaikum ana...betul tu kena buat betul2...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam mama, seharusnya jujurlah dalam apa juga urusan kan..

      Padam
  5. betul tu Ana, kadang2 mmg pelik..saya pun pernah beberapa kali terkena. Itulah kann...bila kita tak fikirkan konsep keberkatan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. barangkali tak sempat nak fikir dah Linda, dalam kepala fikir keuntungan semata

      Padam
  6. teruknya..harga dah consider mahal..saya beli di RnR Sg Petani..rm14 sedap je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mahal jugalah pada kak ana Suki kan..banyak tu RM25.

      Padam
  7. teruk betul peniaga ni.. Tapi kalau pkerja dia yg buat silap x blh nak salahkan dia jugak.. Tapi dia patut terima aduan pelanggan dan ganti yg baru..

    Jemput Join "Segar bersama Fresh Care dan Safe Care Giveaway by EJulz" kalau belum join.. tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. kemungkinan juga ejulz, kerana itu kak ana tak dedahkan pemiliknya, kak ana tak mahu menutup rezeki org, cuma ambil iktibarlah ketika berjual beli ni..

      Padam
  8. itulah kan..mereka tak rasa bersalah ke masa buat camtue..

    BalasPadam
    Balasan
    1. entahlah cahaya nur, mungkin terlepas pandang tapi cara susunan dengan menyembunyikannya dibelakang label tu seolah disengajakan..Waallahu Alam..

      Padam
  9. Betul tu kak Ana. CP pun jual cookies juga tapi tak sanggup nak buat macam tu. Kadang-kadang geram juga dengan orang yang tak jujur ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak semua insan berhati tulus macam CP dan rakan2 niaga yang lain, mungkin matlamatkan keuntungan wang ringgit semata, takut rugi agaknya..:)

      Padam
  10. Tak sepatunya perkara seperti ini berlaku. Masyarakat kita belum amanah dengan diri sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar tu aRz, meletakkan amanah pada diri sendiri ada ketikanya cabaran yang paling kuat untuk diatasi..

      Padam
  11. Harganya seakan agak mahal sedikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak mahal juga berbanding dengan yang berada di pasar-pasaraya lain..dijual di kiosk di pasaraya di Ipoh.

      Padam
  12. dahlah mahal hangus lak tuh...sebab tuh sy lebih suka buat sndri puas hati kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang puas hati bila buat sendiri kan mimi.. :)

      Padam
  13. Nak berniaga nak cepat untung..sekali tu jelah orang nak beli..Nak jual kena jujur kan, baru org selalu beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ana setuju dengan cikdelima merah..untung pun kena audit gak di akhirat kelak kan..

      Padam